Oleh: HHalem
BN Akan Tumbang. Tidak Perlu Politik Wang Berjuta-juta. Hanya DNA. Murah.
Selangkah dan Sekelumit DNA, Anwar Boleh Menjadi PM.
1- Beberapa para sahabat menyatakan bahawa jika Anwar menyerahkan DNA beliau dan terbukti beliau dipihak yang benar, mereka akan beramai-ramai menjadi ahli dan mengundi PKR.
2- Bila memikirkan lojik disebalik ungkapan mereka, mungkin juga blog ini (HHalem) akan berubah corak jika Anwar menyerahkan DNA beliau dan terbukti dipihak yang benar.
3- Dengan menyerahkan DNA, Anwar hanya selangkah sahaja lagi untuk menawan Putrajaya iaitu dengan menyerahkan DNA beliau. Bak kata Zulkifli Noordin, Anwar “berada dalam kedudukan terbaik dan jalan singkat yang sebenarnya dalam merealisasikan “hajat” beliau menjadi sebagai Perdana Menteri”
4- Zulkifli turut menyatakan di lobi Parlimen kepada Umno-online bahawa jika,
“Anwar menyatakan perkara itu dirancang….tetapi oleh sesiapa kita pun tidak tahu. Persoalannya siapa yang nak ‘rancang’ air mani yang baru di dalam dubur Saiful Bukhari Azlan. Keduanya kalau betul bagilah DNA….kalau Anwar dakwa yang DNA “Y” daripada kesan air mani itu bukan dia senang sahaja jawapan dia. Bagi sahajalah.”
Qardawi-Tak Boleh Sumpah. Karpal-Tak Boleh Bagi DNA
5- Zulkifli menambah lagi dengan ungkapan munasabah beliau,
“Malahan sebenarnya ini adalah peluang terbaik Anwar untuk membuktikan kesuciannya. Jadi beri sahaja DNA. Apa yang masalah besar sangat..Dahlah sumpah pun tidak mahu. Kata Syeikh Yusuf Qardawi tidak bagi. Sekarang “Syeikh” Karpal pula tidak bagi. Ini soal mahu menentukan bersalah atau tidak.
“Bukan soal Mahkamah. Sepatutnya Anwar melompat ambil peluang sebagaimana Saifuddin Nasution melompat tunjuk cek dalam isu N.Gobalakrishnan dan sebagainya. Nampak “double standard”. Beranilah..tunjukkan keberanian, kejujuran dan berdepan dengan kebenaran,” kata Zulkifli kepada UMNO-Online di Lobi Parlimen, hari ini 16-03-2011.
BN Geranti Tumbang.
6- Zulkifli memberi pandangan yang BN akan tumbang,
“Ini pada saya boleh tumbangkan BN sebab orang akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Lagi pun bukankah Anwar bercita-cita besar untuk jadi PM. Ini peluang terbaik beliau….kalau beliau betul….Persoalan sekarang , kenapa tidak berani. Ketidakberanian Anwar ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baik menyebabkan rakyat memandang dengan negatif terhadap beliau,”
“Jom ambil borang Pkr ramai-ramai, jika Anwar serah DNA”
“Jom ramai-ramai isi borang, jika Anwar didapati tak bersalah”
“Jom ramai-ramai lari lintang pukang, jika Anwar jadi PM”
Selain DNA Anwar, jangan lupa juga DNA Affifa anak samsidar (bukan anak azmin ye (kata orang la.. bukan kata aku!))
ReplyDeleteTuan Pacat,
ReplyDeleteBetui tu. kasi DNA Anwar, DNA Fifa, kita isi borang Pkr.
Baru isi, belum hantar lagi!!
Bila nak buat demo serata Msia, minta DNA Fifa? Rakyat dah terlupa kaa.
Senang cakap la...Dunia sekarang bukan nya murah..Masa anwar pegang jawatan..lagi teruk rakyat.
ReplyDeleteanwar dah tak berani pasal bird dia terselit kat lobang sendiri.
ReplyDelete