Oleh : HHalem
Ini lah dua muka penyagak Paria yang wajib di ISA-kan.
1- Ambiga Saree dan Mat Sabu patut di ISA-kan segera
sebelum terlambat.
“Satu yang kita belajar dari 13 Mei
1969 adalah, kejadian tersebut boleh dielakkan jika ada ketegasan pihak
berkuasa, bagi menghalangnya beberapa perarakan/perhimpunan dari awal lagi.”
2- Urutan peristiwa yang berlaku sebelum 13
Mei 1969 adalah sama paten dengan apa yang berlaku sekarang iaitu hasutan
puak-puak Hindu dan China dengan sokongan orang Melayu sendiri. Berbeza nya
sekarang ialah selepas menghasut, orang China DAP melihat dari belakang
bagaimana Melayu bergaduh dengan Melayu. Melihat Melayu akan berpecahan kepala sesama
sendiri dan menunggu masa akan menyalahkan kerajaan pimpinan Melayu. Jika
mereka menang mereka akan keluar beramai-ramai menabik dada memerintah dan
orang Melayu akan di singkir dan di abaikan sedikit demi sedikit.
3- Walau bagaimana sekali pun, samaada berjaya
atau tidak, “melayu tetap akan mampus, China India akan
bersorakan”
.........Petikan dari penulis
Agenda Daily.............
Urutan Peristiwa Sebelum
13 Mei
“Kekacauan bulan Mei
1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin
Allah s.w.t., kita telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan
yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada
terjerumus ke dalam gaung yang dalam” –Tun Abdul Razak
ADA banyak perkara yang
boleh dipilih untuk memulakan sebuah kolum, dan sengaja saya memilih untuk
menulis, apa yang sebenarnya berlaku, beberapa ketika sebelum 13 Mei 1969.
Bagi generasi yang lahir
selepasnya, kami hanya mengetahui peristiwa ‘defining moment’ itu melalui
cerita orang tua-tua, juga pembacaan yang terhad.
Kita mengingati 13 Mei
sebagai hari di mana sistem Demokrasi Berparlimen telah kalah. Perlembagaan
digantung. Undang-undang darurat dikuatkuasakan.
Dua etnik yang membentuk
majoriti besar, Melayu dan Cina bergaduh, berbunuhan, kedai dan rumah dibakar,
dan negara yang dibina bertahun lamanya terjerumus dalam ‘perangkap’ sekelip
mata.
Malaysia baru berusia
enam tahun ketika kejadian 13 Mei 1969. Sebelum itu, Semenanjung ini, nama
rasminya adalah Persekutuan Tanah Melayu.
Kemudian bersama Sabah,
Sarawak dan Singapura, Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963,
membentuk Malaysia.
Singapura ditendang
keluar oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1965, kerana Perdana Menterinya Lee
Kuan Yew membuat onar dengan membangkitkan sentimen Malaysian Malaysia hingga
menguris hati orang-orang Melayu di sini.
Kuan Yew dan parti PAP
sungguhpun sudah tiada kena mengena dengan politik negara selepas disingkirkan,
berjaya meninggalkan ‘anak’, cawangan PAP di sini, yang kemudian hari dikenali
sebagai DAP.
Apakah rusuhan kaum
terbesar itu terjadi begitu sahaja, tanpa angin dan ribut, tanpa disemai
benih-benih kebencian yang kemudian bertukar menjadi taufan yang dashyat?
Sudah tentu tidak, 13
Mei hanya hari kemuncaknya sahaja, ada peristiwa-peristiwa lain yang boleh
disifatkan sebagai ‘menyemai angin’ dilakukan oleh pihak tertentu, dan natijah
kemudiannya seperti yang kita tahu ‘menuai badai’.
Perdana Menteri pertama,
Tunku Abdul Rahman menulis dengan jelas, pandangan beliau terhadap apa yang
berlakunya dalam bukunya 13 Mei Sebelum Dan Selepas terbitan Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.
Kata Tunku,
“faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu
ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968, iaitu
sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.”
Beliau menyenaraikan
beberapa kejadian antaranya, berbagai bentuk mogok (hartal) yang diapikan oleh
barisan hadapan Komunis sejak 1967 lagi.
Selain itu,pada Jun
1968, tindakan pembangkang yang mempolemikkan hukuman bunuh kepada 11 ahli
Komunis hingga memaksa hukuman dipinda kepada penjara seumur hidup.
“Satu kempen yang besar dari rumah ke rumah
untuk memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa simpati di
kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu.” Kata Tunku
telah memanaskan suhu politik negara terutamanya antara kaum Cina dan Melayu.
Juga kematian seorang
petugas pilihan raya UMNO yang dibunuh anasir komunis pada 24 April 1969 di
Pulau Pinang, bernama Kassim Omar, yang mayatnya dilumur cat merah bertulis perkataan
“Jangan mengundi dalam pilihan raya”
Peristiwa lain yang
turut memanaskan hubungan antara kaum adalah ‘perarakan mayat’ pada 9 Mei,
sehari sebelum tarikh mengundi, apabila seorang pemuda Cina Lim Soon Seng, 24,
mati ditembak pihak berkuasa.
Tunku mengenang semula
peristiwa itu ” Pemuda-pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda di jalan raya. Apabila dicabar, mereka telah
menentang anggota-anggota polis mata-mata itu dengan membaling kayu api, besi
tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah berundur masuk ke kawasan
sebuah pasar lama yang berdekatan.
“Mereka telah melawan
bersungguh-sungguh sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan untuk
mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada pengacau itu telah tercedera dan
kemudiannya mati di hospital.”
Pembangkang dan komunis
kemudian mengambil kesempatan dari kematian pemuda itu untuk menganjurkan
perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur.
Pada 9 Mei 1969,
perarakan itu terjadi, dengan melewati jalan-jalan utama di tengah bandar iaitu
Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan
Ipoh.
Perarakan dengan
berbagai slogan dan sepanduk, nyanyian dan ucapan itu ‘membakar’ semangat
melawan yang tinggi di kalangan kaum Cina.
Keesokan harinya, 10 Mei
merupakan hari pembuangan undi dan pembangkang menang besar dalam pilihanraya
umum itu.
Mereka yang mabuk
kemenangan berarak pulak meraikan kemenangan pada 12 Mei. Dengan slogan dan
nyanyian, juga provokasi termasuk kata Tunku “penyapu besar yang diusung simbol
menghalau orang Melayu”
Menurut Ketua Polis
Kuala Lumpur ketika itu, Abu Bakar bin Abdul Aziz, seperti yang dicatatkan
Tunku;”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya kenal dia
sebagai Encik David (pemimpin pembangkang). Dia kemudian berkata dialah seorang
Ahli Parlimen yang baru dipilih.
“Saya jawab kepadanya,
itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada saya ialah dia mesti
memberitahu penyokong-penyokongnya supaya bersurai kerana jika tidak anggota
FRU akan menyuraikannya.
Dia langsung berkata
”Pergi berambus FRU, kamu anak haram”,
dan terus menghentakkan telefon.
”Sebahagian daripada
perarakan itu telah juga pergi ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan
menghina orang-orang Melayu dan Polis.” Kata pengawai polis itu dalam satu
kenyataan bertulis yang disiarkan di dalam buku Tunku itu.
Dan pada 13 Mei,
orang-orang Melayu pulak berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor
Datuk Harun Idris, di Kampung Baru, bagi mengadakan perhimpunan membalas
perarakan kemenangan pembangkang.
Akhirnya, apa yang
terjadi tidak boleh diubah lagi. Api, kata Tunku, di Kuala Lumpur menjulang
tinggi hingga boleh dilihat dari kediaman rasminya.
“Kuala Lumpur telah
menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan
jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit.” Imbas Tunku.
Hari ini, generasi saya
barangkali tidak melalui kepahitan tersebut, namun kejadian itu bukanlah
sesuatu yang tidak boleh berulang.
Melihat kepada
keghairahan luar biasa pembangkang yang berterusan membakar sentimen rakyat
sejak pilihan raya umum lepas, amat mengusarkan.
Politik bagi pembangkang
kini, bukan lagi soal pembangunan atau prinsip perjuangan. Mereka hanya fokus
kepada satu perkara “mengambil alih Putrajaya”.
Jika perlu rakyat
dihasut untuk tujuan itu, rakyat dihasut, jika perlu buat perhimpunan tunjuk
kekuatan, buat perhimpunan, pokoknya kemarahan rakyat perlu terus diapi-apikan
sehingga pilihan raya umum nanti.
Soalnya, bagaimana jika
pembangkang gagal ambil alih kerajaan pilihanraya ke 13 itu nanti? Apakah SPR
akan disalahkan seperti selalu? Apakah 30, 40 ribu penyokong mereka akan
berhimpun dan mencetuskan kekacauan hingga melupakan hak 28 juta rakyat
Malaysia lainnya?
Satu yang kita belajar
dari 13 Mei 1969 adalah, kejadian tersebut boleh dielakkan jika ada ketegasan
pihak berkuasa, bagi menghalangnya beberapa perarakan/perhimpunan dari awal
lagi.
Kini selepas 42 tahun
kejadian itu, apakah kita merasa bahawa ia tidak boleh berulang lagi?
Ingat kata-kata Tunku
bahawa 13 Mei itu adalah “bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita
terlampau lalai dan cuai,”.
Lihat sahaja bagaimana
pembangkang berterusan memprovokasi ‘silent majority’ dengan berbagai perkara
sejak beberapa tahun terakhir ini.
Apakah kita tidak dapat
melihat ‘kilasan masa depan’ jika ia berterusan begini.
Provokasi akan dibalas
provokasi, lihat saja perhimpunan BERSIH 9 Julai ini oleh pembangkang. Kini,
PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali juga mahu mengadakan perhimpunan pada
hari yang sama bagi menghalangnya.
Apa akan jadi!
Perhimpunan di tengah jalan raya ini, baik oleh sesiapa saja, hanya akan
menganggu keamanan ‘silent majority’ dan lebih menakutkan jika perhimpunan yang
konon aman bertukar sebaliknya (siapa boleh jamin ia tidak akan berlaku begitu?)
Belajarlah dari sejarah,
belajarlah membaca ‘kilasan masa depan’.-15/6/2011- OLEH HELME HANAFI
Menteri Dalam Negeri tak de Teloq....
ReplyDelete