Multiple Pages

19/04/2012

Timbalan MB Kelantan Memalukan Dan Mengaibkan Pok Nick. Akar Umbi PAS Pula Rasa Terhina.


Oleh: HHalem.

Memang di jangkakan bahawa perkara ini akan berlaku dimana PAS sebelum ini mengambil masa melebihi 22 tahun untuk membuat keputusan bahawa Jawatankuasa Teknikal Hudud perlu diadakan untuk melincinkan perlaksanaan Hudud di Kelantan; tiba-tiba hari ini kita disajikan bahawa sehingga kini satu habuk pun mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud belum dilaksanakan.

Alasannya cukup mengaibkan, iaitu Pengerusi dan merangkap Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, terlalu lah amat sibuk sehingga tidak dapat mempengerusikan mesyuarat tersebut. Atau adakah mereka masih lagi tidak cukup korum seperti diheboh-hebohkan sebelum ini pada 24 Oktober tahun lalu>.

Sebagai akar umbi PAS, setelah memberi harapan dan kepercayaan penuh kepada pemimpin PAS selama ini, perkara ini sudah tentu amat mengecewakan dan memalukan setelah bertahun-tahun mereka berdetum-detam memukul canang bahawa PAS dapat melaksanakan Hudud dengan mudah.

Dengan sikap Timbalan Menteri Besar ini ia sudah tentu cukup mengaibkan dan memalukan Pok Nick dikalayak ramai. Malah akar umbi PAS cukup rasa terhina dengan pemimpin yang mereka percayai.

Kali ini apa alasan yang perlu direkacipta untuk menghentam UMNO-BN dan Kerajaan Pusat atas kekurangan diri.

Baca petikan Utusan Malaysia dibawah dan satu review/comment oleh HackerXP yang saya anggap cukup menarik untuk merumuskan sikap ketidakmampuan PAS melaksanakan apa sahaja yang mereka rancang  dengan hanya ashik menyalahkan Umno-BN untuk menutup kelemahan diri.
Ini rupa Timbalan Menteri Besar Kelantan 
yang teramat amat sibuk!
Dan tidak mempengerusikan Mesyuarat Teknikal Hudud.

....Utusan Malaysia...
...start...
Hudud: Mesyuarat teknikal masih tertangguh


KOTA BHARU 18 April - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.

Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan kehadiran Ahmad.

“Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal dan sahkan.”

“Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi masalah jika ia mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

...end..
..............................
Comment and review by HackerXP


Malang betul sesiapa yang masih menyokong Pas tika ini, si balaci bawahan sibuk ke hulu ke hilir mendakwa diri bangga bersama parti yang kononnya mahu memperjuangkan Islam dan hukum hakam, alih-alih segalanya hanya sembang mengalahkan penjual ubat di jalanan.

22 tahun Pemimpin Pas menjual ayat Al-Quran dan hadis peri pentingnya hukum hudud dilaksanakan di Kelantan tapi satu mesyuarat khas untuk jawatankuasa teknikal pun tak mampu dan tak pernah dibuat dek kerana sibuknya pemimpin Pas dengan urusan politiking duniawi mencari salah silap parti lawan.

Inilah realiti wajah parti Pas yang sebenar. Serban yang besar atas kepala, jubah lebar membalut badan dan ayat suci Al-Quran yang kumat kamit di baca di atas pentas politik hanya sekadar umpan saja demi memenuhi tuntutan mengejar kuasa untuk kepentingan diri dan puak.

Bab sembang secara teori separa masak, hipotesis mencecah awan dan gebang kosong bolehlah serah pada Pas, sebabnya dalam bidang bercakap, berjanji dan berceramah ikut suka mulut dah terbiasa dan sinonim dengan pengalaman gebang merata kampung selama 61 tahun Pas hidup atas muka bumi ini.

Tapi kalau sentuh bab perlaksanaan, teknikal dan praktikal bersandarkan realiti semasa, harus mati hidup semula pun tak termampu untuk Pas tunaikan & realisasikannya secantik teori dan hipotesis yang digembar gemburkan.

Hatta untuk dimasukkan declaration rasmi bahawa hukum hudud akan menjadi dasar bersama pakatan pembangkang  pun Pas tak mampu lakukan apatah lagi untuk dipraktikkan seperti janji-janji manis yang ditabur sewaktu berceramah dihadapan pengundi dan masyarakat Melayu Islam.

Dulu Hadi Awang dengan janji retoriknya yang gah mahu melaksanakan hudud di Terengganu sebaik ayam jantan belum habis berkokok, hakikatnya ayam jantan sampai dah serak anak tengkuk pun hanya draf saja mampu dibuat sekadar melepas batuk di tangga.

Bila ditanya bila nak dilaksanakan mulalah konar baring yang hudud itu cuma 0.0001% sahaja dalam Islam. Padahal yang 0.0001% itulah yang di gebang keliling kampung selama ini hingga dijatuhkan hukum terhadap orang UMNO sebagai kufur dan anti Islam.

22 tahun mengusung hukum hudud hingga satu peringkat pemimpin negara di tuduh unIslamic, anti Islam dan anti hukum Allah, hari ini dengan takdir Allh s.w.t ditunjukkan kepada khalayak sekalian alam betapa munafik dan celakanya perangai pemimpin Pas yang hanya pandai sembang dan menghukum sana sini. Mudah untuk bercakap, senang untuk menghukum.

Hakikatnya Pas sendiri dah terjebak dengan mainan politik sendiri yang gemar menjaja agama untuk kepentingan politik natijahnya bila tiba desakan untuk perlaksanaan semuanya barai dan gagal. Yang termampu Pas lakukan untuk melepaskan diri hanyalah dengan menuding jari – satu jari tunjuk pada UMNO baki empat jari hala pada batang tubuh Pas sendiri.

Sumber Utusan Malaysia> dan MyKMU>

3 comments:

  1. sebut pasal hudud ni bagi Pas semata2 utk politik dan dapatkan undi jee..supaya nampak islamik.. bila didesak baru diorg ni mengelabah...

    nampak sangat tak ikhlas... kerana politik, agama pun diorg ni boleh pusing2kan

    ReplyDelete
  2. macammana orang pas tak perasan perkara ini.....

    ReplyDelete
  3. ...sah PAS >>> Parti Ajaran Songsang....promosi 'syurga' setiap 5 tahun menjelang PRU...

    ReplyDelete