Oleh: HHalem.
Adakah ini kes tip-of-the-iceberg bagi BN Sabah?
DS Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan berkuatkuasa serta-merta dari jawatan;
1-Anggota Majlis Tertinggi Umno,
2-Ketua Umno Bahagian Beaufort dan
3-Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
"Bagi jawatan Timbalan Menteri (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau”
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," – dipetik dari Bernama.






























