Multiple Pages

07/07/2012

Tamrin Ghafar Di Hadap Ke Jawatankuasa Disiplin. Bakal Di Tendang dari Umno.


Oleh: HHalem.

Tamrin Ghafar, anak kepada pejuang Umno yang terulung, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, biasanya dilihat di pentas-pentas Pakatan Rakyat dan mengkritik pentadbiran Umno-BN sehingga tidak sedarkan diri, telah menerima Surat Tunjuk Sebab dari Jawatankuasa Disiplin Umno pada 26 Jun. Ini di sahkan oleh Tamrin sendiri

“Memang saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti. Surat itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor”

Tamrin jelaskan Surat Tunjuk Sebab tersebut menyebut beliau melanggar disiplin parti, dan berkemungkinan beliau akan dipecat sebagai ahli Umno.

“Saya diberi tempoh 14 hari untuk memberikan jawapan. Namun saya enggan membalasnya dengan surat. Sebaliknya saya menuntut untuk bersemuka dengan jawatankuasa disiplin Umno dan memberikan penjelasan terus kepada mereka” – jelas Tamrin

Kali terakhir Tamrin dilihat bersama pembangkang ialah di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada April lalu semasa anjuran Bersih 3.0.


Yang menjadi kehairanan ialah kita sangkakan si Tamrin ini telah lama keluar dari Umno kerana gara-gara tindaktanduk beliau semasa ucapan yang mana terserlah beliau menyokong dan bersama pembangkang, Pakatan Rakyat.

Soalannya ialah kenapa Jawatankuasa Disiplin Umno mengambil masa yang begitu lama sebelum bertindak? Adakah sebagai memberi peluang kepada Tamrin mengenangkan bapa beliau, Ghafar Baba adalah bekas pejuang terulung Umno di zaman silam?

Melihat tindaktanduk Tamrin, beliau tidak pernah berfikir sejenak dan senantiasa asyik anti-establishment, walaupun di saat-saat akhir yang mana beliau mahu berjumpa sendiri dengan jawatankuasa disiplin daripada menulis surat seperti yang dikehendaki.

Tamrin asyik lagi dibayangi dengan wajah bapa beliau dan merintih sedih atas pemergian Ghafar Baba. Beliau belum lagi boleh menerima hakikat perbezaan diantara dua zaman dan tidak faham kaedah mengutamakan rakyat.

“Umno sudah lari daripada matlamat perjuangan asal pemimpin terdahulu yang lebih mengutamakan rakyat”  - rintihan Tamrin mengenangkan perjuangan Ghafar Baba.

Orang seperti Tamrin tidak perlu berada langsung didalam Umno dan jika beliau dibuktikan melanggar disiplin parti, diharap Jawatankuasa tidak teragak-agak melucutkan keahlian Umno beliau.

Ini lah yang Tamrin kehendaki dan tunggu-tunggu, ia itu dibuang dari Umno. Si Tamrin ni nampak kurang cerdik sikit kerana menunggu sehingga dibuang.

Memang Tamrin ni pun nampak tak cerdik !

Pemimpin dan Penjuang Agong Umno - Tun Ghafar Baba.
  
Sumber MInsider.

2 comments:

  1. Tun Ghafar. Budi dan jasamu di kenang- semuga Allah rahamati dia di Barzah kini. Anak dia pula tidak ikut jejak bapa . Agaknya nak jadi macam 'anakku Sazali' kut.

    ReplyDelete
  2. JANGAN SIMPAN PENDERHAKA MACAM NI..WALAUPUN BAPANYA TOKOH BESAR UMNO TETAPI JELAS KEBIJAKSANAAN BAPANYA TIDAK DIWARISI...SANGGUP BERSAMA DGN ORG YG JATUHKAN BAPANYA...SEDIHLAH KO NI TAMRIN

    ReplyDelete