Multiple Pages

03/07/2012

Lapuran Siap Semalam. Alasan Kenapa Anwar Bebas Dari Tuduhan Liwat Saiful.


Oleh: HHalem.

Alasan penghakiman penuh kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan dan pembelaan petang semalam.

Dalam penghakiman bertulis 80 muka surat itu,  Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah  berkata;

“adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat itu kerana itu ia tidak boleh menyokong bukti yang dinyatakan oleh pengadu Mohd Saiful.”

Menurut Hakim Mohamad Zabidin, yang tinggal pada mahkamah ialah keterangan Saiful untuk membuktikan berlaku tembusan tersebut. Sebagai kesalahan seksual, katanya,

“mahkamah sentiasa enggan mensabitkan tertuduh semata-mata berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.”

"Oleh itu, tertuduh dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu"

Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut

Saiful Boleh Mula Merayu.
Sementara itu, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said, berkata pihaknya mempunyai tempoh 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan mulai semalam.

Menurut beliau, alasan penghakiman penuh dan rekod rayuan tersebut diterima petang semalam dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber AntaraPos.
Penat ! !

8 comments:

  1. konspirasi peliwat dan pendakwa.....??????????

    ReplyDelete
  2. Bengang aku baca. Seolah doktor2 pakar, ahli2 kimia dan polis2 negara kita tiada kredibiliti. Habis selama ni orang yang disabit kesalahan pakai ahli2 kimia mana? Pakai doktor pakar mana yek? Kalau lepas ni kes rogol atau liwat akan terlepas juga??

    ReplyDelete
  3. Kalu mcm ni susah le! Nanti kalu ada kes rogol yg tiada saksi hanya pengadu.....macam mana?
    Kenapa mahkamah tak arah Anwar bagi DNA?

    ReplyDelete
  4. DNA air mani tu....bukannya sel kulit atau daki.

    ReplyDelete
  5. Memang susah untuk menyatakan kebenaran bro sebab...
    DNA tu mungkin bercampur antara manusia dan babi.
    Susah nak tentukan...
    Lg pun masyukkkkkkkkkkk...........................

    ReplyDelete
  6. “mahkamah sentiasa enggan mensabitkan tertuduh semata-mata berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.”

    ini penyataan khas untuk kes anwar ke atau secara am untuk semua kes rogol/liwat kat malaysia ni?

    “adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat itu kerana itu ia tidak boleh menyokong bukti yang dinyatakan oleh pengadu Mohd Saiful.”

    kenapa tidak selamat? adakah makamah merasakan DNA adalah bukti yang tidak nyata atau tiada kredebeliti?

    ReplyDelete
  7. aku ingat lawyer yg la ni sokong anwar ni mmg dah sah tolong dia, la ni dia masuk team anwar utk kes bersih supaya bayaran utk dia senang nak bagi, sebab la ni jd lawyer, yg penting masyukk, ada sapa boleh check akaun dia mesti ada juta2 dah.
    sila rujuk berita: Bekas Ketua Pendakwaraya bagi kes liwat II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden kini menyertai pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Bersih 3.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, semuanya ambil masa utk berfikir. Alang2 berfikir, renung2kan jugalah hukum Allah swt.

    -MAKORANG-

    ReplyDelete