Multiple Pages

25/07/2012

Abby Cuba Bertikam Lidah & Buat Kecoh Dengan Zunar.


Oleh: HHalem.
Artist PAS perlu berpijak dibumi nyata, bukan nya drama filem khayalan PAS.
Jikalau hendakan padang hiburan berdasarkan mesra Syariah, ujudkan lah KelateWood di Kelantan. Pok Nick sedia membantu.
  
Pelakon Arbaiyah Abdul Manan (Abby) memjawap kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai “artis sertai Pakatan Rakyat PR hanya berceramah tetapi tidak berkarya” dengan membidas bahawa beliau hanya akan kembali berkarya selepas BN ditumbangkan dalam PRU13 akan datang.


Abby Abadi juga berkata dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Dalam situasi artis yang berhijrah (ke PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita”

“Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem drama dan rancangan yang bercorak Islamik “

“Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan ‘padang’ yang bersesuaian dengan Syariah Islam.”

“Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah

Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.

Masalah & kecewa rumahtangga diterjemah melalui politik PAS.

Penulis rasakan Abby ini belum merasai lagi langit tinggi rendah tentang temberang PAS. Mungkin beliau tidak pernah mendengar yang Pok Nick pernah mengharamkan wanita bernyayi dan membaca Quran dikhalayak ramai. Tentang dasar Pok Nick sebelum ini yang wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan diketengahkan. Dasar PAS yang sekejap boleh dan sekejap tidak boleh yang menghampakan dan mengelirukan rakyat.

Abby memang main sebut-sebut sesuka hati tentang dasar PAS yang mahu industri hiburan yang “bercorak Islamik”. PAS mahu mengujudkan “industri hiburan yang mesra Syariah Islam”.

Pernah kah beliau bertanyakan dan membaca garis panduan bertulis tersebut dari PAS, apa itu maksud “industri hiburan yang mesra Syariah Islam dan bercorak Islamik” ?

Adakah perjuangan Abby hanya mahu menjadi Menteri Hiburan PAS yang mesra Syariah Islam? Jika ini motif Abby, sudah tentu beliau akan kecewa tidak berkesudahan lagi selepas ini.

Mungkin ramai artist-artist PAS ini masih blur, main hentam dan bercakap seperti ahli politik. Mereka keliru, setelah mempunyai masalah rumah tangga, bagaimana untuk mencari cahaya dihujung terowong.

Mereka keliru diantara perbezaan mencari cahaya melalui politik PAS dengan perbezaan mencari cahaya melalui berguru dengan ustaz-ustaz guru agama dan Quran yang bertauliah di surau-surau dan masjid-masjid.

Jika artis-artis PAS hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan ‘padang’ yang bersesuaian dengan Syariah Islam oleh PAS di Kuala Lumpur, alamatnya sampai matilah tidak kecapaian.

Cuba pergi ke Kelantan dan ujudkan KelateWood bercorakan dan mesra Syariah kerana di sana telah ada padang yang disediakan oleh PAS. Ia lebih mudah dan ujudkan lah KelateWood di Kelantan.

Artis-artis PAS perlu berpijak dibumi nyata, bukan nya drama filem khayalan PAS.  

Panas dari Minsider.

1 comment:

  1. Nak buat KelateWood mudah je..meh derma. Di Kelate, sebut apa je projek..semua boleh, tapi meh ler derma.

    Tanggungjawab kerajaan yg ngutip cukai ni hanya sekadar letak batu pengasas dan ceramah serta ngutip derma. Projek tak da gak..

    ReplyDelete