Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

24/09/2012

Ajaran Sesat Juruzon Mengorbankan 16 Anak Yatim Di Madrasah Al-Taqwa.


Oleh: HHalem.
Akibat Juruzon, 16 anak-anak yatim terkorban.

Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa kisah tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011, tahun lalu, yang turut mengorbankan 16 orang anak yatim Madrasah Al-Taqwa, adalah merupakan pusat ajaran sesat.

Ini disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui penyiasatan mereka dan ajaran sesat tersebut dikenali sebagai ‘Ajaran Juruzon’.

Pengasas Madrasah Al-Taqwa adalah ketua ajaran sesat itu sendiri yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif.

Laman rasmi JAIS telah menyiarkan kutbah Jumaat dimana sebahagiannya seperti berikut.:-

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,


..Mimbar Jumaat pada hari ini akan menerangkan secara jelas kepada seluruh masyarakat Islam terutamanya di negeri Selangor berkenaan salah satu ajaran atau fahaman yang sesat.

Ajaran ini dikenali sebagai ajaran Juruzon yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan pada 23 Februari 2012 yang lalu dan ajaran ini juga telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 5 September 1996.

Ajaran Juruzon ini telah diasaskan oleh seorang yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif atau lebih dikenali dengan panggilan Hj. Ahmad Al-Walidi atau Pak Su yang berasal daripada Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau telah menubuhkan sebuah markas yang pertama untuk mengembangkan ajarannya di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang berselindung disebalik nama Madrasah Tarikat Al-Irdiah.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Terbongkarnya ajaran ini di Selangor ialah apabila berlakunya suatu peristiwa tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei  2011 tahun lalu.

Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati bahawa pengasas ajaran adalah orang yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan. Beliau telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak baru.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Setelah berlakunya tragedi hitam ke atas madrasah tersebut, didapati madrasah ini menjadi pusat kegiatan ajaran Juruzon dan terdapat banyak penemuan serta bukti penyelewengan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah;

1.   Penerimaan ilmu yang bertentangan dengan hukum syarak, di mana mereka meyakini akan kehadiran "Guru Ghaib" yang turun melalui badan Juruzon. Ia memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dan setia melalui majlis yang dinamakan "Majlis Rabitah".

2.   Juruzon mendakwa mempunyai bacaan al-Qurannya sendiri yang turun daripada Arasy. Bahasa Arasy ini bukanlah bahasa arab seperti bahasa al-Quran, tetapi bahasa Arasy itu sendiri. Beliau juga mendakwa bahasa ini digunakan selepas mati.

3.   Amalan atau pegangan yang bersifat kepada salah laku seks yang melampau, iaitu perbuatan terkutuk ini dilakukan adalah semata-mata untuk melepaskan nafsu syahwatnya.

4.   Ajaran ini juga mengkelaskan "mahram" yang bertentangan dengan syarak, yang mana amalan ini adalah bertujuan menjadikan hubungan di antara ahli-ahli kumpulan seperti adik-beradik yang menghalalkan bersalaman dan bersentuhan tanpa lapik atau bercium pipi di antara lelaki dan perempuan.

5.   Penyalahgunaan konsep zakat iaitu Juruzon mengenakan kutipan zakat kepada ahli-ahli kumpulan di antara 10-25% daripada pendapatan bulanan yang wajib diberikan setiap awal bulan dan akan berganda jika lewat dibayar, wang ini merupakan salah satu cara mengembangkan ajaran ini dengan lebih pesat.

6.   Juruzon mendakwa mendapat perintah daripada "Guru Ghaib" bahawa setiap ahli kumpulan hendaklah membuat pinjaman dan menjadi penjamin kepadanya semata-mata untuk memenuhi kehendak beliau termasuklah bayaran kereta mewah, rumah banglo dan sebagainya.

7.   Juruzon mendakwa beliau mampu untuk berinteraksi dengan roh-roh si mati lebih-lebih lagi ibubapa kepada ahli-ahli kumpulan yang telah meninggal dunia, beliau juga menyatakan bahawa roh-roh mereka ini mewasiatkan supaya anak mereka tetap bersama di dalam jemaah ini kerana jemaah ini adalah jemaah yang benar.

8.   Ajaran ini memutuskan hubungan kekeluargaan untuk melahirkan pengikut taksub, yang mana juruzon menggalakkan ibubapa di kalangan kumpulan ini menyerahkan anak-anak mereka untuk mengikuti kumpulan ini sejak berumur 12 tahun dan ada juga yang menyerahkan sejak berada dalam kandungan ibunya.

9.   Juruzon juga mengugut ibubapa yang keluar daripada kumpulan ini dengan menghasut anak-anak mereka supaya membenci ibubapa. Beliau menghalang dan memisahkan anak-anak daripada berjumpa dengan ibubapa mereka sendiri. Mereka yang keluar daripada kumpulan dianggap pembelot dan pengkhianat agama. Juruzon juga mengancam kepada ahli kumpulan yang hendak keluar denga nacaman yang menakutkan.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

22 comments:

  1. dah dinafikan dlm akhbar smlm (Ahad). Pengasas tu dah tak terlibat dgn pentadbiran rumah anak yatim tu. Utk elakkan fitnah dan memalukan mereka yg terkorban, biarlah isu ni disiasat dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua,
      Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan
      Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 750juta saya sters hamper bunuh diri tidak tau harus bagaimana agar bisa melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya jumpa situs angka togel dan pesugihan AKI DARMO, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi AKI DARMO kata PARAH MEMBER AKI. pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan penarikan uang gaib 3 Milyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 3.M yang saya minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada. Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi AKI DARMO DI 082 = 310 =142 =255 situsnya http://sporttoto4d.blogspot.co.id agar di berikan arahan. Toh tidak langsung datang ke jawa timur, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sama baik, jika ingin seperti saya coba hubungi AKI DARMO pasti aki bantu
      ATAU ANDA BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D.3D.4D.5D.6D.7D.9D.SAMPAI 12 ANGKA HUBUNGGI AKI DARMO MASALAH ANDA

      Delete
  2. semoga Allah menyelamatkan mereka dr fitnah org2 yg hasad dengki terhadap mereka... Insya Allah suatu hari kebenaran akan terbongkar...

    ReplyDelete
  3. Tuan, difahamkn pihak rumah anak2 yatim ini sdg mengambil tindakan undang2..

    Tolonglah jgn lagi memanjangkan fitnah dan aib jika tidak tahu kebenarannya..
    sedangkn sebutir nasik yg masuk ke mulut anak2 yg terkorban ini tidak pernah dtg drpd rezki tuan, dan sebaliknya mereka lebih berhak mengambilnya drpd mulut tuan pula..
    fikirkanlah..

    "Rasulullah sndri membentangkan serban Nya utk diduduki oleh anak yatim, maka org2 yg memfitnah anak2 yatim ini..samalah seperti menendang kepala Rasulullah sndri.."

    Tuan, menulis biarlah berilmu..

    ReplyDelete
  4. Inilah balasan Tuhan..........

    ReplyDelete
  5. salah seorang keluarga terdekat saya terlibat secara langsung dengan madrasah ini.
    difahamkan bahawa tuan tanah ni pun termasuk dlm senarai yang akan dikenakan tindakkan undang2.

    ReplyDelete
  6. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012100201175820121002011758/Article/index_html

    ReplyDelete
  7. http://www.youtube.com/watch?v=BReZqmmj9rg&feature=share

    ReplyDelete
  8. http://www.sinarharian.com.my/semasa/paym-nafi-terlibat-ajaran-sesat-juruzon-1.90538

    ReplyDelete
  9. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

    ReplyDelete
  10. MUFTI TAKKAN KELUAR FATWA SEWENANG2NYA, JANGANLAH MERENDAHKAN MARTABAT MUFTI, MEREKA SUDAH SIASAT SEDALAM2NYA SEBELUM KELUAR FATWA, JIKA ANDA TAK PERCAYA PADA MUFTI, ITULAH TANDA DUNIA AKHIR ZAMAN, SIAPA LAGI ANDA NAK PERCAYA ?

    ReplyDelete
  11. Surat sudah pun dihantar kpd mufti dan juga jais.. ttp amat dukacita kerana jawapan yg diterima... tiada siasatan dilakukan.... apa punya mufti/jais camni...suka2 nk fatwakan org... tanpa ada siasatan... inilah yg terjadi di akhir zaman apabila melantik pemimpin bukan dr kalangan ahlinya...

    ReplyDelete
  12. Tuan,
    JEMPUTAN KE SIDANG AKHBAR PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA (PAYM) PADA 21 OKTOBER 2012
    Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
    2. Satu sidang akhbar akan diadakan seperti berikut:
    Tarikh : 21 Oktober 2012 (Ahad)
    Masa : 2.30 pm
    Tempat : Executive Meeting Room 2, Level 2, De Palma Hotel Ampang
    3. Tujuan sidang akhbar adalah seperti berikut:
    (a) Memaklumkan perkembangan terkini berhubung “FITNAH PENYEBARAN AJARAN SESAT JURUZON MENGAITKAN PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA” selepas mendapat makumbalas daripada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
    (b) Menjelaskan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak PAYM
    4. Pihak tuan dijemput kesidang akhbar tersebut.
    Sekian terima kasih
    Semoga Allah merahmati Tuan. AMIN

    ReplyDelete
  13. Tuan Admin dan Anon (3/10 @ 18:43) yang mulia, saya mewakili PAYM menjemput pihak tuan ke Sidang Akhbar tersebut diatas. Marilah kita sama-sama kembalikan imej Melayu, Islam, Mufti dan Sultan. Marilah sama-sama kita dengarkan fitnah akhir zaman sebenar daripada sebuah institusi agama yang didalangi oleh anasir yang berkepentingan duniawi semata. Dan saya juga berharap agar pihak admin sudi utk men'remove' post ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh beberapa blogger lain setelah mengetahui kedudukan sebenar isu ini. Semoga Allah merahmati tuan dan menjauhkan kita semua daripada keaiban dipadang mashyar nanti kerana memanjangkan fitnah yang tidak diketahui asasnya.. AMIN

    ReplyDelete
  14. Anonymous 03/10/2012 18:43
    Tuan, siapalah mufti itu...sedangkan saidina abu bakar dan saidina umar yang dijanjikan syurga juga sedia untuk dihunus pedang semasa bai'ah nya andai mereka tidak melaksanakan hukum Allah seadilnya sebagaimana teladani R.saw...
    apakah maksumnya mufti itu jika tidak bersandarkan AQuran & Sunnah.. inilah sebenarnya tanda akhir zaman apabila agama dijual beli dengan pangkat dan duniawi... Kembalilah pd Allah yg satu Tuan.. Semoga Allah merahmati tuan.. AMIN

    ReplyDelete
  15. Benar tiada individu yang bernama Ahmad Juruzon dlm PAYM, benar ajaran Juruzon telah difatwakan sesat. apa kaitan PAYM dgn ajaran Ahmad Juruzon? Jawapannya PAYM ditubuhkan utuk cover aktiviti ahmad jurozon..ahli-ahli PAYM adalah pengikut ahmad juruzon. saya berada di masjid hulu langat batu 14 ketika solat jenazah mangsa. Antara yang memberi ucapan di dlm masjid bagi pihak rumah anak yatim adalah ahmad juruzon, yg pasti dlm rekod kakitangan atau sukarelawan nama ahmad juruzon tak akan wujud. Saya mula faham kenapa selama ini mereka tidak pernah menonjolkan ahmad juruzon, kerana takut dikaitkan dgn ajaran sesat ahmad juruzon yang telah difatwakan sesat walaupun hakikatnya ahmad juruzon adalah tuan guru bg PAYM.. Harap selepas ini pengikut ahmad juruzon dapat kembali ke pangkal jalan, jgn terlalu taksub kepada tuan guru anda. peluang utk bertaubat masih terbuka. Saya dari dulu meragui aktiviti dan status kumpulan anda sehinggalah mengetahui telah disahkan sesat dlm kutbah jumaat.

    ReplyDelete
  16. salam memang benar apa yang dikatakan saudara itu. saya adalah salah seorang bekas pengikut nya. tetapi saya telah keluar disebabkan terdapat perkara yang sangat 2 berlawanan dgn syariat dan aqidah ahli sunnah wal jamaah. kepada ahli 2 yang masih belum bertaubat... kembalilah ke pangkal jalan , jangan kita di tipu oleh syaitan. tq

    ReplyDelete
  17. Wahai Anonymous yg komen pd 7/3/2014... boleh sy tahu apakah perkara yg berlawanan dgn syariat dan aqidah ahli sunnah wa jamaah itu? ada kah saudara sudah khatam akan ilmu2 aqidah sunnah wal jamaah? Jika belum... jgn lah menggunakan hujjah akal utk menghukum seseorg yg mana nnt silap langkah... saudara boleh jatuh murtad sbb salah menghukum.... rujuk la kitab2 yg muktabar... Insya Allah saudara akan jumpa penyelesaiannya...

    ReplyDelete
  18. jangan lah taasub sangat dgn guru 2 anda tu

    ReplyDelete
  19. dan jangan terpedaya dgn syaitan ...

    ReplyDelete
  20. Anonymous said...
    DATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.

    Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru

    Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.

    Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet

    Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
    Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive