Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

03/08/2011

Tidak Bermoral dan Haram. Surat Nurul Izzah Kepada Najib.

Oleh : HHalem.

1- Seperti di ajar oleh pihak Pas, maka kini Nurul Izzah sudah mulai pandai mengunakan perkataan ‘haram-halal’ sesedap hati beliau.

2- Surat seperti ini ramai bloggers jalanan boleh karang dan buat posting.

3- Kenapa tidak buat himpunan Bersih 2 Version 2.2 Updated  2.2.1, untuk dihantar kepada rumah rasmi DS Najib.


Surat Terbuka Nurul Izzah Kepada Najib.
........................................................
Perdana Menteri Malaysia,
Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Adalah tidak bermoral dan haram untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum melaksanakan reformasi  pilihan raya yang bebas dan adil

 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Sebagai Perdana Menteri, adalah amat mustahak untuk YAB memenuhi janji yang termaktub di dalam ucapan penutup Persidangan Pemimpin Pelajar Malaysia Kelima (MSLS) pada 31 Julai 2011, dan saya petik:

“Saya komited untuk melakukan pembaharuan pilihan raya. Kami akan melaksanakannya. Contohnya, terdapat kebimbangan mengenai pengundi hantu. Kami akan memastikan tidak akan ada peluang untuk pengundi hantu.”

“Jangan merasa sangsi komitmen kami untuk memperbaiki sistem tersebut. Kami mempunyai kelemahan tetapi tidak ada seseorang pun yang dapat menafikan bahawa terdapat demokrasi.”

Rakyat tidak akan membiarkan tindakan mengalihkan perhatian dengan memberi alasan-alasan seperti perubahan kepada tempat perhimpunan, tindakan keras atau secara terpilih mengisytiharkan kumpulan-kumpulan tertentu sebagai tidak sah (berkait BERSIH 2.0).

Sebaliknya, tumpuan perlu dikekal kepada lapan tuntutan untuk merealisasikan proses pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

1. Bersihkan senarai pengundi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwa kekal
4. Akses Media Bebas dan Adil
5. Masa berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.
  
Sebagai peringatan, dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih YAB sebagai Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu,  peluang untuk melaksanakan reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.

Pelaksanaan reformasi pilihan raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB tidak lagi terbuka kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.

YAB juga perlu menyelami hati nurani dengan menyedari bahawa pelaksanaan reformasi ini akan memastikan YAB mendapat pengesahan dari rakyat bukan daripada mereka yang ingin merampas takhta politik YAB.
Dengan melaksanakan tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Merelealisasikan  Suruhanjaya Pilihan Raya yang menikmati sokongan dan keyakinan rakyat.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan  refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang dibuat oleh BERSIH 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Adalah tidak bermoral dan haram bagi YAB untuk mengadakan PRU Ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi  yang moden; ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Terpenting, Rakyat Malaysia.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

15 comments:

  1. Sorri le kurang aktif mengomen. Blog masih buat hal lagi, dah 3 hari buat posting, update gila babi.

    ReplyDelete
  2. nak tanya adakah bapak dia bersih dan bermoral tinggi???...

    ReplyDelete
  3. Tuan TS:-)

    baru kejab tadi, tertanya-tanya mana menghilang.

    Blog Tuan pun dah kurang update.

    Pose. rehat:-)

    Tapi PKR cukup aktif.

    ReplyDelete
  4. amende yang dia dok meraban pun aku tak faham..nak bersih, nak adil, haram la, tak bermoral la..tu yang dia menang kat Lembah Pantai, papa hebat dia tu menang kat permatang pauh, tak bersih lagi ka..zaman la ni orang dah tak pakai dakwat kekal, orang pakai biometrik..lagi telus, dok merepek apa lagi, lingkup negara kalau anak Anugay ni jadi pemimpin, tadak satu pun yang dok bangkang nak bagi baik..hang makan gaji haram tu tau dak..kami tak redha pun.

    ReplyDelete
  5. nurul tak sedar diri,,,bapak dia yg tak bermoral dijadikan ketua pakatan,,,,,c

    ReplyDelete
  6. klu gna kaedah nurul izzah ni (pelantikan PM)..nk tny dier bila plak rakyat lantik bpk dia jd TPM dolu ( smpi skang dok bangga ngn title BEKAS tpm)..bler pulok rakyat sahkan dier n kwn2 dier sbg pakatan kpd rakyat.. rakyat dh pakat2 plh BN larrr.. cba phm ckit.. dan biler plak izzah dilanik tuk bagi fatwa halal haram ssuatu pkra...

    ReplyDelete
  7. balik jaga laki dulu oii..

    ReplyDelete
  8. Macam politik peringkat sekolah rendah. Halal Haram tanya bapa dia dulu.

    ReplyDelete
  9. BERZINA DENGAN CHINADOLL ITU BERMORAL?
    MAT SABU BERKHALWAT DGN BINI ORANG, BERMORAL?
    ELIZABETH TIDUR BERSAMA JANTAN SEBILIK, BERMORAL?
    BERZINA DGN SHAMSIDAR, BERMORAL?
    MELIWAT AZIZAN, SAIFUL, SUKMA DAN BANYAK LAGI, BERMORAL?
    MENIPU RAKYAT, BERMORAL?
    MENGHINA NEGARA SENDIRI DI INDONESIA, BERMORAL?
    BERCIUM DGN PEREMPUAN MAT SALLEH, BERMORAL?

    ReplyDelete
  10. Apa lagi yg nak merapu si Nurul Izzah ni. Nak cakap pasal moral tu kena tengok dulu bapak dia yg amat 'bermoral' dengan kisah benar meliwat dan bersenggama dgn pelacur.Tolonglah 'keep your fucking mouth' shut boleh tak Izzah. Makin ko bercakap byk makin meluat dibuatnya.

    Baik balik dok kat rumah diam2 masak utk laki dan kalau rajin pi le jenguk2 kat masjid di Lembah Pantai tu..bertarawih le bersama-sama mereka yg telah mengundi ko.

    Jgn dok mengarut lagi le .....

    ReplyDelete
  11. Suruh Nurul Izzah ni pi siapkan kerja dia sebagai wakil rakyat boleh tak? Jadi Ahli Parlimen ni besar tanggungjawab weehh! Takkan nak harap Kerajaan Persekutuan untuk jaga Lembah Pantai! Nak sangat menang...bila dah menang...tak buat kerja. Lepas tu bila pilihanraya, kempen lagi suruh pilih muka dia.

    Lagi haram dan tak bermoral kalau pegang jawatan tapi tak tunaikan amanah, tau tak? Gaji yang diambil sebagai wakil rakyat tu pun haram bagi rezeki pada anak laki. Pengundi-pengundi Lembah Pantai pilih engkau untuk perjuangkan nasib dan kebajikan mereka - bukan nasib dan kebajikan bapak engkau, paham!!!

    Takde pasal orang nak ngikut cakap engkau Nurul! Najib pun tak perlu dengar sebab surat ni salah tempat nak dialamatkan pada Perdana Menteri. SPR pun tak perlu dengar b'cos it's an independent body. Kalau ikut cakap Pakatan, kena jugak ikut cakap Barisan... APA BAGHAL SANGAT KAU NI!!!

    NASIB BAIK ENGKAU BUKAN WAKIL RAKYAT AKU. ENGKAU MEMANG TAK MENCAPAI TAHAP AHLI PARLIMEN LAH... GO DO YOUR JOB, YOU'RE BECOMING A REAL DISGRACE!

    ReplyDelete
  12. Perkataan Bersih & Adil X sepatutnya diucapkan olih keluarga Anuar Ibrahim, sepatutnya Nurul Izzah malu pada di sendiri bila sebut bergitu, adakah dia sudah lupa, apa yang bapa dia hendak buat pada 16sept yang lalu, kecoh seluruh Malaysia & dunia, kejar MP BN sampai ke Taiwan bagi mengajak lompat ke parti bapak dia, semata2 Untuk memenuhi selera serakah bapa dia nak jadi PM, bila orang lain jadi PM semua X bersih & adil, dlm parti mereka sendiri pun kalut, inikan pula nak mengajar itik berenang, dlm air pula tu !!!, kasihan dia.

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan Hhalem,

    Membaca warkah dari YB Nurul Izzah kepada YAB PM, amatlah mengharukan.
    Sedih. Dan adakalanya sebak dada.

    Ungkapan Tidak Bermoral Dan Haram amat mudah dilemparkan.

    YB Nurul adalah didikan Anugerah Tuhan yang mula nampak true colors Akan kekeliruan yang di corakan oleh Anuwar.

    BERSiH 2.0 adalah haram Dan tidak bermoral kerana derhaka Titah DYMM YdP Agong.

    BERSIH 2.0 penuh dengan aksi lakonan lucu yang bermoral tinggi.

    Lembah Pantai Akan jadi kenangan indah buat Yb pad a Pru 13 nanti sebab orang Lembah Pantai dah jelik dengan lawak lucu Pakatan Haram.

    ARK2

    ReplyDelete
  14. Tuan ARK2:-)

    Kalu Tuan tanya sebelah sana pulak, depa semua betui.

    Ini semua berdasarkan relative perbandingan.

    Titik rijukan perbandingan relatif adalah berpaksikan Anwar. Anwar adalah titik permulaan segalanya. Titik zero.

    Titik Zero itu mesti dihapuskan dengan segera.

    ReplyDelete
  15. AGAK2 PM BACA X SURAT DIA NIE?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive