Multiple Pages

05/09/2012

Azizan Pengerusi Mesyuarat Exco Hari Ini Setelah Tertangguh Satu Bulan.


Oleh: HHalem.
Azizan tampak tenat dan penat. Sebulan tiada Mesyuarat Exco. Hampir sebulan di hospital.
Adakah itu semua dikatakan 'sehat walafiat'?

Berita dari Alor Setar pagi tadi pukul 11, bahawa Menteri Besar Kedah, DS Azizan Abdul Razak sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid memaklumkam Tok Azizan gagah-gagahkan diri menghadiri Mesyuarat Exco kerana beliau masih didalam rawatan  di Kedah Medical Center (KMC) dan perlu dimasukan semula selepas itu.

"Ustaz Azizan sedang mempengerusikan mesyuarat dan beliau nampaknya sihat walafiat," - kata Helmi kepada Harakahdaily.


Sudah genap sebulan Azizan tidak mempengerusikan Mesyuarat Exco kerana kali terakhir beliau berbuat demikian ialah pada Ahad, 5 Ogos lalu. Bayangkan segala keputusan mustahak dari Azizan tertangguh 1 bulan.

Azizan mula dirawat di KMC pada 14 Ogos. Dan semenjak itu beliau mengupayakan diri dan keluar-masuk dari KMC hanya untuk membuktikan kepada rakyat Kedah bahawa beliau sihat walafiat dimana hakikat adalah sebaliknya.

Jika anda pembaca dapat berfikir sejenak, jika 14 Ogos Azizan mula memasuki hospital dan lagi 2 minggu, maka genap satu bulan Azizan berada di hospital swasta, adakah itu dinamakan sihat walafiat?

Pemimpin PAS yang lain-lain mati-matian berselindung, ketahap pembohongan, hanya untuk mengelakan berlaku konflik pentadbiran di Kedah.

Keadaan Azizan pun bukannya baik sangat kerana pada 29 Julai 2011, beliau pernah dimasukan Wad Cardiac Care Unit (CCU) di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, kerana rawatan jantung.

Penulis katakan ini semua bukan bab mengutuk Azizan sakit, tetapi ini adalah bab pentadbiran negeri Kedah dimana Azizan sepatutnya ada Pemangku menolong beliau.

Semasa Azizan sihat pun urusan negeri Kedah berkecamok, lagi la kucar-kacir apabila Azizan masuk hospital.

Adakah pemimpin Pas di Kedah begitu teruk dan tandus sekali disebabkan tidak ada sesiapa boleh mengantikan Azizan seperti kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu bahawa Azizan boleh digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.

Atau tiada penganti Azizan yang boleh berkiblatkan Anwar?

No comments:

Post a Comment