Multiple Pages

24/04/2012

Zaid Ibrahim Bergelut Dengan PAS Di Kota Baru. Zaid Kecewa Lagi.


Oleh: HHalem.

Apa yang Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim lakukan setakat ini, semuanya menjadi caca marba. Kali ini berlaku lagi apabila PAS Kota Baru enggan memberikan ruang dan tidak akan memberi sokongan kepada beliau jika Zaid bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru pada PRU13 nanti atas tiket KITA.

Timbalan PAS Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan telah mencapai konsensus peringkat negeri bahawa kawasan Parlimen dan tiga kerusi DUN di Kelantan adalah hak kepunyaan ahli PAS untuk ditandingi dan mereka tidak akan menyokong Zaid yang bertanding di bawah KITA.

“Kami tidak akan menyerahkan sebarang kerusi kepada sesiapa pun termasuk parti dalam Pakatan Rakyat. Semua kawasan di sini kepunyaan PAS,”

“Saya ingin tegaskan di sini, Zaid tidak akan tersenarai dalam kempen pilihan raya kita, Beliau ada partinya sendiri,” – Takiyuddin kepada mStar.


Apa yang menariknya, Zaid beriya-iya benar berminat bertanding di Parlimen Kota Baru dan mengharapkan PAS memberi laluan mudah dan menyokong beliau.

Malahan, Tajiyuddin menyatakan Zaid telah menjelajah dan menipu rakyat Kota Baru dengan memberi tanggapan bahawa PAS menyokong penuh beliau.

Zaid cukup bijak kerana beliau tahu bahawa hanya dengan sokongan dari PAS beliau akan menang dengan mudah dan akan berada di Parlimen. Hanya ini lah sahaja kawasan dan negeri yang boleh di tipu oleh Zaid dengan mudah disebabkan kebodohan pemimpin PAS.

Apa untungnya dan kelebihan kapada Umno-BN, jika Zaid terus bergelut di Kota Baru.

Pertamanya, pengikut PAS di Kota Baru akan keliru dengan Zaid dan undi PAS berpecah dan ini memberi laluan mudah kepada Umno-BN.

Keduanya, kawasan ini memang kubu PAS dan Zaid akan menang besar hanya dengan sokongan PAS sahaja walaupun atas tiket KITA. Mengetahui perangai buruk Zaid, lambat laun beliau akan pening dan keliru dan berpaling tadah. Ini adalah kerana Zaid memang berkemahiran berpaling tadah. Malahan, Ibrahim Ali pernah berbuat demikian di Parlimen Pasir Mas pada tahun 2008.

PAS mungkin sudah serik dengan kes Ibrahim Ali yang dianggap sebagai sejarah hitam bagi mereka. Barang diingat bahawa kelemahan pada PAS merupakan satu kekuatan kepada Umno-BN.

Yang pastinya, Zaid seperti biasa tidak digemari dimana-mana. Jika PAS Pusat bersetuju dan akur dengan PAS Negeri, bermakna sekali lagi Zaid akan kecundang dan kecewa di Kota Baru.


Sumber utama mStar

No comments:

Post a Comment