Multiple Pages

08/07/2012

Wan Azizah Membayangkan Akan Berundur Sebagai Presiden PKR.


Oleh: HHalem.
Merancang untuk lena di Parlimen macam Pak Lah.

Selepas Anwar menimbulkan spekulasi akan bersara dan mengajar jika Pakatan Rakyat tidak menakluki Putrajaya pada PRU 13 nanti (di sini>), kini tiba giliran Wan Azizah pula, sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menimbulkan bayangan bahawa beliau ingin bersara atau sekurang-kurangnya memainkan peranan yang tidak penting didalam PKR selepas PRU13 nanti.


Nampak gayanya memang Anwar ingin bersara dan Wan Azizah pula dengan penuh gaya akan berundur secara perlahan-lahan. Mereka berdua telah membuat perancangan dengan rapi, tetapi berhati-hati supaya PKR dan PR tidak menjadi cempera dan kacau bilau akibat keputusan mereka.

Wan Azizah mempunyai beberapa pilihan samaada bertanding di Parlimen atau bertanding di Dewan Undangan Negeri dan hanya ingin memainkan peranan kecil sahaja, seperti kata beliau;

"Saya ada satu senarai untuk pertimbangan, tetapi saya fikir peranan sokongan lebih baik,"Wan Azizah di lapor Bernama

Bagi Wan Azizah, beliau tetap akan bertanding. Apabila ditanya samada beliau tidak akan bertanding, ini kata beliau;  

"Tidak juga. Perkara itu masih ada dalam perancangan tapi pada masa ini hanya sekadar membincangkannya." – Wan Azizah

Jelas lah Anwar merancang untuk bersara, Wan Azizah pula merancang akan meletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan Wan Azizah hanya mahu menumpu sebagai peranan penyokong sahaja.

Peranan penyokong pada peringkat Negeri, mungkin bukan sebagai MB Selangor, itu pun jika Pakatan masih memegang Selangor selepas PRU13 nanti. Dan juga Wan Azizah hanya mahu memain peranan kecil sahaja sebagai penyokong di peringkat parti PKR.

Jelas, Anwar memang ada perancangan untuk lari dan berundur dari dunia politik selepas PRU13, jika gagal mara ke Putrajaya, tetapi bagi Wan Azizah pula, beliau sebaliknya membuat perancangan berundur perlahan-lahan.  

Nurul pula, jika gagal, apa perancangan?

DAP akan memainkan peranan lebih besar dan akan terus bermaharaja lela.

Sumber Bernama.

1 comment:

  1. Pakatan Rakyat terutama pemimpin2 mereka dah tahu, lebih2 lagi Anuar aljuburi serta Wan Azizah, bahtera mereka akan karam dipukul badai pd PRU13 nanti kerana kebocoran serta rekahan Bahtera tersebut telah dikesan & tidak mungkin dapat diselamatkan lagi, olih kerana itu, mereka berdua mengambil keputusan jika x dapat sampai kedaratan Putrajaya, singgah saja dimana-mana pulau, memencilkan diri, bagi menutup malu diatas kerakusan menggila keluarga mereka selama ini.

    ReplyDelete