Multiple Pages

15/06/2012

Shahnon Ahmad Menyesal Bersama PAS Di Saat Akhir Hayat. Ulamak Macam “Tongkol Kayu”.


Oleh: HHalem.

Amat sedih dan sebak apabila mengetahui bagaimana Sastrawan Negara Shahnon Ahmad menghabiskan sisa-sisa hidup disaat-saat akhir menyesali dan tersilap langkah kerana bersama PAS. Mereka menyesal kerana tidak menemui cahaya seperti yang diharap-harapkan apabila bersama PAS.

Rumput disebelah padang sana tidak lah sehijau seperti yang diharap-harapkan.

Contoh terkini, termasuk lah Tunku Aziz yang telah menyesal ketika bersama-sama DAP. Kita sedang menunggu pula penyesalan Sakmongkol AK47 kerana DAP tidak lah seindah seperti yang dijangkakan. Tidak lupa juga Pak Samad yang masih lagi mencari-cari cahaya disaat-saat penghujung hayat.

Kita cukup pasti, artis-artis yang berduyun-duyun memasuki PAS kerana ingin memperbaiki diri dan menebus dosa-dosa lepas atas kesalahan lampau, malahan menyalahkan sistem yang ada di atas porak peranda rumahtangga sendiri dan anak-anak sendiri yang tidak terurus; akhirnya akan menyesal dengan PAS dan pulang ke pangkal jalan.

Antaranya ialah Bob Lokman, Aishah dan klasik sekali ialah Amy Search.

Ikuti kisah Shahnon Ahmad dibawah.
Ditulis oleh:- Dr Mashitah Ibrahim. 


Ramai orang, tidak terkecuali pemimpin dan penyokong Pas, tersentak apabila Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad baru-baru ini mengecam parti itu kerana terkeluar daripada perjuangan asal.

Pas mempraktikkan dasar politik yang menyimpang kerana mengadakan hubungan dengan DAP.

Semua orang tahu betapa beliau sebelum ini penyokong kuat Pas – malah ahli seumur hidup. Ketika masuk Pas, kepimpinan parti itu menjajakan nama Shahnon kerana beliau Sasterawan Negara dan tokoh akademik yang disegani.

Namun, perjalanan politik Shahnon dengan Pas tidak bertahan. Dalam tempoh kurang 15 tahun, beliau sudah nampak bagaimana Pas – termasuk golongan ulama dalam parti itu - gagal mempertahankan Islam.

Malah, Dewan Ulamak Pas dianggapnya tidak lagi berpengaruh seperti dahulu. Kini wujud bagai ‘tongkol kayu’. Ulama Pas termasuk Mursyidul Am, kini dibayangi golongan profesional.

Beliau dilaporkan berkata:
“Dasar politik Pas sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah. Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional Pas...Kesimpulannya, Pas sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya.”

Bayangkan, jika cendekiawan sehebat dan secerdik pun boleh tak faham dengan Pas, apa lagi rakyat biasa.

Pemerhati politik berpendapat Pas akan membayar harga yang mahal dalam pilihan raya umum nanti ekoran pakatannya dengan DAP.

Sehinggakan misi menubuhkan Negara Islam pun bertukar kepada Negara Berkebajikan dan slogan Membangun Bersama Islam dan Kepimpinan Ulama sekarang ditukar kepada Pas For All.

Ada pihak memberi cadangan agar slogan Pas Ganti Umno elok ditukar saja kepada DAP Ganti Pas.

Perubahan sikap Shahnon ini sangat signifikan, kerana pengalaman yang sama turut dilalui Datuk Dr Hassan Ali dan tokoh Pas yang lain. Mereka kesal kerana Pas berkompromi soal prinsip dan perjuangan.

Dalam banyak isu  berkaitan agama dan akidah, DAP dan PKR lebih dominan. Pemimpin DAP kini lebih  kuat bercakap isu agama.

Banyak pelanggaran agama dan kemungkaran berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi Pas tidak boleh buat apa. Pas juga diam apabila Majlis Peguam mempertikai kemutlakan keputusan Majlis Fatwa Kedah.

Andainya Shahnon masuk Pas dulu kerana tertarik kepada kepimpinan ulama, maka kekecewaan beliau hari ini adalah manifestasi penolakan beliau terhadap kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Abdul Hadi Awang.

Pengalaman Shahnon dalam politik Pas boleh dibaca dalam buku Perjalananku Sejauh Ini: Satu Autobiografi (2006).

Menurut Dr Sohaimi Abdul Aziz, Shahnon hanya menjadi wakil rakyat Pas cuma sepenggal (1999-2003) kerana dia sedar bahawa dia menemui banyak kepalsuan.

“Menjadi wakil rakyat Pas...Tidak membawa banyak erti kepada kehidupannya,”

Begitulah pandangannya ketika menjadi panelis di Seminar Pemikiran Shahnon Ahmad yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 13-14 Mei 2007. (Shahnon bertanding dan menang di kawasan Parlimen Sik dalam pilihan raya umum 1999 dengan majoriti 478 undi mengalahkan Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman).

Satu faktor yang mendorong kejayaan Shahnon dalam pilihan raya itu ialah buku satira politik cukup kontroversi, Shit (1999), yang dilaporkan terjual sehingga 130,000 naskhah.

Ironinya, Lim Kit Siang ketika itu mencadangkan Shahnon didakwa ke mahkamah kerana karya tersebut. Manakala Kementerian Dalam Negeri berpendirian tidak mengharamkannya atas dasar “pendemokrasian bahan-bahan bacaan.”

Namun, peminat sastera dan pelajar tentunya lebih mengingati Shahnon (adakala menggunakan nama pena Juwahir dan Tutang) kerana karya hebat seperti: Rentong (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Menteri (1967), Perdana (1969), Srengenge (1973), dan Al- Shiqaq 1 (1985) serta banyak lagi antalogi dan cerpen.

Shahnon kini berusia 80 tahun dan uzur.
Beliau mengidap sejenis penyakit antibodi yang menyerang segala otot dan tenaga di seluruh badan sehingga daya tahan dan daya rasa menjadi lemah longlai tidak bermaya hingga menyebabkan sukar untuk bernafas, bercakap, menelan, mengunyah atau meludah.

Saya mencadangkan pembaca membeli buku Kembara Seorang Hamba (Karya Bestari, Shah Alam, 2010). Ada satu perenggan di halaman 8, mungkin ditujukan kepada Pas:

“Diri ini sudah lanjut usia. Tiada lagi yang sudi mengalualukannya kerana ketuaan yang dialami. Tiada gunanya lagi walau secalit dan kini hanya menunggu hakisan dan keluputan untuk dipindahkan ke alam lain.”

Dari sumber SinarHarian.

6 comments:

  1. kitaran hidup dan redalah dengan kententuan yang tertulis...

    ReplyDelete
  2. Habis madu sepah di buang - riwayat hidup penganut parti hamPAS...!!!!! Tahniah.. anda memang layak di layan sebegitu Shahnon SHIT...

    ReplyDelete
  3. Kasihan Lahuma mati tertelan TAIK"Shit".PAS.

    ReplyDelete
  4. kerosakan telah pun dilakukannya. walau bagaimanapun kita redhakan dan maafkanlah beliau. bumi mana yang tidak ditimpa hujan. moga2 kita semua mendapat hidayah dari Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok inti pati dari keinsafannya perlu dizahirkan tindakan olih di untuk membetulkan minda dan pegangan generasi muda yg disesatkan dulu..Tak bolih hanya merintih kasihan orang seolah dia ditipu PAS Sedangkan dari dulu lagi PAS dah tersasar dari cara Islam yg Benar..dan dia menambahkan lagi keyakinan orang ramai akan kesesetan dgn ceramah diPentas (dapat bayaran duit Tabong),

      Sekarang no pentas..no tabong share.... merintih minta dgn ...... ...

      manusia mesti ada sifat bersyukur...

      Delete
  5. bila nafsu menguasai akal.. perkataan dan perbuatan jadi senjata yang memakan badan...tidak belajar dari si kitol...merosak ank bangsanya sndiri demi....

    ReplyDelete