Multiple Pages

10/07/2012

Peguam Negara Fail Rayuan Kes Saiful. Sivarasa Rasiah Meracau-racau.


Oleh: HHalem.
Ahli Biro Politik Keadilan, Sivarasa Rasiah mula meracau-racau. 

Utusan.
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Petisyen tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini pada petang semalam setelah pihak pendakwaan berpuas hati bahawa terdapat alasan munasabah untuk mengemukakan rayuan berkenaan, menurut Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md. Said.

Ini jawapan PKR melalui KeadilanDaily

Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, ia (adalah bermotif politik) dan dibuktikan apabila penghakiman bertulis kes itu hanya dikeluarkan awal bulan ini walaupun keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Katanya, kelewatan itu juga jelas menunjukkan badan kehakiman telah diperalat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ini satu lagi taktik politik terdesak pentadbiran Najib untuk mengekang pergerakan Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang dengan harapan Pakatan Rakyat tidak menang,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said dilapor mengesahkan petisyen rayuan difail semalam, namun enggan mendedahkan alasan rayuan itu.
  
HHalem:
Bagi PKR, keadilan dan kebebasan hanyalah untuk Anwar sahaja. Bagi orang lain semuanya bermotif politik dan diperalatkan dan tidak adil.

5 comments:

  1. Peguam2 cuba berhujah berlandaskan buku undang-undang dari menjadi pengikut buku jingga!

    ReplyDelete
  2. Menyampah aku nak layan cerita org tua peliwat tegar ni. Dah sah dia liwat pun org tak percaya. Apa ingat dia tak kena jel, kira dah suci dari dosa kah?
    Bila dia mati kang, aku nak je ajak kucing n ferret aku kencing atas kubur beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....takut nanti ko yg mati dulu pulak..ko blh tahu ke????

      Delete
  3. KONSPIRASI KEPALA HOTAK. INI KES ANUAR DENGAN SAIFUL. DEPA PUNYA PASAI LA...YANG DOK SANGKUT DENGAN POLITIK TU PASAI APA...TOYOL

    ReplyDelete
  4. Anwar melengah-lengahkan kes dimahkamah sehingga 2 tahun konspirasi politik siapa pulak ? Bagitulah PKR jikalau tak kelentong memang bukan PKR....
    Dino..

    ReplyDelete