Multiple Pages

08/06/2012

Zuraida Berdusta Lagi. Pakatan Rakyat Janji Beri Kaum Ibu RM50 Sebulan.


Oleh: HHalem.

mStar menulis bahawa Pakatan Rakyat ada satu lagi janji jika mereka  berjaya ambil alih kerajaan pusat nanti - pemberian RM50 sebulan kepada para ibu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengumumkannya dalam satu majlis pada Jumaat di Pulau Pinang.

Jelasnya, pemberian wang RM50 sebulan itu akan diberikan kepada semua ibu di negara ini tidak kira apakah status pendapatan atau pekerjaan mereka. Itu pun jika Putrajaya berjaya ditakluki.

Dari mana datangnya wang peruntukan tersebut. Ini kata Zuraida;

"Pakatan juga akan mewajibkan suami memberikan wang simpanan sebanyak RM10 hingga RM100 kepada isteri melalui satu skim simpanan yang akan diperkenalkan. Mereka boleh mengeluarkan wang itu selepas mencapai umur 50 tahun,"

Ambil dan kumpulkan duit para-para suami untuk diberikan kepada para-para ibu.

Syarat ibu untuk mendapat RM50 sebulan ialah si suami wajib mencarum didalam skim simpanan. Banyak lagi perincian perlu di keluarkan. Mengetahui perangai dan sikap Pakatan Rakyat, mereka cakap dahulu dan fikir kemudian, seperti mana penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma yang telah menjadi caca-marba.

Para pelajar telah diperdayakan, maka tiba giliran ibu-ibu pula dipermainkan untuk mendapat sokongan mereka pada PRU13 nanti.

Ini lah tahap kepakaran ahli-ahli ekonomi Pakatan. Pak Man Telo lebih mahir dari ahli ekonomi Pakatan Rakyat.

4 comments:

  1. Mak Lampir kaki tipu. Kalau macam tu takpayah lah tiap bulan suami boleh beri . Bertaubatlah mak lampir

    ReplyDelete
  2. Bukan BR1M tu dah bagi jumlah terumpul unt 10 bulan ke (50 x 10 bulan)

    ReplyDelete
  3. apa kata kalau pakatan kalah pada pru nanti, apakah skim ni akan terkubur bersama, bagaimana dengan wang terkumpul tu? apakah skim ni akan menerima nasib seperti tabung memali?

    ReplyDelete
  4. Mak lampir ada ilmu ajaib yg dia boleh gunakan. Tiap2 hari dia cabut satu bulu dan dgn ilmu saktinya dia convert bulu tu jadi duit ikut berapa banyak dia hendak. Duit tu lah dia gunakan utk bagi RM50 sebulan kpd kaum ibu seluruh M'sia. Untung PKR ada Mak Lampir sakti.

    MB gagap takde ilmu sakti mcm tu, sbb tu bila PTPTN dibekukan gelabah tak sudah sampai nak jual aset Unisel. Kalau mansuh terus PTPTN utk Unisel mahu dia jual DUN dan pejabat MB sekali dan duduk bersidang dan buat kerja kat bawah pokok.

    ReplyDelete