Oleh: HHalem.
Ada hikmahnya Tunku Aziz berani masuk & keluar DAP.
Kita mungkin melihat DAP dari luar dan mengetahui keburukan DAP, tiada langsung kebaikan, hasil dari pembacaan dan sejarah-sejarah silam DAP yang tidak langsung membawa manafaat kepada orang-orang Melayu dan Islam. Ini adalah dari satu sudut pandangan.
Jika dari sudut lain, contohnya Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh DAP, mungkin anda tergila-gilakan DAP kerana terbayang-bayang manafaat besar darinya. Manafaat dimana penaklukan sepenuhnya terhadap kebudayaan Melayu dimana hak kesamarataan hak menjadi idaman.
Bagi Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula, beliau seorang yang cukup berani kerana sanggup dan bersedia melihat DAP dari dalam yang mana kita bukan sahaja tidak mampu lakukan malahan tidak akan melakukannya sama sekali.
Sebelum ini, Tungku Aziz telah diberi jawatan boneka politik yang cukup menarik iaitu Naib Pengerusi DAP sebagai umpan denak untuk menarik orang-orang Melayu menyertai DAP.
Betul bagai dikata, berdasarkan sejarah silam, kesudahannya Tunku Aziz menemui ranjau dan duri didalam rumah DAP dan akhirnya lari keluar.
Akhirnya selepas tersedar, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz bersedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada PRU-13 nanti.
Lihat apa kata Tunku Aziz dibawah mengenai DAP.
Tunku Aziz mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri. DAP lebih banyak mempamirkan sifat anti-Islam.
"Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang. Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan Pas”
"Perbuatan Koo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian sebenar DAP. Mereka hanya berminat untuk mendapatkan undi orang Melayu bukan perjuangan Islam”
"DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini,mereka juga yang buat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka," - katanya yang dipetik laporan akhbar Utusan Malaysia..
Tunku Aziz masih lagi bermimpi ngeri mengenai peristiwa Bersih yang menghuru-harakan Kuala Lumpur satu ketika. Beliau membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP apabila mempersoalkan umat Islam membuang masa dan tenaga dalam mengadakan protes terhadap filem menghina Nabi Muhammad saw.
"Perhimpunan Bersih yang memporak-perandakan satu negara itu kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok untuk mereka.
"Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang Merdeka bukan salah, tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membuang masa? Sungguh biadap mereka ini," tegasnya.
Beliau juga mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi DAP seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng kerana sehingga kini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang memperendahkan umat Islam Malaysia.
"Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang? Mengapa kini berdiam diri? Apakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram dijalanan adalah betul dan protes tanda tidak puas hati tidak betul?
"Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikkan semua perkara, tetapi jangan bermain dengan api dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.
Malah, Tunku Aziz turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu membuka mata terhadap keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan berhenti dari menyokong mereka.
"DAP sering kali memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya yang melibatkan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji-janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu.”
"Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri,"
Semua sumber Utusan.
ALHAMDULILLAH AD HIKMH NYA TUNKU AZIZ 'singgah" kerumah dap, SEMENARA HUJAN TEDUH .
ReplyDeleteTUNKU SYA MINTA MAAF DULU AMAT MARAH BILA TUNNKU
MASUK DAP - KINI TERJWP DAN TERSINGKAP DALAM KAIN DAP , RUPA2 NYA KIT SIAL DAN GUAN ENG BERKEMALUAN "kecik" MASIH BELUM SUNAT TAPI NAFSU HEBAT .
DAP tu kan bukan parti agama? Cuma Pas tu parti agama. Nak tanya, UMNO bila nak pertahankan agama Bangsa lain?
ReplyDeleteApalah bangang Tunku ni... DAP bukan parti Islam apahal dia nak bincang pasal Islam. Alahai Tunku... dulu lu dalam itu parti bikin apa minum sahaja ke? atau sebok nak jumpa Johny Walker hahahahahhahah cakap tak serupa bikin ada senile ke?
ReplyDeleteandainya dap menang pilihanraya, sudah tentu kementerian yang strategik akan dikuasai oleh mereka. kementerian dalam negeri menjadi idaman istimewa mereka. mereka akan menggunakan kuasa sebagai menteri dalam negeri untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang asing, khususnya cina, demi untuk meminoritikan orang melayu. dengan cara itulah, kelentong sebahagian penyokong pr bahawa jika kerajaan yang dibentuk pr tidak berkesan boleh tukar semula kepada bn adalah palsu semata-mata. apabila mereka menggenggam kuasa, dengan peningkatan warganegara bukan melayu, yang kemudiannya menjadi pengundi, melayu akan menjadi minoriti yang tidak mampu memberi kesan kepada arah tuju politik negara. malangnya masih ramai orang melayu yang termakan propaganda bahawa pilihanraya di malaysia boleh disamakan dengan pilihanraya di negara lain terutama amerika, britain, jepun atau india yang juga mengamalkan demokrasi. mereka boleh tukar-tukar tetapi kita kita serupa mereka. sekali dap berkuasa, melayu akan menjadi pelarian di tanahair sendiri. mereka menuduh bn memberikan status warganegara kepada pendatang filipina di sabah kerana mereka bercadang untuk melaksanakan perkara yang sama di seluruh malaysia sekiranya mereka berpeluang menjamah kuasa memerintah. mangsa penipuan pr tidak akan percaya pendedahan sebegini kerana mereka telah termakan racun yang dicucuk oleh anwar ibrahim ke bontot mereka. mangsa penipuan pr sudah tidak mampu menggunakan akal rasional mereka selain mengiyakan setiap patah kata-kata yang keluar dari kalangan pimpinan penipu rakyat. cucukan anwar ke bontot mereka begitu berkesan sehingga akal yang sepatutnya terletak di kepala telah beralih ke bontot mereka keseluruhannya. itulah akibatnya.
ReplyDelete