Multiple Pages

10/08/2012

Blogger PKR Amizudin DinBinjai Kena Penjara 3 Bulan.


Oleh: HHalem.
Blogger PKR Amizudin Ahmat aka DinBinjai.
(sharpshooterblogger.blogspot.com)

Pada 19 Julai 2011, tahun lepas, DS Dr Rais Yatim berjaya membuktikan dimahkamah bahawa blogger PKR Amizudin Ahmat (sharpshooterblogger.blogspot.com) telah memfitnah beliau. Mahkamah Tinggi kemudian telah mengarahkan Amizudin membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 dalam kos kepada Rais (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan). Dan juga arahan supaya Amizudin tidak lagi menulis diblog memfitnah Rais.

Tidak serik-serik Amizudin terus menulis lagi 11 article yang menghina Rais dan secara langsung menghina dan mengingkari arahan mahkamah.

Oleh itu Rais sekali lagi pada 21 Nov 2011, tahun lepas, telah diberikan kebenaran untuk memulakan ‘prosiding menghina mahkamah’ terhadap Amizudin.

Kemudian hari ini, Blogger Amizudin Ahmat didapati bersalah buat kali kedua dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas sebab menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais Yatim.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," - Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof

Datin Zabariah berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali, tetapi 11 kali dan perkataan yang digunakan amat kesat.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,"

Amizudin, buat bodoh dan berlagak tunjuk pandai sambil meraih simpati dan berkata:

"Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".

3 comments:

  1. Gila lah dia ni. Dah kena saman RM300,000 pun masih tak faham lagi. Bodoh atau pekak?

    ReplyDelete
  2. Bodoh tak boleh diajar,cerdik diri sendiri kena penjara.kalau pembangkang memerintah silap2 kena hukum pancong.

    ReplyDelete
  3. Sebagai satu pengajaran kpd blogger-blogger yg suka menabur fitnah.Hukuman menanti anda,baik di dunia mahu pun di akhirat.

    ReplyDelete