Multiple Pages

25/04/2012

“MERDEKA” Di Padang Merdeka. Dataran Perlu Pagar Kukuh Untuk Halang Ambiga.


Oleh: HHalem.

Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan bahawa kerajaan tidak akan menghalang Bersih 2.0 menganjurkan Bersih 3.0 pada hujung minggu ini, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat.

“Saya sudah katakan bahawa perhimpunan itu boleh berjalan dan ia bukan satu isu, isunya sekarang ialah lokasi," – Hishamuddin.


Pembangkang yang menganjurkan perhimpunan tersebut memohon dan masih berdegil mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka walaupun ia telah ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kelmarin, polis telah memberi jawapan menolak pengunaan Dataran Merdeka.  Kami akan berunding lagi dengan Datuk Bandar dan PDRM untuk menetapkan Dataran Merdeka sebagai lokasi Bersih. Walaupun dihalang, Dataran Merdeka adalah muktamad," - Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ia ditolak berlandaskan bahawa Dataran Merdeka hanya untuk perhimpunan yang bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat manakala polis menolak lokasi itu kerana konteks keselamatan.

“Isu kerajaan melarang tidak timbul tetapi isunya sekarang ialah lokasi. Empat lokasi ditawarkan kepada mereka kini,”
– Hishammuddin dipetik Bernama.


DBKL menawarkan alternatif di tempat berikut:-
a- Stadium Titiwangsa,
b- Stadium Badminton Cheras dan
c- Stadium Bolasepak Cheras
d- Stadium Nasional Bukit Jalil (Perbadanan Stadium Malaysia).

Kita cukup paham kenapa Pembangkang mahukan Dataran Merdeka.

Rata-rata perhimpunan didunia lain yang menyaksikan kejatuhan pemerintah dengan bantuan dan hasutan kuasa asing di adakan di padang bersejarah negara masing-masing.

Jadi pembangkang Pakatan tidak mahu ketinggalan dan mahu Merdeka sekali lagi di Dataran Merdeka.  

Apa yang menarik perhatian penulis ialah bahawa kita mempunyai beberapa hari lagi dan kita tahu bahawa Pembangkang memang masih berdegil untuk berada di Dataran Merdeka.

Pihak Polis berkata tidak selamat. Apa yang DBKL lakukan? Jika pengadang plastic tape dan New Jersey Barrier yang bertujuan untuk menyekat pelajar dibiarkan sehingga Sabtu ini, ada kah ia cukup kuat untuk menahan serbuan yang dijangka 500,000 orang?

Tidak boleh kah Hoarding (Zinc, besi atau Kayu) yang lebih kukuh dipasang disekeliling Dataran Merdeka untuk menghalang langsung kemasukan perusuh-perusuh nanti?.
Ia belum terlambat lagi !


Timber Hoarding

Steel Hoarding.

7 comments:

  1. izinkan saya mencadangkan agar digunakan kawat berduri yg biasa digunakan pihak tentera pagar out of bound, ia hanya separas 1.5 meter dan sgt sesuai dpasang pd kawasan luas spt Dataran Merdeka.. Sekiranya ia dipasang saya percaya dpt mematahkan pergerakan pendemo 2 yg sememangnya bodoh tiada tepinya. Biar kawat duri menjadi sempadan... Lgpun pemasangannya sgt mudah hanya letakkan saja. Sapa lalu mesti melekat punya..

    ReplyDelete
  2. Apa Polis boleh buat? Polis tak ada telur. Tengoklah mesti Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka. Boleh betting punya. Hishamuddin telur dah tak ada lagi.

    ReplyDelete
  3. aku pula cadangkn pasang periuk api sbg pagar dsekelililing dataran.hahaha...lepas tu letak signboard "Enter at Your Own Risk!"...ada berani?!

    ReplyDelete
  4. As-Salam Tuan Hhalem,

    Kali ini Bersih 3.0 Akan bertemu Buku dengan Ruas...
    Polis tidak bodoh, Rakyat tidak buta Dan pihak media Sudah dapat menghidu jejak lahanat Anuwar.

    Perusuh kena Ada script baru...yang semakin muak untuk Rakyat percayai. Jalan cerita sama, memohon simpati kononnya
    Di kasari, dizalimi serta di aniayai!

    Script bodoh semahu mahunya! Merelakan diri di perbodohkan Bertalu talu!

    Menu apa pula yang Akan disediakan oleh pihak polis di Jalan Gurney nanti? Nasi Briani Gam Johor?

    Apa pula jenis lakonan Anuwar, Mat Sabu, Mahfuz, Che Gu Bad, Tian Chua Khinzir Kali ini?

    Bersih 3.0 itu jijik meloyakan...


    ARK2

    ReplyDelete
  5. tindakan yg tegas harus diambil terhadap bersih 3.0..xguna berlembut lagi...jgn smpi rakyat muak dgn kelembutan oleh pihak polis dan menteri yg berkaitan...

    ReplyDelete
  6. longgokkan sampah kat situ... nanti mereka bersihkan...

    ReplyDelete