Multiple Pages

07/05/2012

Ummi Menempelak Dan Menerkam Balas Terhadap Azmin Yg Menyalahkan Umno & Najib.


Oleh: HHalem.
“Dia masih lagi nak salahkan UMNO, nak salahkan Najib sebab tak pulang ke rumah?” - Ummi

Ummi Hafilda Ali hari ini kecewa apabila abangnya, Azmin menyalahkan pihak lain seperti UMNO dalam usahanya untuk mengaburi dan mengalihkan tumpuan masyarat yang sedang hangat mempertikaikan tindakannya mengabaikan ibu mereka.

Malah beliau menyifatkan Azmin telah melakukan satu pembohongan dalam reaksinya berhubung kenyataan ibu mereka, Che Tom Yahaya baru-baru ini

Ummi Hafilda berkata, sikap Azmin yang cuba berdolak-dalik itu menunjukkan dia masih lagi mahu menipu masyarakat dengan penafian palsunya itu

“Kisah ibu sendiri yang kecewa dan hancur hatinya terhadap seorang anak, tidak ada kaitan dengan politik atau digunakan oleh UMNO” - Ummi

“Bulan 5 ni, genap 11 bulan dia tidak pulang ke rumah menjenguk ibu sendiri. Dia masih lagi nak salahkan UMNO, nak salahkan Najib sebab tak pulang ke rumah? - Ummi

Bagi Ummi Hafilda, hati ibunya sudah terlalu lama hancur dan kecewa dengan sikap Azmin dan tiada langsung niat untuk memburukkan nama anaknya sendiri.

Lantaran itu, kata Ummi Hafilda, ibunya sendiri yang ingin tampil agar anaknya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.

“Ibu bukan mahu burukkan nama anaknya sendiri, tetapi selama 14 tahun, sudah terlalu lama ibu memendam rasa kecewa.”

“Seorang ibu tidak boleh dibeli, pada masa yang sama seorang ibu juga tidak boleh dihina,” tegas Ummi.

Sumber MyNewsHub

Kenyataan terbuka Azmin yang salahkan Umno dan PRU Najib, di sini >


2 comments:

  1. tak habis2 masaalah keluarga ni di kaitkan dengan politik malaysia,.. apa ni. ini kah mentality politik malaysia, fitnah memfitnah, melayu bergadoh, rakyat porak peronda,..matang lah sikit politician oi, masaalah pengankutan tak selesai, masaalah barang mahal, rumah tak cukup, jalan kampong tak terjaga, parit dan longkang tak berjaga, kotor sana sini, entah apa lagi,.. ini yang patut di perjuangkan, bukan masaalah keluarga anwar, keluarga azmin,..berjuang untuk rakyat, baru boleh call yourself wakil rakyat,, if not just call your self wakil binatang,..

    ReplyDelete
  2. Kesian gak tengok, lpas ni TV jangan keluar rayuan mak bapak supaya anak kuar rumah balik. Bila mak Assmin kluar mestilah ada bau-bau politik sebab dia orang politik. Orang macam ni pun nak ikut sampai lubang dubur... eh silap! lubang kubur. Sebelum ni berapa ramai keluar TV, paper rayu anak yang dah lama tak balik rumah keluar? Pembangang tak melenting pun. Mungkin tinggal lama kat Somalia sampai tak perasan ada usaha tambah baik pengangkutan dan lain2. Mentaliti rakyat masih kelas tiga jaga kebersihan pun nak salahkan kerajaan. Tinggal terus kat Somalia lagi baik la tambi dan aku tersangat le kagum dengan kematangan politik pembangang kat Malaysia ni.

    ReplyDelete