Multiple Pages

23/07/2012

Pendedahan Blogger Di Tipu Dan Tidak Di Bayar Gaji Bulanan. Unit Media Baru (UMB) Umno?


Oleh: HHalem.
Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44 - Pegawai Khas dan Ketua Unit IT.
Gaji beliau tidak dibayar dengan kaedah tipu muslihat.
Caruman EPF macam mana?
Parti politik mana yang dimaksudkan? Umno? PKR? Pas?
Kalau Umno bermakna ia dibawah Unit Media Baru (Umb) dikepalai oleh Tun Faisal dibawah KJ.
Apa nama blog Ahmad Faisal?
Dia ni pun pakai T-Shirt "Rakyat Di Dahulukan" 
...........................
Sinar Harian melaporkan bahawa kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di Melaka menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

Pekerja tersebut, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, memegang jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT semenjak 3 tahun lalu. Beliau juga berperanan sebagai pengendali blog.


Ahmad Faisal memaklumkan, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pejabat terbabit hanya membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Asalnya tunggakan baki gaji berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

“Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan,” – maklum Ahmad Faisal di pejabat Sinar Harian.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

“Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.”

“Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Faisal tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

“Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya," katanya.

Satu kaedah muslihat telah digunakan untuk menipu Ahmad Faisal.

Gaji sepatutnya Rm3,000 sebulan, tetapi Ahmad Faisal hanya dibayar Rm1,000 sahaja. Siapa punya kerja ini? Cukup memalukan. 

Ini belum lagi diambil kira caruman EPF !

Yang menjadi peliknya, siapa yang menyuruh Ahmad Faisal membawa balik segala peralatan pejabat kerana kita tentu pasti bahawa didalam surat perlantikan beliau sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT tidak akan tercatit perkara seumpama itu. Beliau juga boleh di caj sebagai mencuri peralatan pejabat jika laporan polis dibuat.

Didalam hal ini kompromi dikedua-dua belah pihak diantara Majikan dan Ahmad Faisal amat perlu sebelum ia menjadi perkara yang amat memalukan, terutamanya jika majikan adalah dari Unit Media Baru, Umno.


Update:

Carian dari Pakcik Google, ini berita tahun 2008 dari Utusan.

Ahmad Faisal Mohd. Yunos adalah (Bekas?) Pegawai Khas Blog Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam?
Ini pun jika, bukan tanduk dua serupa.







2 comments:

  1. Salam bro,

    bukan di bawah UMB dan lagi satu apa nama blog dia ni? Takde blogger pro kita kenal pun. Ramai jgk kawan2 dok tanya ni.

    Selamat berpuasa bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Bro..:-)

      Selamat berpose kembali Bro YY...:-)

      Delete