Multiple Pages

23/04/2012

Pokok ‘Betik-Rupa-Manusia’ Menanti Baginda Sultan Johor.


Oleh: HHalem.
Pelbagai Tafsiran – “Emosi marah”

Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam bakal kunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tetapi adakah Baginda akan singgah di pokok betik ini?

Sekarang telah heboh pokok betik-rupa-manusia, dan jika tidak dikawal dengan rapi, berkemungkinan pokok betik ini akan lesap hilang tidak lama lagi.
Sanggupkah anda memakan buah betik dari pokok ini.

Sesuatu yang menarik untuk kita nantikan.



PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.

Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.

"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.


Sumber Kosmo >

No comments:

Post a Comment