Multiple Pages

30/08/2012

Abby Bergomol Pulak Dengan Dr Asri. Saja Cari Pasal.


Oleh: HHalem.
Dr Asri, "Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama”

Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite Abby Abadi dalam isu hukum hudud.

Dr Asri menulis;
Akaun Twitter @realDrMaza;
“Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama ”


Abby, bekas pelakon drama “Gerak Khas”, menempelak Dr Asri dan membalas;
Akaun Twitternya @abby abadi112;  
“Maafkan saya hudud itu hukum Allah”
“Dr Mohd Asri belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan” 
“Tanggungjawab berat di dunia tetapi manis di sana ”

Dr Asri membalas kembali;
“Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama”
“Teliti sebelum komen ”

Abby menafikan yang beliau berceramah;
“Saya tahu saya tak belajar setinggi (seperti) Dr. Tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka”
“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya ”

Dalam laporan Bernama, Dr Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.
“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu”

“Jika dilaksanakan juga ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini”

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya ”.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa ”

Dipetik dari MInsider.

4 comments:

  1. She doesn't realise that the words that she use sounded rude most of the time. She is full of herself when actually she doesn't know the things that she is talking about most of the time.
    Suruh dia muhasabah diri. Titik.

    Orang macam ni tak kan pernah faham dan tak akan faham sebab dalam kepala dia hanya fikir "me, me, me"
    Trust me, she will deny this comment also.

    So that summarises Abby Abadi in a nutshell.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) Somehow I totally agree. 100 % that is..

      Delete
  2. Pakcu Rantau Panjang30/08/2012, 18:35

    Nampaknya bicara hudud in semakin panas apa lagi dekat PRU 13 ni hinggakan turut melibat para artist . Kadang-kadang komen yang diluahkan bila melibatkan soal hukum perlulah berwaspada dan berhati-hati kerana bicara seorang yang "bukan ahlinya" mungkin tersasar jauh. Dan paling malang bila "hudud" ini dimanipulasikan untuk tujuan tertentu.....

    ReplyDelete
  3. Tak perlulah abby nak tunjuk faham kalau tak faham dan memang tak faham... seperti biasa dia nak cari publisiti dan glamor... orang yg beriman... tak mahu berkata2 yg boleh mambuatkan dia angkuh !

    ReplyDelete