Multiple Pages

17/06/2012

Kisah Benar Semalam. Kubur Guru Wanita Di Gali Semula.


Oleh: HHalem.
Balqis Shamsudin,
Tanah Perkuburan Islam Lada,
Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

Kubur milik seorang guru wanita, Balqis Shamsudin, 40, di Tanah Perkuburan Islam Lada, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan terpaksa digali semula  semalam selepas dua hari dikebumikan.

Tindakan itu diambil selepas bapanya, Shamsuddin Yusoff, 60, membuat laporan polis kerana  mengesyaki anaknya  mati disebabkan dipukul suami sendiri.


Shamsudin berkata, dia terpaksa reda dengan perintah Majistret untuk mengali semula kubur anak sulungnya itu.

“Arwah meninggal dunia Khamis lepas di rumahnya di Taman SBJ Pasir Pekan”

“Kematian arwah disedari oleh seorang anaknya yang masuk ke dalam bilik tidurnya untuk mengejutkan bangun dari tidur”

“Bagaimana pun arwah didapati sudah tidak bernyawa,”
  
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Tumpat untuk menggali semula kubur guru wanita itu.

“Kita telah menerima laporan oleh bapa si mati mengatakan arwah meninggal dunia di sebabkan dipukul oleh suaminya pada Jumaat.”

“Oleh itu pihak polis terpaksa menyiasat dan pohon perintah majistret untuk menggali semula kubur berkenaan, jenazah tersebut dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” .

Kubur itu digali oleh sepasukan anggota  Forensik Polis Kelantan kira–kira jam 5 petang, semalam. Hadir sama Imam Masjid Wakaf Bharu, Wan Ahmad Nazree Abdul Halim, Majistret Tumpat, Ahmad Adha Amir Yasin dan juga pegawai dari Jabatan Agama Jajahan Tumpat.

Rencana DetikPerubahan.

1 comment: