Multiple Pages
Home
Video Top 10
Al-Quran (Mishary Rashed)
Hubungi
Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Loading...
28/07/2012
Rasmi Lajim Letak Jawatan Dalam UMNO. Beliau Akan Sertai Parti Chap Ayam Togel.
Oleh: HHalem.
Adakah ini kes tip-of-the-iceberg bagi BN Sabah?
DS Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan berkuatkuasa serta-merta dari jawatan;
1-Anggota Majlis Tertinggi Umno,
2-Ketua Umno Bahagian Beaufort dan
3-Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
"Bagi jawatan Timbalan Menteri (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau”
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," – dipetik dari Bernama.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Akhirnya DAP Akui Dan Memberitahu PAS Untuk Takluki Putrajaya Adalah Perkara Mustahil.
Oleh:
HHalem.
Dr Tan Seng Giaw.
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP,
“Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen”.
“Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil,”
Akhirnya DAP mengakui bahawa untuk menakluki Putrajaya dengan majoriti 2/3 adalah perkara yang paling mustahil. Perkara ini diberitahu sendiri oleh DAP kepada rakan mereka PAS. Ini Timbalan Pengerusi yang cakap, bukan mana-mana mamat kecil didalam DAP.
Karpal Singh dan Lim Kit Siang, tunggu apa lagi, hentam lah Dr Tan habisan. Atau jalan mudah sekali bagi Dr Tan ialah menyatakan media memutarbelitkan kata-kata beliau.
......................
Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
27/07/2012
Mat Sabu Cuba Di Pancung Di Pendang Kedah.
Oleh: HHalem.
Cubaan Memancung Gagal. Mat Sabu tersenyum lebar.
Mesyuarat
Jawatankuasa PAS Kawasan Pendang
telah memutuskan dan menawarkan Kerusi Parlimen Pendang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk ditandingi sebagai calon.
Walaubagaimana pun, ia mendapat tentang hebat dan sengit oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa melalui satu surat yang diberi kerana mereka tidak mahu Mat Sabu bertanding di Parlimen Pendang. Mereka mahu mengekalkan Dr Hayati Othman bertanding di Parlimen Pendang dan Mohamad Taulan Rasul bertanding di Dun Tokai seperti sekarang untuk pertimbangan Pusat.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
26/07/2012
SUK Selangor. Masalah Air Ujud. Khalid Pula Ajak Muhyiddin Berperang.
Oleh: HHalem.
Muhyiddin cuba menyelamatkan keadaan, daripada “Tiada Air” kepada berlaku “Krisis Air”.
Khalid Ibrahim pula bersiap sedia untuk ajak berperang.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi memaklumkan, hasil pantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati masalah kekurangan air memang berlaku di kawasan Cheras dan tidak berlaku di tempat-tempat lain di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Maklum Mohd Khusrin pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
“Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Langat mengalami
masalah kekurangan bekalan air,”
“Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan, kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku sebagaimana yang didakwa.” –
SinarHarian
>
Samaada SUK Selangor, yang dibawah telunjuk MB Khalid, juga dibawah telunjuk Pakatan Rakyat, hendak menyembunyikan sesuatu atau cuba meredakan keadaan yang semakin nampak meruncing.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
25/07/2012
Zamzarina Menjejak & Membongkar Pemfitnah Farid Ismeth Dan DS Rosmah Di Wikipedia.
Oleh: HHalem.
Beberapa hari sudah kita lihat video penjelasan dan pengakuan Farid Ismeth Emir kepada Zamzarina Zambri mengenai kontroversi yang mengaitkan diri Farid Ismeth sebagai bekas suami DS Rosmah, Isteri DS Najib.
Selepas mengambil masa yang terlalu lama, 11 tahun, akhirnya baru lah dijelaskan sendiri oleh Farid Ismeth. Lihat
video di sini
>
Hari ini sekali lagi Zamzarina Zamri berjaya membongkar dan menjejak langkah-langkah orang yang memfitnah dan menulis didalam Wikipedia.
Zamzarina, melalui email pemberi maklumat yang diterima beliau, memaklumkan :-
“Pada 5 June 2012, seseorang yang menggunakakan alamat
IP: 115.134.32.194
telah mengubah maklumat 'spouse' dan memasukkan nama Farid Ismeth” didalam Wikipedia dengan menggunakan
ID: Mrarifufu.
Data yang dimasukan oleh Mrarifufu ialah;
“She married Najib Tun Abdul Razak in 1987 and the couple have two children - Nooryana Najwa and Norashman Razak. In addition to them, Rosmah also has three other children - Azrene Soraya on
her first marriage with Farid Ismeth Emir, and two other children from her second marriage with Abdul Aziz Nong Chik.”
Apabila berjaya dikesan Mrarifufu melarikan diri dan memadam akaun Wikipedia beliau.
Seorang lagi pengguna
“Plastikspork
” IP: 115.134.32.194 telah memasukkan
“Farid Ismeth Emir as the 1st spouse of Datin Seri Rosmah”.
Kesemuanya lari lintang pukang apabila dikesan.
Detail snapshoot & perincian boleh didapati di
Zamzarina
>
Wikipedia DS
Rosmah Mansor
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Tema Hari Merdeka. PAS Melatah Sakan Setelah Terasa Di Sindir & Di Hina.
Oleh: HHalem.
“55 Tahun Merdeka
Janji Ditepati
”
Logo Melambangkan Visi Negara.
Memerlukan penerangan dengan segera di website Logo dan Tema Merdeka kerajaan.
Sekali imbas penulis terasa pelik juga dengan tema Hari Kemerdekaan kerana maksudnya cukup susah untuk dikaitkan dengan HARI MERDEKA.
Maka tidak hairanlah, dengan tajuk di atas parti pembangkang PAS terasa mereka dipermainkan dan di sindir, malah dihina, kerana selama ini mereka cukup terkenal dengan tidak pernah menunaikan janji-janji PRU dan asyik menyalahkan pihak kerajaan semata-mata.
Sehinggakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi tempoh 1 minggu supaya menukarkan tema lain.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Abby Cuba Bertikam Lidah & Buat Kecoh Dengan Zunar.
Oleh: HHalem.
Artist PAS perlu berpijak dibumi nyata, bukan nya drama filem khayalan PAS.
Jikalau hendakan padang hiburan berdasarkan mesra Syariah, ujudkan lah
KelateWood
di Kelantan. Pok Nick sedia membantu.
Pelakon Arbaiyah Abdul Manan (Abby) memjawap kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai
“artis sertai Pakatan Rakyat PR hanya berceramah tetapi tidak berkarya”
dengan membidas bahawa beliau hanya akan kembali berkarya selepas BN ditumbangkan dalam PRU13 akan datang.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Umno Melaka Mendedahkan Tembelang Temberang Blogger Ahmad Faisal.
Oleh: HHalem.
Sama-sama ada bukti kukuh.
Datuk Akhbar Ali - Setiausaha Kerja, Badan Perhubungan Umno Melaka.
Semalam kita mendengar rintihan sebelah pihak sahaja bagaimana blogger Ahmad Faisal Mohd Yunos yang menuntut tunggakan bayaran gaji tertungak sebanyak RM24,370.00 dari Pejabat Perhubungan Umno Melaka.
Ahmad Faisal adalah bekas Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka dan juga bekas Pegawai Khas Blog Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang menceritakan kisah beliau
di sini
> dan
di sini
>.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
24/07/2012
Blogger Ahmad Faisal Terjawap. Pejabat Perhubungan Umno Melaka Rupanya.
Oleh: HHalem.
Semalam kita tertanya-tanya parti politik manakah yang tidak membayar gaji kepada penulis blog Ahmad Faisal Mohd Yunos yang menuntut tunggakan bayaran gaji sebanyak RM24,370.00.
Carian dari rekod Pakcik Google mendapati beliau adalah
Pegawai Khas Blog Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka
pada 2008. Lihat arkib June 2008
di sini
>
Hari ini Mkini mengesahkan bahawa Ahmad Faisal memang berkerja di
Pejabat Perhubungan Umno Melaka.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Fathul Bari Ingin Bertanding Calon PRU13. Senyum Sinis.
Oleh:
HHalem.
Ini berita menarik dan paling baik untuk hari ini.
Khamis lalu, Pengerusi ILMU (Sekretariat Ulama Muda Umno), Fathul Bari Mat Jahaya memaklumkan beliau tidak menolak untuk bertanding, sebagai wakil ILMU, dan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.
Berdasarkan Fathul Bari, ILMU sedia menghulurkan bantuan jika diperlukan parti, walaupun pihak ILMU bukan lah jenis yang suka meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.
Kita lihat respon positif dari Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf berkata walaupun ILMU tidak menjadi sayap parti Umno, ILMU masih boleh bertanding dalam PRU13 nanti. Ini berdasarkan peraturan bahawa mereka yang bergelar ahli parti layak memberikan nama untuk bertanding.
“Tiada masalah, siapa-siapa yang jadi ahli Umno boleh menjadi calon, malah individu daripada ILMU lebih berpeluang untuk bertanding dalam PRU13,”
Terdahulu Fathul mencadangkan untuk menjadi ILMU sebagai sayap parti Umno tetapi tidak berjaya.
Ikuti apa komen Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
23/07/2012
Pengakuan Farid Ismeth Emir Tentang DS Rosmah. “Bekas Isteri” Beliau. (Video).
Oleh: HHalem.
Penjelasan dan pengakuan Farid Ismeth Emir kepada Zamzarina Zambri apabila diajukan soalan berkaitan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang DS Rosmah, Isteri DS Najib.
Sudah sebelas tahun baru nak keluarkan statemen seperti ini.
Sebelum ini Farid Ismeth tidak pernah bersuara dan hanya keluarkan,
“No komen..No komen”
sahaja apabila disoal hal tersebut. Itu lah yang menimbulkan lagi pelbagai tandatanya orang ramai.
Sebelum ini, dengan tidak melakukan sesuatu (dengan hanya ‘No komen’) akan menimbulkan lagi fitnah yang tidak berkesudahan. Sebab itu ia berlarutan sehingga 11 tahun. Salah siapa?
Apa-apa pun semua perkara telah terjelas dan terjawap sudah, selepas 11 tahun.
SAYA TERTEKAN DAN MALU..!!
ITULAH LUAHAN RASA PAK NGAH APABILA DIAJUKAN SOALAN “BENARKAH
FARID ISMETH EMIR ATAU LEBIH MESRA DENGAN PANGGILAN 'PAK NGAH' DIKALANGAN RAKAN-RAKAN WARGA RTM AKIBAT FITNAH ORANG YANG MENGATAKAN BELIAU PERNAH BERKAHWIN DENGAN ORANG KENAMAAN.. TELAH LEBIH SEDEKAD PAK NGAH MEMENDAM RASA DI LUBUK HATI..”
IKUTI TEMUBUAL EKSKLUSIF ZZ BERSAMA FARID ISMETH YANG TELAH DIRAKAMKAN SECARA AMATUR. TUJUAN ZZ MENGADAKAN TEMUBUAL INI AGAR PIHAK-PIHAK YANG MEMFITNAH PAK NGAH & VVIP ITU MENDAPAT KEBENARANNYA HARI INI
WALAUPUN PAK NGAH TAK PERNAH BERSUARA
TETAPI INILAH YANG TERBUKU DI HATI PAK NGAH SELAMA INI..
Zamzarina Zambri
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Muhyiddin. Konsesi Syabas dan Kerajaan Selangor Mungkir Janji. Pergolakan Air Semakin Runcing.
Oleh: HHalem.
Tak kan naik biarkan kepada Khalid tergagap-gagap.
Lambat Laun kena "Declare State of Emergency"
Sebelum ini Khalid Ibrahim berkata akan mengambil alih SYABAS didalam masa 14 hari dengan menggunakan kuasa di bawah
Klausa 32 Perjanjian Konsesi
&
Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).
Khalid juga turut berkata,
“Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.”
Di sertakan syarat tambahan sebelum wang diberi ialah bahawa cadangan kepada,
“Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat Pengerusi Eksekutif (TS Rozali Ismail) dan Ketua Pegawai Eksekutif (Datuk Ruslan Hassan) SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS.” – Kenyataan Rasmi Khalid,
di sini
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Pendedahan Blogger Di Tipu Dan Tidak Di Bayar Gaji Bulanan. Unit Media Baru (UMB) Umno?
Oleh: HHalem.
Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44 -
Pegawai Khas dan Ketua Unit IT.
Gaji beliau tidak dibayar dengan kaedah tipu muslihat.
Caruman EPF macam mana?
Parti politik mana yang dimaksudkan? Umno? PKR? Pas?
Kalau Umno bermakna ia dibawah Unit Media Baru (Umb) dikepalai oleh Tun Faisal dibawah KJ.
Apa nama blog Ahmad Faisal?
Dia ni pun pakai T-Shirt "Rakyat Di Dahulukan"
...........................
Sinar Harian melaporkan bahawa kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di Melaka menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.
Pekerja tersebut, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, memegang jawatan sebagai
Pegawai Khas dan Ketua Unit IT
semenjak 3 tahun lalu. Beliau juga berperanan
sebagai pengendali blog.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
21/07/2012
Khalid Ibrahim Usahakan Pemecatan Rozali Ismail Dari Syabas.
Oleh: HHalem.
Di bawah kenyataan penuh Khalid Ibrahim:
...start..
Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.
Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.
Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
20/07/2012
Khalid Desak CEO Rozali SYABAS Berhenti.
Oleh: HHalem.
AntaraPos
menulis bahawa Menteri Besar, TS Khalid mendesak Pengerusi Eksekutif,
Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)
, TS Rozali Ismail supaya meletak jawatan melalui 'tweet'nya bersabit krisis air di Lembah Klang.
Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat menyalahkan SYABAS sebagai punca berlakunya kekurangan bekalan air terawat di Lembah Klang.
"CEO Syabas perlu letak jawatan dan minta maaf kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana gagal sediakan air bersih seukupnya," twitter Khalid.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Papagomo Akan Beri Tamparan Maut Pada Nurul Izzah.
Oleh:
HHalem.
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti "tamparan maut" dalam waktu terdekat.
Sankara Nair berkata,
"Kami tidak mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai. Kami tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa sekarang," – di petik
Sinar Harian
>
Kenyataan itu diperoleh ekoran laporan blog Papagomo bahawa seorang mahasiswa di utara Semenanjung membuat laporan polis terhadap Anwar kelmarin.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui wartawan di Pulau Pinang berkata, beliau hairan mengapa pemblog-pemblog seperti Papagomo yang memfitnah pemimpin-pemimpin PR tidak dikenakan sebarang tindakan.
Mengulas kenyataan itu, menerusi entri terbarunya, Papagomo berkata,
"Sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim."
"Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia”
"Jika anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke atas Datuk Eskay, Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?"
PapaGomo juga menyoal mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar.
"Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul Izzah kerana
dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tamparan maut untuk Nurul Izzah
agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang menasihati bapanya," katanya lagi.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
18/07/2012
MB Azizan Perlu Paktua Pok Nick Segera. Beliau Tersepit Bab Saham Felda.
Oleh:
HHalem.
Menteri Besar Kedah kini terletak diantara dua persimpangan. Pertimbangan diantara:-
a- kepentingan politik demi temolok pemimpin PAS Pusat, dan
b- kepentingan ekonomi dan membantu orang Melayu/bumiputra.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
16/07/2012
Latheefa Koya Letak Jawatan Sebelum Di Pecat Oleh MB Khalid. (Video).
Oleh:
HHalem.
Mampu kah Latheefa bersenyum selepas ini.
Peguam PKR, Latheefa Koya telah meletak jawatan sebagai Ahli Majlis dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada saat sebelum beliau dipecat. Daripada menerima malu kerana dipecat dan supaya rekod menjadi bersih, Latheefa bertindak meletak jawatan terlebih dahulu.
Banyak sebab-sebab kenapa Latheefa Koyak dipecat. Dan peristiwa ini menyerlahkan lagi sikap buruk dan cakap-tidak-serupa bikin PKR.
1- PKR dan Khalid Ibrahim tidak boleh dikritik seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini.
Azman Yusof, Ahli Majlis MBPJ mewakili PKR menerangkan, MB Khalid meminta Latheefa menghantar Surat Tunjuk Sebab menjelaskan mengapa beliau mengkritik pentadbiran Adun Ijok.
“Mengikut apa yang saya dengar, sah Latheefa sudah meletakkan jawatan”
“Dipercayai kerana arahan MB agar Latheefa menghantar surat tunjuk sebab tentang tindakannya mengkritik Tan Sri ”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Wan Azizah Di Cadangkan Sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Wan Azizah Rasa Terbuang.
Oleh: HHalem.
Wan Azizah bagaikan di ulek mayang.
Di ulek kiri-kanan, depan belakang.
Terbuang ke hulu ke hilir.
Semalam kita lihat bagaimana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi pelbagai halangan dan banyaknya songeh kepada Wan Azizah, Presiden PKR, jika Wan Azizah mahu bertanding di kawasan DUN Selangor pada PRU!13 nanti. (
di sini>
)
Hari ini PKR Pulau Pinang pula mencadangkan Wan Azizah bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang. Berkemungkinan besar Wan Azizah boleh dilantik sebagai
Timbalan Ketua Menteri 1
sekiranya menang keusi DUN.
“Setakat ini PKR negeri belum pernah membincangkan tentang perkara ini namun sekiranya ada peluang dan mengambil kira tiada calon lain yang ternama yang sesuai
apa salahnya kita berikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya bagi mewakili PKR
,” - Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Md Ghazali pada Sinar Harian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
15/07/2012
Azmin Memberi Tamparan Kepada Wan Azizah Sebelum Masuk Selangor.
Oleh: HHalem.
Presiden PKR, Dr Wan Azizah minggu lalu diberitakan bersedia dan bersungguh-sungguh mengambil kira untuk bertanding kerusi DUN di Selangor pada PRU13 nanti.
Hari ini Azmin Ali, sebagai Timbalan Presiden PKR, merangkap Pengerusi PKR Selangor, merangkap juga Pengarah Pilihan Raya PKR, nampak seperti meletakan pelbagai syarat-syarat kepada Presiden beliau sebelum boleh dilayakkan bertanding di Selangor.
Pertamanya
, Presiden mesti mendapat cadangan akar umbi.
Keduanya
, cadangan tersebut mesti dipersetujui parti PKR Negeri.
Ketiganya
, cadangan tersebut mesti dipersetujui parti PKR Pusat.
Keempatnya
, hasrat Presiden belum dibincang oleh Pakatan Rakyat Negeri.
Kelimanya
, hasrat Presiden belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat.
Keenamnya
, samada Presiden akan memberi kesan berganda yang positif kepada parti atau sebaliknya adalah paling mustahak.
Jika syarat tidak dipenuhi, maka Presiden tidak layak langsung bertanding di Selangor.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Zaliah Zakaria Muncul Kembali. “Saya Tertekan”... “Anwar Pondan”
Oleh:
HHalem.
Zaliah Zakaria menunjukkan gambar Anwar dalam akhbar Utusan Malaysia sambil meminta Ketua Pembangkang itu membuat kenyataan berhubung isu RM3 bilion bagi membersihkan namanya di Pulau Pinang, semalam.
Wanita yang dikaitkan dengan isu RM3 bilion, Zaliah Zakaria meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan berhubung perkara itu bagi membersihkan namanya.
Katanya, kenyataan itu penting kerana selain dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat, ia juga dapat mengelak pandangan serong orang ramai terhadapnya dan keluarga.
"Saya mahu Anwar memberi kenyataan benar dan jangan berdiam diri seperti seorang 'pondan'.
"Saya kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikaitkan dengan isu itu kerana sering dipandang serong masyarakat selepas gambar dan nama saya disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini,"
Kata Zaliah ketika ditemui Mingguan Malaysia di sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini. –
Mingguan Malaysia
HHalem:
Kalau sudah kaya raya dan besar dan tertekan dek Anwar, pergi jumpa
pakar sakit jiwa.
Buktikan Anwar telah menekan dan tertekan.
Kemudian saman la Anwar Rm100 juta lagi.
Tak kan nak saman Utusan kot, sebab ada appointment dengan Utusan di Gurney Drive lagi.
Zaliah ni akuan beliau sendiri adalah toke kuda.
Adakah Zaliah toke operate stadium perlawanan lumba kuda ?
Adakah apa-apa lesen operasi diperlukan dari Kementerian Kewangan (zaman Anwar dulu)?
Comments / Pandangan Melalui Facebook
14/07/2012
Cerita Terakhir Suami Muhdalina. Pura-pura Tidak Ingat. Minta Lepas Dari Semua Kesalahan.
Oleh: HHalem.
Apa kesudahan dengan Muhdalina dan suami beliau?
Mana pula cerita isteri Khalil ?
Adakah dengan mengaku tidak ingat, dirasuk dan dipukau akan bebas dari semua kesalahan?
Ini bahagian akhir dari Sinar Harian. Bahagian pertama
di sini>
5-Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?
Muhdalina seperti dipukau.
Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Dia seperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi tidak sempat.
Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.
Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Cerita Suami. Beliau Menghantar Isteri Untuk Tinggal Dengan "Imam Mahadi". Apa Punya Suami !
Oleh:
HHalem.
KEJADIAN amuk oleh Khalil Afandi Abd Hamid, 47 mengelar diri sebagai “Imam Mahadi” Isnin lalu berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya menggemparkan negara kerana telah menggunakan pedang samurai. Khalil bermasalah kecelaruan personaliti.
Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama dengan seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28.
Yang menjadi peliknya Irwan, suami Muhdalina turut menghantar isteri beliau ketempat kejadian amuk dan yang tidak dapat diterima akal ialah Irwan juga menghantar isteri beliau ke rumah Khalil untuk bermalam.
Entah lah, siapa yang sebenarnya bercelaruan mental. Mungkin ketiga-ketiga mereka iaitu Khalil, Muhdalina dan suami beliau Irwan.
Temubual khas wartawan Sinar Harian, bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.
1-Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?
Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.
Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.
Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
HIMPUNAN OREN. (Video).
Oleh: HHalem.
Video di atas, mengatakan sana boleh, sini boleh.
1-Bermula 2 petang berhimpun selepas Dzhor di Masjid Wilayah Persekutuan.
(Masjid tidak diambil kira sebagai tempat berkumpul, bukan check point 1. Penganjur mengambil peluang kelemahan undang-undang di sini. Wahal Hebahan Media Polis terang-terang menyatakan ia tidak boleh berkumpul di Masjid).
2-Berarak menuju ke check point pertama di parking kereta Mahkamah Jalan Duta.
3-Berarak melalui Susur Jalan Duta.
(Polis tidak izinkan menggunakan Jalan Duta, penganjur pula menyebut akan menggunakan laluan tepi/susur Jalan Duta)
4-Berhenti 600 meter dari pintu ketiga Istana Negara.
Hebahan media polis pula menyatakan, sana tak boleh, sini tak boleh.
Kita lihat lah apa yang akan terjadi nanti.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
13/07/2012
Hishammuddin – “Pengamuk Nak Berdepan Dgn Najib . Imam Mahadi Kebal Tak Mati Dan Boleh Hentikan Waktu”
Oleh: HHalem.
Adakah wajar Hisham kaitkan nama Najib, buat ketika ini?
Hendak justifikasi kenapa Khalil Samurai ditembak, perlukah kaitkan nama Najib?
Menteri Dalam Negeri DS Hishamuddin cuba mengaitkan dengan mengesahkan melalui twitter beliau bahawa tujuan utama pengamuk ialah hendak
“berdepan”
dengan DS Najib.
Pengamuk yang ditembak mati Khalil Afandi Abdul Hamid dan pasangan beliau Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai adalah bertujuan untuk ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri. Twitter berikut diambil dari AgendaDaily.
Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O:
“Khalil Afandi - sah tujuan
berdepan
dgn @NajibRazak dan mengakui dirinya Imam Mahadi, kebal tak akan mati dan boleh menghentikan waktu”
Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O:
“Ajaran sesat - Khalil Afandi : sah tak melibatkan rangkaian besar atau ada kaitan kumpulan2 extrimis/penganas. Syukur alhamdullilah.”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/07/2012
Uncle Seekers Di Bebas. Keluar Balai Kena Tahan Lagi.
Oleh: HHalem.
Keluar masuk - keluar masuk balai.
Boleh tahan ketagih ka berhari-hari tanpa Morpin ?
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim memaklumkan Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas (Uncle Seekers) ditahan semula selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Uncle Seekers ditahan semula untuk siasatan mengikut
Akta Hasutan 1948
selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas. Atas perintah mahkamah beliau ditahan selama tiga hari sehingga Sabtu.
"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d)
Akta Rahsia Rasmi 1972
telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1)
Akta Hasutan 1948
berhubung 64 entri di dalam blog terbabit,"
– Ismail dipetik Sinar Harian.
Teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
Beberapa hari ini, DS Najib telah mencadangkan untuk menghapuskan “Akta Hasutan 1948” dan digantikan dengan
Akta Keharmonian Nasional.
Adakah ini bermakna mat morpin ini orang yang terakhir ditahan dibawah Akta Hasutan?
Najib pernah berkata,
“
kerajaan mengambil keputusan menguatkuasakan
serta-merta semua akta baharu
dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti” -
Berita Harian>
dan
KLPos
>
Apa maksud dengan penahan si mamat ini, dari segi kesahannya?
Sumber SinarHarian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Newer Posts
Older Posts
Home
View mobile version
Subscribe to:
Comments (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
Pembohongan Dan Fitnah Besar Nik Aziz Terhadap Tun Mahathir. Nik Aziz Perlu Minta Ampun Pada Tun. Surat Tun Kepada Nik Aziz.
Oleh : HHalem 1- Nik Aziz telah melakukan fitnah besar dan mengaibkan terhadap Tun Mahathir. Seperti kata Nik Aziz sebelum ini, “...
TERKINI: Video Oral Sex Anwar-Shamsidar Sudah Ada. Pasaran Gelap Akan Muncul Tidak Lama Lagi.
Oleh: HHalem. Video Oral sex diantara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin Ali PKR, dijangkakan akan mengocangkan...
PANAS;- Raja Petra Bertelagah Dengan Ahmad Azman. Semua Pasal Anak Perempuan. Gambar Raja Sara Yang ‘Cleavage-Over-Exposure’ - UPDATE
Oleh : HHalem. Update di bawah sekali - Surat Pok Man 1- Raja Petra membuat satu posting mengenai anak beliau, Raja Sara, yang ba...
200K Boob: Guan Eng Merayu-rayu Semasa Press Statement.
Oleh: HHalem. 1- Pendedahan benar mengenai 200K-Boob oleh Malaysiakini dengan disengajakan, baca di sini > 2- Warna merah diko...
Pendedahan Dalaman Istana Johor. Rebutan Tahta, Wang, Harta Dan Ugut Mengugut Macam Cerita Bollywood.
Oleh: HHalem. Kamal Hisham - Peguam Khas Istana. Dilantik semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar untuk menguruskan hal-hal Bagin...
Hukum Hudud PAS: Surat Tun Dr Mahathir Kepada Nik Aziz.
Oleh: HHalem. Hukum Hudud PAS. (Bukan Hukum Hudud Islam) Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 15 Julai 1994. Ia diturunkan semu...
Lapuran Siap Semalam. Alasan Kenapa Anwar Bebas Dari Tuduhan Liwat Saiful.
Oleh: HHalem. Alasan penghakiman penuh kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Buk...
Karpal “Akan Nasihat PAS Secara Mendalam”. Saman Terus Pok Nick.
Oleh: HHalem. Apa yang nak dinasihat secara mendalam? Saman saja PAS, Pok Nick dan Hadi. Kemudian DAP keluar Pakatan, habis cerita....
Gambar-gambar Family Hannah Yeoh Yang Celaru Biru. Dakyah Komunis DAP Menghapuskan Bangsa Dalam Proses.
Oleh : HHalem 1- Perkembangan yang amat menarik telah berlaku apabila pasangan ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramacha...
Blog Archive
Blog Archive
Sept 2012 (49)
Aug 2012 (45)
Jul 2012 (50)
Jun 2012 (52)
May 2012 (54)
Apr 2012 (61)
Mar 2012 (48)
Feb 2012 (67)
Jan 2012 (76)
Dec 2011 (84)
Nov 2011 (90)
Oct 2011 (126)
Sept 2011 (119)
Aug 2011 (124)
Jul 2011 (165)
Jun 2011 (83)
May 2011 (105)
Apr 2011 (104)
Mar 2011 (69)
Feb 2011 (47)
Jan 2011 (47)
Dec 2010 (22)
Nov 2010 (6)
Oct 2010 (3)
Sept 2010 (4)
Radio Live Online
Sinar.fm - KlasikNasional.fm