Multiple Pages

25/04/2012

Selepas Kena Kutuk Bertahun, Baru JK Teknikal Hudud Adakan Mesyuarat Pertama.


Oleh: HHalem.
Nak Buat Hudud Main Teropong Jaa..

Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan mengadakan mesyuarat pertamanya semalam selepas penubuhannya diluluskan Oktober tahun lalu, kata Pengerusinya, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata, ia bertujuan membentangkan draf hukum hudud yang dikaji jawatankuasa kepada pihak parti sebelum dibawa kepada kerajaan.

“Ini mesyuarat pertama, selepas kita siapkan semua draf dan ahli jawatankuasa juga menerimanya, kemudian kita akan bentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).”

“Jika diterima kita akan terus adakan mesyuarat,”

Jawatankuasa itu juga bertujuan menentukan bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 bakal digazetkan untuk pelaksanaan serta penentuan semua perkara berkaitan seperti pelantikan hakim. - katanya kepada media selepas melancarkan Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Negeri Kelantan (e- Tegar) di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim di sini, kelmarin.


Ahmad berkata, tarikh mesyuarat masih belum diputuskan lagi namun ia akan diadakan secepat mungkin.

Jawatankuasa yang dianggotai 19 ahli dari kalangan profesional itu bertujuan mengkaji kemungkinan membawa kepada pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Jawatankuasa itu disertai oleh:-
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah;
Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad;
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad;
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Che Rahim Jusoh dan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sumber DetikPerubahan

1 comment:

  1. Setelah membazirkan masa 22 tahun sekarang baru ingat nak buat mesyuarat. Apa yang boleh dibuat dengan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi dengan PRU13. Apakah rupa bentuk HUDUD yang akan dihasilkan ? Nampaknya HUDUD akan menjadi" undang2 carca merba" kalau tidak ditangani dengan sebaik2nya. Itulah... politik punya pasal agama jadi taruhan. Wallahhualam...

    Dino dean

    ReplyDelete