Multiple Pages

19/06/2012

Esok Anwar Akan Saman Datuk Eskay di Mahkamah Jalan Duta. Betui ka !


Oleh: HHalem.

Sekali baca berita dari blog PapaGomo, bagai nak percaya dengan tidak, berbelah bahagi. Sebab utamanya, kes Datuk Eskay ini telah lama dipendam oleh Anwar dan beliau tidak berani bersuara untuk menyaman Datuk T walau sekelumit pun kerana bimbangkan banyak lagi rahsia-rahsia akan terbocor.

Baca petikan dari PapaGomo dibawah;

“Gomo dapat sms dari rakan media yang mana mesej tersebut dihantar dari ibu pejabat PKR yang menyatakan didalam kandungan mesej tersebut:

"Salam tuan puan rakan media sekalian, kami menjemput untuk membuat liputan media pada 20 Jun Rabu ini di Mahkamah jalan Duta. D.S.A.I. akan menfailkan saman keatas Trio Dato T dalang video lucah yang dikaitkan dengan D.S.A.I. Pohon diwar-warkan liputan ini. Tq."

Kemudian keraguan berita diatas mulai hilang setelah membaca bahawa PapaGomo sendiri bertanyakan perkara tersebut kepada Datuk Eskay.

“Gomo selepas dapat tahu berita tersebut menghubungi Eskay yang kini berada diluar negara dan Eskay sendiri mengesahkan bahawa beliau ada mendengar ura ura yang Anwar Ibrahim akan menfailkan saman terhadap beliau dan beliau sememangnya mengharapkan agar Anwar Ibrahim menyegerakan saman tersebut.” – PapaGomo >

Jangan lupa besok 20hb Jun, Rabu di Mahkamah Jalan Duta.

Silap haribulan, semua akan terpedaya dan hampa kerana ini mungkin tipu muslihat pengikut-pengikut Anwar.

Apa faedah yang akan Anwar perolehi dari semua ini sebelum PRU13? 

Sudah tentu tidak banyak faedah kerana fail meng-fail sahaja sudah makan berbulan-bulan dan akan menjangkau melepasi PRU 13.

Mungkin sedikit sebanyak untuk menyakinkan pengikut-pengikut beliau yang “Anwar berani kerana benar”. Ramai yang Samdol akan percaya dan berkata bahawa, "tengok, Anwar berani saman Eskay, sudah tentu dia betul dan berani".

Selain itu ia hanya untuk menumpukan semua perhatian-mata-dan-fikiran kepada Anwar-Pakatan kerana ini adalah salah satu strategi yang cukup dan paling berkesan dari segi teknik pemasaran semasa kempen PRU13.

1 comment:

  1. .
    .
    .
    Dah basi Aljubs ooi.. Awat lama sangat baru nak saman?
    Cheap publicity stunt.
    Poor Think Tank Jinggay!
    Brainless arsehole!

    .
    .
    .

    .

    ReplyDelete