Multiple Pages

03/04/2012

Kena Tendang Dewan, Azmin-Sivarasa-Dzulkefly. (Video Update).


Oleh: HHalem.


Tiga ahli parlimen Pakatan ditendang keluar Dewan Rakyat kerana tidak mahu mematuhi arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu laporan minoriti.

Mereka mempersoalkan keputusan Pandikar Amin kerana tidak membenarkan laporan minoriti dilampirkan kepada laporan jawatankuasa pilih parlimen (SPA) bagi reformasi sistem pilihan raya.

"Di bawah Perintah Tetap 42, apabila speaker bercakap, anda mesti diam,"

"Di bawah Perintah Tetap 43, keputusan speaker tidak boleh dipersoalkan...”

“dan di bawah Perintah Tetap 44, saya mengarahkan Gombak (Azmin Ali), Subang (R Sivarasa) dan Kuala Selangor (Dzulkefly Ahmad) meninggalkan Dewan." 
- Pandikar memberitahu mereka.

Sumber Mkini.
Update Video.

1 comment:

  1. Mereka tu termasuk Kapal Sink memang suka dihalau keluar Dewan sebab tak perlu susah payah nak berbahas tentang masalah rakyat. Jika ditendang lebih lama, lagi mereka suka, boleh gak g mahkamah, jalankan kes.. masyuk!!!!

    ReplyDelete