Multiple Pages

03/07/2012

Hudud Johor. Pok Nick Setuju..Hadi Tunggu Apa Lagi..


Oleh: HHalem.

Sebelum ini, cadangan ADUN Umno Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Kerajaan Negeri Johor melaksanakan hukum Hudud, disambut baik oleh Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS, di sini>

Hari ini Menteri Besar Kelantan, Pok Nick pula menyetujui cadangan tersebut demi kepentingan Umat Islam sejagat.

“Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati. Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah,” – dipetik SinarHarian

Selepas ini, apa pula kata Haji Hadi Awang, Presiden PAS?

Adakah Tuan Ibrahim, Pok Nick atau pun Hadi Awang akan beralih pandang dan spin demi politik dan merendahkan cadangan Ayub?

Apa pula pandangan pemimpin Umno Pusat atau mereka buat-buat tak tahu atau mereka buat-buat tak nampak?

Hakikatnya, ini adalah satu teknik baru yang cukup menarik kerana PAS tahu MCA-MIC akan berperang sakan dengan Umno, jika pemimpin Umno bersuara menyetujui mengenai cadangan melaksanakan hudud di Johor.

2 comments:

  1. Datuk Ayub Rahmat, entah apa mimpinya, tiba2 membuat cadangan Hudud, dia x sedar, cadangan itu akan menikam diri sendiri, sebab itu lah Pok Nik, juga setuju, kerana akan ada keuntungan politik untuk mereka, hukum hudud ini, cukup sukar dilaksanakan diMalaysia, apatah lagi buat Negeri Johor kerana kita Negara Majmuk, akan menimbulkan banyak rintangan & apabila perlaksanaan tidak dapat dijalankan olih sebab2 yang tertentu Pas akan menuduh BN terutama Umno cuba menolak Hudud, inilah yang dimahukan mereka, pada hal mereka sendiri tidak mampu melaksanakanya diKelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah la tulih pjg2 klu mcm ni....malu org lain baca!

      Delete