Multiple Pages

13/04/2012

KJ-Hasan-Ahmad Said. Program Membantai Besar-Besaran Parti Ajaran Sesat (PAS).


Oleh: HHalem.

1- Serangan bertubi-tubi oleh Umno-BN terhadap pembangkang Pakatan Rakyat nampaknya di pergiatkan lagi, apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, memulakan program jelajah beliau keseluruh negera, bukan sahaja di Terengganu.

Program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” akan diadakan besar-besaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Sebelum ini, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di Kuala Lumpur yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,”
– Ahmad Said KLPos>.


Ini lah yang ingin kita lihat dilakukan oleh semua Umno-BN dari dulu lagi, supaya kempen besar-besaran keseluruh negara untuk penerangan kepada rakyat dan serangan balas terhadap kebiadapan Pakatan. Sikap defensive Umno selama ini perlu ditukar kepada offensive. Di mana sikap defensive Umno ini hanya sesuai jika mereka memandu di jalanraya.

Apa yang kita risau sangat dengan slogan dan tuduhan Pembangkang bahawa, “ini semua kerja Umno” dan “ini semua didalangi Umno”. Umno menjadi phobia dengan tuduhan tersebut dan terus membisu dan takut menyerang Pakatan secara besar-besaran di peringkat nasional.


2- Apa yang dilihat bergiat aktif semenjak dari dulu ialah Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang sekarang menjelajah ke utara dan menggesa pengundi Kedah tidak memberi sebarang undi kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13 atas alasan tidak boleh bergantung harapan pada perikatan itu.

"Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Justeru jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas”

"Kedua-dua parti ini (DAP dan PKR) yang mengeluarkan Pas dari landasan, memesongkan perjuangan Pas serta membolak-balikkan aspirasi penyokong Pas,"

"Kalau mereka (bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor masih hidup), saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," – Hasan Ali sewaktu mengakhiri ceramah umum di Taman Uda, SinarHarian>


3- Selain dari itu serangan secara “head on collision” yang cukup berani sedang dilakukan oleh orang yang kita ‘love to hate’. Iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaludin yang dilihat cuba memenangi hati orang muda dengan bersetuju program debat pada 5 Mei dengan Rafizi PKR mengenai isu PTPTN.

Kemudiannya KJ bersetuju pula berdebat dengan Ambiga pada 25 April dimana pengumuman itu dibuat oleh Khairy dalam laman twitternya.

” I have agreed to debate @ambiga_s on 25 April re electoral reforms & @rafiziramli on 3 May re PTPTN. Details to come” MyNewsHub>

Persoalannya sekarang, kita ingin melihat program membantai besar-besaran oleh Umno-Umno negeri lain. Adakah Umno negeri bersembunyi dibelakang tabir dan phobia dengan slogan pembangkang “ini semua kerja Umno” dan “ini semua didalangi Umno”.?

Sumber KLPos, SinarHarian & MyNewsHub.

1 comment:

  1. HH,
    ni pas takmo SAMAN ka??
    depa yg ramai2 dok sokong pakatan haram ni bukannya suka berdiskusi secara ilmiah & bertata tertib. mrk lebih suka pong pang pong pang di pentas2 ceramah, bersembor air lior & berdemo di jalanraya2 utk menyusahkan semua orang lain ataih muka bumi ni. mrk cukup megah dpt henyak orang tu orang ni yg biasanya berada di dlm kalangan pemimpin2 negara yg sgt gentleman berbanding mrk yg sgt gemar gentelmain...

    ReplyDelete