Multiple Pages

13/05/2012

KUIN Kedah Cukup Sesak Sehingga Ketahap Minta Sedekah.


Oleh: HHalem.

Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012.

Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris.

Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca Kuin terpaksa menaikkan yuran pengajian.

"Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan Kuin yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pas mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka”

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan Kuin khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain,"  - kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

- Bernama.

1 comment:

  1. hampeh.. mcm2 jd nya haaa..... kalu dulu pemilihan untuk jawatan pentadbiran dihalusi secara serius dan memikirkan masa depan tanpa mementingkan kroni, INSYALLAH Kuin akn berjaya kalau cendekiawan yang dianugerahkan tugas2 mulia. tetapi situasi dah jadi sapa kipas paling kuat dan sapa pandai skill kipas terbaru, memg dpt kpentingan.. ini tak, semua bagi kat adik beradik.. kwn2 sekroni.. matlamat dah lari.. KUIN boleh jd dan akan jd terbaik kalau matlamat tak lari

    ReplyDelete