Multiple Pages

21/05/2012

Muhyiddin Hadir Kenduri Rumah Nasharudin PAS. Bukan Tersilap Pentas.


Oleh: HHalem.

TPM, TS Muhyiddin Yassin telah hadir ke majlis perkahwinan anak sulong bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Club House, Bandar Bukit Mahkota, Bangi petang Ahad di atas undangan Nasharudin. Muhyiddin tiba jam 3.30 petang dan beredar setengah jam kemudian.

Lain-lain yang turut hadir ialah:-
a- Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
b- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ,
c- Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin,
d- Bekas Naib Conselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah,
e- Pengarah Urusan Syabas, Tan Sri Rozali Ismail,
f- Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali.
g- Hadi Awang Kehcik, Ketua Pengarah PLKN

Namun tidak terdapat pemimpin utama PAS dalam dewan yang dikhaskan untuk tetamu VIP sepanjang Muhyiddin berada di situ.

Adakah Muhyiddin tersilap pentas seperti Nizar Pas di Perak?


Kita pasti Muhyiddin tidak tersilap hadir rumah kenduri kerana ramai pemimpin-pemimpin Umno turut hadir atas undangan tuan rumah. Cuba bandingkan kehadiran Nizar yang tersilap masuk ceramah Umno kerana lokasinya berada berdekatan, dan kemudiannya Nizar di alihputarkan untuk menutup malu sebagai wira Pas yang cukup berani. (Lengkap dgn video di sini>)

Selain dari itu, Ahli Majlis Syura PAS Pusat ini sangat pro kepada perpaduan Umno-Pas dan pernah dihentam keras oleh Pok Nick atas usaha beliau untuk bermuzakarah dengan Umno. Bukan hanya bermuzakarah tetapi terus kepada penyatuan Umno-Pas.

Ahli Parlimen PAS Kawasan Bachok, Kelantan ini juga mengkritik syarat-syarat yang diberikan oleh Murysidul Am PAS, Pok Nick sebagai BERAT dan sukar diterima, termasuk UMNO perlu menukar dasar perjuangan parti, jika mahu penyatuan Umno-Pas.
Gambar clear ini dari UmnoOnline.

Sumber utama AgendaDaily.

4 comments:

  1. bila tengok gambar nasharuddin tu, aku teringat satu benda, kadang tu nak gelak pun ada. Rasanya dah beberapa kali aku nampak dia kat luar tapi aku macam tak kenal, tapi rasa muka dia macam familiar aje. Lagi best, bukan takat tengok dari jauh tapi dah berselisih berjalan. Bila artikel ni keluar, rupanya nasharuddin ex pas... kah kah kah... aku yang biasa bukak blog politik pun boleh tak kenal.

    Anyway, dia ni memang seorang yang gentlemen. Fahaman politik dan pendapat memang boleh berbeza tetapi orang Islam adalah bersaudara.

    joe

    ReplyDelete
  2. Apa lagi ustaz Nasarudin.Ustaz dah nampakkan?orang2 UMNO tak pernah mendendam pada sisapa pun,kerana ISLAM itu bersaudara,TPM,ketua pemuda dan ahli2 UMNO yg lain hadir diatas undangan Ustaz. Ustaz telah dipingir oleh pati sendiri.Ustaz renong2 dan fikir2kan lah.Jelas keriangan walimatulurus Ustaz semalam. Tahniah::::

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete