Multiple Pages

27/06/2012

Tercabut Bulu Terkejut Dengar Berita Sharifah Aini.


Oleh: HHalem.
50 peminat Kak Pah turut mendaftar.
Kak Pah berkempen tarik lagi ramai Pendaftar baru.
"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara”
Satu usaha yang cukup baik dari Sharifah Aini.

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam di sini hari ini, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi.”

"Namun hasil kesedaran yang diberi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu (semasa Hari Perhimpunan Bintang 2012 anjuran akhbar Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyebabkan saya hadir hari ini untuk mendaftar,"
Dengar berita Kak Pah ni boleh tercabut bulu.


Sharifah Aini berkata, seramai 50 rakan dan peminat tegar beliau juga turut mengambil langkah yang sama apabila mendaftar sebagai pengundi hari ini di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.

"Saya anggap pendaftaran hari ini sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran saya yang jatuh pada 2 Julai ini dan Insya-Allah saya akan mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya,'' katanya.

- Utusan.



6 comments:

  1. laaaaa! aku ingat ke dia daftar sebagai ahli UMNO/PAS/PKR/DAP, syoklah sikit nak tau stand dia, rupa rupanya dah ke petang baru nak daftar sebagai pengundi. tapi tak per, manalah tau kot kot undia dia jadi undi penentu.

    ReplyDelete
  2. siti nurhaliza28/06/2012, 01:03

    saya lagi lah tak penah mengundi. bz la

    ReplyDelete
  3. Sudah..sudah cukuplah sudah...cukup sudah sampai disini...mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa dia tak mendaftar sebelum ni...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik dia dah daftar Atas kesedaran sendiri.... Sepatutnya kalau Ada sesiapa yang bergelar Dato tp belum daftar sebagai pengundi, sewajarnya gelaran tersebut ditarik balik kerana ini adalah bukti tiada semangat kewarganegaraan...

    ReplyDelete