Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

09/06/2011

Pembohongan Dan Fitnah Besar Nik Aziz Terhadap Tun Mahathir. Nik Aziz Perlu Minta Ampun Pada Tun. Surat Tun Kepada Nik Aziz.

Oleh : HHalem

1- Nik Aziz telah melakukan fitnah besar dan mengaibkan terhadap Tun Mahathir. Seperti kata Nik Aziz sebelum ini, “sesiapa yang melakukan fitnah perlu cium kaki dan minta ampun, jika tidak, dia tidak akan masuk syurga” Oleh itu Nik Aziz perlu minta ampun dengan Tun Mahathir segera.

2- Nik Aziz memfitnah bahawa Tun Mahathir lah punca segala halangan yang menyebabkan hukum hudud tidak dapat di laksanakan setelah “Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 Hukum Hudud” diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Ini kata Nik Aziz di laman Facebook beliau,

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh”

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu ia masih ada dalam simpanan saya ”

3- Jika Nik Aziz betul-betul iklas dan jujur dan mampu, kenapa kah beliau tidak melaksanakan Enakmen tersebut sehingga kini dan tidak meletakan kesalahan keatas orang lain, disebabkan kelemahan dan ketidak mampuaan beliau.

4- Rumusan yang diperolehi ialah Tun Mahathir berjaya menghalang Nik Aziz dari melakukan keburukan yang lebih besar dengan tidak mengikut landasan undang-undang persekutuan dan perlembagaan negara. Tun berjaya terlebih dahulu menyekat Nik Aziz dari di baham hidup-hidup oleh Karpal Singh. Surat Tun sebenarnya telah menyelamatkan Nik Aziz dari dimalukan dan menghalang Nik Aziz dari mempermainkan Perlembagaan Negara. Siapa kah yang akan menghalang Anwar-Karpal-NikAziz-Kitsiang dari mempermainkan Perlembagaan Negara selepas ini? Siapa kah yang berkemampuan seperti Tun?

5- Baca dibawah pembohongan teragung Nik Aziz yang telah dihuraikan dengan baik di bawah oleh Fantrealika.

6- Baca dibawah petikan ucapan Tun Mahathir di Nilam Puri pada 1994. Dan huraian Tun mengenai zina.

7- Baca dibawah petikan ‘Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 Hukum Hudud’

8- Baca dibawah petikan Surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz .

9- Baca dibawah petikan dari Malaysiakini (14 June 2002) perihal Zaid Ibrahim menyaman kerajaan Terangganu dan Kelantan dari melaksanakan Enakmen yang telah diluluskan dan ia tidak sah.

...................................................................................................
KUPASAN HUKUM HUDUD KELANTAN Oleh fantrealika

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.  Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri  Kelantan.  Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara.  Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya.  Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.

Dari pandangan biasa, memanglah mudah untuk kita menuding jari kepada kerajaan Pusat dan menuduh ianya tidak islamik dan sebagainya.  Tapi bila kita kaji semula, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk  Seri Dr. Mahathir Mohammad tentulah mempunyai sebab yang kuat untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut. 

Berikut adalah petikan ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, 1994

Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.

UMNO tidak melihat undang-undang ini sebagai UMNO, sebagai sebuah Parti Politik. UMNO mengasingkan parti dan politik dalam perkara ini. UMNO hanya mengkaji daripada sudut agama semata-mata. Siapa juga mesti kaji, terima atau tolak undang-undang PAS daripada sudut agama. Adalah salah melihat undang-undang Islam daripada sudut atau kepentingan Parti. UMNO tidak berbuat demikian.

Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS ialah orang Islam dalam UMNO. Pendirian UMNO sehingga kini ialah kerana orang Islam dalam UMNO belum mendapat bukti kajian yang tepat dilakukan berlandaskan ilmu feqah dan maqasid syariah. la bukanlah satu keputusan yang dibuat oleh UMNO secara sewenang-wenang.

Saya bercakap di sini sebagai seorang orang Islam yang dipertanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Saya juga dipertanggung jawatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat semata-mata, walaupun Dewan Rakyat mempunyai peranan mengikut Perlembagaan Negara.

Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh. Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.

Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini. Sementara itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara.

Bila dirujuk di kalangan cerdik pandai agama, sebenarnya memang terdapat beberapa kekurangan yang serius dalam Undang-undang Hukum Hudud tersebut.  Di bawah ini penulis akan cuba memberikan sedikit kupasan berkenaan kekurangan-kekurangan tersebut, terutama sekali dalam bab zina.

 ............................................................................................................................................
PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):


BAHAGIAN III

Keterangan

39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1)  Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.

(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.

(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.

(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).

(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.

(2)   Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.

(2)   Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.

(3)   Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar

(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.

(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(3)  Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1)   Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.

(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.

(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)


KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42

Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi.  
Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:

Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.
Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.

Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.

Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.

Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol.  Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina.  Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas.  Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina.  Adilkah begitu?


KUPASAN SEKSYEN 46(2)

Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

Sekali lagi isu mangsa rogol timbul.  Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini?  Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kainya begitu.  Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.

Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS.  Terdapat perbezaan yang besar dalam kenyataan di atas.  Apa yang diperlukan ialah pemikiran yang rasional dari para pembaca untuk menimbangkan kupasan-kupasan di atas.


Sumber dari Fantrealika.>


.......................................................................................................
Surat Tun Mahathir Kepada Nik Aziz diperolehi dari OB21.net >






...............................................................................................
Sumber dari Malaysiakini 14 June 2002

Rang undang-undang hudud, kerajaan negeri kena saman

Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memperkenalkan atau meluluskan apa-apa undang-undang jenayah, dakwa seorang peguam terkemuka, Zaid Ibrahim.

Oleh itu, beliau berkata Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 adalah tidak sah dan tidak ada kuatkuasanya.
Zaid yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru, berkata demikian ketika mengemukakan permohonan saman untuk mendapat pengisytiharan tersebut di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga memfailkan satu permohonan untuk mempercepatkan pendengaran kes itu memandangkan Kerajaan Terengganu dijangka membentangkan rang undang-undang hudud itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri mulai 7 Julai depan.
Permohonan itu dibuat melalui firma guamannya Tetuan Zaid Ibrahim & Co di mana beliau adalah pengarah urusannya.
Zaid kemudiannya memberitahu pemberita bahawa sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin, beliau bertanggungjawab untuk memohon perisytiharan itu kerana khuatir kerajaan negeri bebas untuk mencabar kerajaan pusat jika isu itu tidak diputuskan oleh mahkamah.

Beliau berpendapat Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu seolah-olah mencabar kerajaan pusat apabila Kelantan meluluskan enakmen syariahnya pada 1993, manakala Terengganu pula mahu membentang rang undang-undang hudud itu bulan depan.

Zaid juga berpendapat bahawa apa-apa undang-undang jenayah walau apa pun gelarannya, sepatutnya dibuat oleh Parlimen seperti yang termaktub di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.
Prosedur undang-undang
Semua orang, termasuk pemimpin kerajaan negeri mestilah menghormati dan mematuhi peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan undang-undang persekutuan yang lain, katanya.

Jika tidak orang ramai akan menyoal mengapa menteri-menteri besar dibenarkan melanggar undang-undang, tambahnya.

“Ini bukan soal agama atau undang-undang Islam tetapi soal prosedur undang-undang yang mesti dipatuhi,” katanya.
Dalam permohonannya, Zaid berkata perbuatan-perbuatan yang dicadangkan dikenakan hukuman dalam rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen Syariah Kelantan telahpun diperuntukan didalam undang-undang persekutuan.

Dia juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa kedua-dua rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen syariah Kelantan itu sebagai tidak sah dan menyalahi peruntukan Perlembagaan.

Di dalam affidavitnya pula Zaid berkata: “Saya kira kebebasan asasi yang saya sendiri nikmati sebagai rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan sebagai pemastautin negeri Kelantan, telah terancam oleh sebab cadangan perundangan tersebut.”

Berdasar kepada kepercayaannya, beliau berkata, bahawa seluruh perundangan itu tidak sempurna pada segi zahirnya dan tidak sempurna dari mulanya.

Zaid juga adalah ahli pengasas dan presiden pertama bagi Persatuan Peguam-peguam Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Kelantan.




Comments / Pandangan Melalui Facebook

57 comments:

  1. satu penjelasan yang terbaik, harap kita dpt menggunakan info ini untuk berhujah dengan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz lebih takutkkan TM daripada Allah S.W.T tu pasal tak nak jalankan Hukum Allah S.W.T. Cakap ja pasal Negara Islam dan Hudud.Sekarang Nik Aziz takut pada Karpal dan LKS dan LGE daripada Allah S.W.T tu pasal kata pula Negara Islam tak ada dalam Quran, perjuangkan negara kebajikan pula...ikut cakap geng Kafir Harbi lanatuLlah. Malaysia dah sejak merdeka dah meruapakan negara kebajikan. Tidakah yang memperjuangkan negara kebajikan itu dah dapat kebajikan di negara ini dengan mendapat pendidikan percuma serta banyak lagi yang percuma diberi oleh kerajaan.Belum lagi cakap pasal subsidi.Itu semua bukankah dinamakan kebajikan.Tak de akal mereka semua ni...buta hati rosak fikiran...

    ReplyDelete
  3. Salaam,
    Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”.
    (Al Hijr 14-15)

    Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
    (Al Araf 179)

    Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!(Al Ahzab 66-68)

    Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.(Surat al-Qasas, 41-42)

    Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
    Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
    Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman”.
    (Lalu dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab”. (Surat az-Zukhruf, 36-39)

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.
    (Al Jum'ah 8)
    alItrah alTahirah.

    ReplyDelete
  4. Nick Aizi sudah 2 kali menipu.
    1. Menudoh UMNO menendang Kelantan dari kerajaan pusat...waktu Tun Hussein Onn.

    2. Menyalahkan Tun Mahathir dalam melaksanakan
    hukum hudud.

    Advice to Nick Aziz.....you better sit one corner or fly kite.

    ReplyDelete
  5. Teliti sekali penerangan anda. Syabas!!!

    mohon pautkan http://dtenggara.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salam Saudara

    Hanya 2 perkara

    1.Maka hudud PAS tidak terima 'circumstantial evidence'. Oleh itu Nabi Yusuf A.S bersalahlah kerana cuba mencabul Zulaikha? Hudud PAS tak terima bukti pakaian Nabi Yusuf terkoyak didepan atau dibelakang.

    2. Perlaksanaan Hudud di UAE.
    UM 8 Jun 2011.Segmen Luar Negara m/s 15
    MANGSA ROGOL SAMAN AUSTRALIA
    -Berita mengenai seorang wanita Australia yang diberi dadah dan dirogol oleh kakitangan hotel di UAE. Membuat laporan dirogol sebaliknya telah dipenjarakan 8 bulan atas kesalahan membuat hubungan seks dengan lelaki bukan suaminya dan kerana mengambil minuman keras.

    Wanita tersebut menyaman kerajaan Australia kerana tidak memberi amaran yang dia akan didakwa melanggar undang2 jika membuat laporan dirogol oleh lelaki bukan suaminya.

    P/s: Islam itu adil menjadi tak adil atas kejumudan PAS.

    ReplyDelete
  7. Anon 9:33 :-)

    Cukup bernas dan penuh ilmu penerangan saudara.

    Lagi menarik jika saudara bernama:-)

    ReplyDelete
  8. Tercatat diatas -
    ==========
    “Ini bukan soal agama atau undang-undang Islam tetapi soal prosedur undang-undang yang mesti dipatuhi,” katanya.

    Dalam permohonannya, Zaid berkata perbuatan-perbuatan yang dicadangkan dikenakan hukuman dalam rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen Syariah Kelantan telahpun diperuntukan didalam undang-undang persekutuan.

    Dia juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa kedua-dua rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen syariah Kelantan itu sebagai tidak sah dan menyalahi peruntukan Perlembagaan.

    Di dalam affidavitnya pula Zaid berkata: “Saya kira kebebasan asasi yang saya sendiri nikmati sebagai rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan sebagai pemastautin negeri Kelantan, telah terancam oleh sebab cadangan perundangan tersebut.”

    Berdasar kepada kepercayaannya, beliau berkata, bahawa seluruh perundangan itu tidak sempurna pada segi zahirnya dan tidak sempurna dari mulanya.
    ==========

    Saya mungkin silap kerana bukan lawyer.

    Zaid Ibrahim (ZI) mungkin bermaksud setiap rang undang-undang harus dibentang di Dewan (Parlimen/Undangan Negeri), dibahas sebelum diwartakan. Maka 'hukum dari sumber alQuran dan Hadith' perlu mengikut 'procedure' yang sama, barulah diterima oleh para lawyer dan boleh dihukum oleh para hakim yg arif.

    'Procedure' yg samalah yg dituntut oleh Majlis Peguam untuk Rang Undang-Undang Islam.

    Hanya pendapat saya.

    ALLAH KNOWS BEST.

    ReplyDelete
  9. Raja Bersiung09/06/2011, 10:53

    Tuan
    makluamat sama juga berada di amokpang5.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. salam Sdr hhalem

    good post, mana dapat surat Tun bro?

    Kalau date betul, Nik Aziz kantoi kencing lagi..bukan ke Karpal n DAP semua dah kecoh sebelum surat Tun

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan HHalem,

    Artikel yang sangat baik. Catatan Tuan saya pautkan dalam artikel terbaharu saya. Harap maklum.

    http://kembarapolitik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan satD,

    Bagus point Tuan! Karpal dan seluruh DAP lagi awal kecohnya dari surat Tun yang tiada pun menghalang Hudud Kelantan. Bagus dikorek lagi. Tun cuma mempersoal perkara-perkara yang tak masuk di akal dan tidak adil a.k.a tidak berkebajikan dalam suratnya. Kalau ikut undang-undang Pas Kelantan dah tentu Anwar senang-senang sahaja lepas kerana Pas asyik duduk canang "4 saksi". Qarinah disenyapkan. Sedaplah Anwar menyudu! Sedap sekejap atas dunia sahaja, di akhirat kelak masuklah dia dalam api neraka jika benar-benar menyudu dan tidak bertaubat.

    ReplyDelete
  13. bro KP

    bro Din Turtle dah cover with his post here http://bit.ly/kJcP8t

    At least 2 years before Tun's letter

    ReplyDelete
  14. Mualikum Salam Bro satD.:-)
    Pertama sekali Ana teruja bila Tuan melawat disini:-)

    Surat Tun tu, Ana pernah baca couple of yrs back, ana pernah ada copy pdf.
    Entah hilang berhabok kat external HDD mana tah.
    Masa tu belum blogging lagi.

    Dolu-dolu cerita ni dah pernah muncul. Skrng muncul kembali bila Pok Nik kata dia ada surat tu. Biar kita compare notes with Tok Guru jika dia ada surat tu. Habis kuat pun dia panggil kita blogger celako-celako.

    Surat tu Ana copy semula dari blog rakan-rakan seangkatan.

    ReplyDelete
  15. Tuan Kembara:-)

    Saya pernah ziarah blog Tuan.
    Sekarang kita ikrabkan lagi dgn paut-memaut.:-)

    ReplyDelete
  16. I'm your silent reader bro HHalem..

    teruskan perjuangan...

    Remember the one with the best data with solid referential integrity will always win...

    Sy harap agar post Sdr ini tersebar agar masyarakat sedar yg "tok guru" ni dah merapu big time...

    Buak malu ore kelate yah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perjuangan besar besaran ke negara. The hell said, great and welcome to u typical malay ! Hahaha

      Delete
  17. Tqs Bro satD:-)

    Its a kind of an encouragement when you said that you are my silent reader.

    I always read yr articles eventhou it is hard to keep pace with the current event. Meaning to say that it is a kind of difficult to be an investigative-reviewed blogger, whilst other bloggers keep churning current event non-stop 24/7.

    Yr artcles, as always, are rock solid with full of evidents. Sometime I wonder myself how you manage to do that. You must have a solid analytical background:-)

    Tqs again Bro for yr pack-on-the-back.

    ReplyDelete
  18. Usahakan agar paparan ini dibaca oleh penganut PAS yang selalu tertipu..... pasti depa kantoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tipu apa bongok, hukum hudud rujuk al-quran. bukan rujuk mulut org,bukan rujuk mulut mahathir bapak kau.

      Delete
    2. cai cai dah panas telinga dah... hahaha

      Delete
  19. Bro HHalem,

    Pada pendapat saya, Bro satD ni blogger yang sangat analitikal. Macam blogger KijangMas dari blog Demi Negara juga. Kalau dia tulis memang tak puas baca. Sangat lengkap dan diselidik secara detail. Bak kata orang muda zaman sekarang. Terbaik!

    Bro SatD,
    TQ bagi info. Saya dah link artikel dinturtle dalam posting saya.

    KP

    ReplyDelete
  20. Bro KP,

    Baru melawat KijangMas/Demi Negara tadi.
    Last article bulan April, lama dia x menulis.
    Mungkin balik Kate kot.

    DinTurtle, sapa dia eeh? Selalu dengar juga.

    ReplyDelete
  21. Cronological event yg di tulis oleh DinTurtle mesti di susun dlm bentuk "koleksi penentangan DAP terhadap Islam"

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg ni bodoh agaknya. DAP tentang hudud dia tak tentang orang islam. Dorg cuma tak mahu sbb dorg cina dan itu logik. Tapi kenapa ISLAM macam bapak hang mahathir dgn najib takut hudud? Dorang pemimpin negara dan beragama Islam tolak hudud tolak islam tolak agama Allah. Hudud bole dilaksanakan pada org Islam sahaja bukn,tak semestinya cina pun kena kn. aiya abg nk blog abg naik mcm papa gomol ya? then tempah tiket pegi neraka? zina dan rogol itu lain bongok. zina rela, seks sebelum nikah. hang penah cuba kn? tapi hang tak pnh try rogol kn hahaha. Hang takut kalau hdud ada genting hilang so hang tak le free nak beromen kn? hahaha

      Delete
  22. Bro HHalem,

    dinturtle-blogger PARTI MELAYU ni dia punya artikel best juga dibaca. Neutral. BN dia hentam, PR dia hentam. Mana yang tak betul dia tegur. Dia tulis dan tegur secara jujurlah yang saya dapat rasakan. Skrg ni saya rasa dia antara blogger yang meningkat naik. Banyak anak muda atas pagar prefer cara dia kot. Kronologi yang dia buat tu mmg setuju sangat dan patut kena compile.

    KP

    ReplyDelete
  23. hukum hudud yg pas cipta mmg sesuai dgn anwar sebab pakai 4 saksi je. yg lain xterpakai. bukti mcm dna, video ditolak. besi dia kata. padahal ust kazim dah cakap boleh pakai. ada 3 kaedah pertuduhan zina dlm islam. mmg lebai mangkuk bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lagi sekor bodoh, kau tak sekolah agama ya?hudud tak tahu ya? pegi belajar balik. hahahhaa

      Delete
    2. kalo ente bijak, sila ajarin...
      :)

      Delete
  24. Mahathir dan penulis blog ini terkeliru antara zina dan rogol. Zina adalah persetubuhan haram secara sukarela dan rogol adalah persetubuhn haram secara paksa (zina tak sama dengan rogol). Hukum hudud Kelantan cadangkan (termasuk fasal 41 dan 42 di atas) menceritakan berkenaan Zina, dan bukannya rogol. Untuk hukuman rogol, bukti-bukti lain boleh digunakan. Harap penulis blog ini mengakui kesilapan dan membuat pembetulan.

    ReplyDelete
  25. penjelasan penuh dgn kesesatan.

    ReplyDelete
  26. penulis blog ni benar2 arif ttg hukum hakam islam atau main copy paste je?????

    ReplyDelete
  27. tumpang copy paste boleh x??

    ReplyDelete
  28. hukum hudud hukum Allah, jgn sesekali m'pertikaikn hukum ni, itulah, inilah..Allah maha bijaksana, setiap hukum yg dibuat sentiasa ada kebaikannya, jikalau sesiapa menolak atau tidak percaya hukum Allah, maka dia menolak dan seterusnya tidak percaya kpd Allah. jika kita tidak melakukan kesalahan,mengapa perlu takut. jikalau org kafir menolak, sememangnya dia kafir tidak tahu apa2. jikalau yg menolak hukum ini org islam, apa lagi mahu dikatakan, sudahlah muslim, tp menolaknya, serupa sahaja dgn kafir. mereka takut kesalahan dan perbuatan jahat mereka akan dihukum. sebab itu lah mereka sekeras kerasnya menolak agar hukum Allah ini tidak sabit kepada mereka. oleh itu saya menyeru kepada saudara2 muslim, jgnlah sewenang wenangnya kita memburuk burukkan atau berkata itulah, inilah tentang hukum Allah, dikhuatiri kita sudah syirik kpd Allah. tepuk dada tanya iman. wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tul2....

      Delete
    2. org kafir tolak islam mmg wajar.. kalau org islam tolak islam, xde beza jer dgn org kafir.. komen2 tentang hudud xsesuai, salah la, etc bakal menjahanamkan akidah mereka yg bergama islam..
      ingatlah, neraka itu tempat yg paling huduh & xbest utk didiami..

      Delete
  29. hukum hudud hukum Allah, jgn sesekali m'pertikaikn hukum ni, itulah, inilah..Allah maha bijaksana, setiap hukum yg dibuat sentiasa ada kebaikannya, jikalau sesiapa menolak atau tidak percaya hukum Allah, maka dia menolak dan seterusnya tidak percaya kpd Allah. jika kita tidak melakukan kesalahan,mengapa perlu takut. jikalau org kafir menolak, sememangnya dia kafir tidak tahu apa2. jikalau yg menolak hukum ini org islam, apa lagi mahu dikatakan, sudahlah muslim, tp menolaknya, serupa sahaja dgn kafir. mereka takut kesalahan dan perbuatan jahat mereka akan dihukum. sebab itu lah mereka sekeras kerasnya menolak agar hukum Allah ini tidak sabit kepada mereka. oleh itu saya menyeru kepada saudara2 muslim, jgnlah sewenang wenangnya kita memburuk burukkan atau berkata itulah, inilah tentang hukum Allah, dikhuatiri kita sudah syirik kpd Allah. tepuk dada tanya iman. wallahu'alam

    ReplyDelete
  30. sedih tengok ramai org bodoh percaya bulat2 semua yg ditulis, tulis tarikh dan sumber sikity dah percaya bulat2, yg dlm sumber tu pun x mungkin betul, tp jika anda pilih utk jadi bodoh, anda teruskan kebodohan anda, nak buat camne, hahaha

    ReplyDelete
  31. Undang-undang hudud bukan undang-undang ciptaan. Ia undang-undang Allah. Kenapa perlu tolak hukum Allah. Ia bukan ciptaan manusia. Mahathir berjasa celah mana? Masa dia pegang ekonomi gawat,sape naikkan ekonomi? Sape bina sepang? Ya sy mmg sokong Umno dulu, tapi bukan skg. Kerana umno, kita hilang singapore, kita hilang tanjung pagar. Think it twice, umno melarang mahsiswa berpolitik dalam kampus tp nape biro tatanegara nak ajar kita org supaya sokong umno? UMNO bukan Melayu.. Hilang UMNO takkan hilang melayu.. PR pegang Malaysia tak semestinya cina DAP pgg. ada agung dan parlimen yg bole tntukn PM. jgn jadi bodoh..weh korg bukak mata harga minyak naik, tol naik,harga barang naik..korang suka? syg kerajaan? umno berjasa 66tahun? itu umno satu. time mahathir naik itu umno 2. Umno 2 byk korupsi. Umno 1, Tun Razak rasmikn pembukaan Clarsberg kt M'Sia dan serah kn tanah genting kepada goh tong secara percuma dan milik kekal utk tujuan casino. ya itu umno. So jgn risaula kenapa ada manusia umno takut hudud dan takut hlg umno sbb nanti kalau pegi check in, togak, clubbing semua kena denda. ingat hilang umno takkan hilang melayu kat dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org islam yg tolak islam....undang2 islam.....nerako...la tempat nyerr.....

      Delete
  32. to this blogger and semua pengikutnya, i'm going to say hi and hello to all typical Malay. Orang Felda ke? Or orang yang dah biasa makan rasuah,duit songlap,seks bebas,check in sana sini,ke abg pailang?takut hilang kuasa meh sokong umno sama sama berjuang masuk neraka saing orang yahudi.

    ReplyDelete
  33. beginilah jadinya bila logikal akal mngatasi nas,sesat dan mnyesatkan,seolah2 otak manusia lbih cerdik dr tuhan yg mnciptanya,seolah2 robot yg dcipta lbih crdik dr yg mnciptanya,jika robot mndabik dada skalipun,jika benar ia cerdik n berkuasa knapa x boleh cipta diri sdiri untuk wujud.

    ReplyDelete
  34. Asal Bukan Umno (ABU)
    UMNO penipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biaso boh....kalu dea x cidik lah mano....cayo ko cito hok jahil lg dr ore alim....akhir zaman

      Delete
  35. Hahahaha....Tipuuuuuu~

    ReplyDelete
  36. Tiada sesiapa yang mempertikaikan Hukum Allah. Sepatutnya kita membaca petikan di atas dengan harapan dan jiwa yang mahukan 'ilmu dan bimbingan dan segala assobiyah kepartian dan politik partisan perlu dibuang jauh-jauh.

    Syariat Islam telah pun meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Dan seperti kenyataan di atas, prinsip keadilan dalam Islam harus la diutamakan.

    kata Syeikh Ali Al Jum'ah; kita sudah hilang kelayakan untuk menjadi saksi untuk membolehkan hudud dilaksanakan. Malahan persaksian kita bahawa "aku naik saksi tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" juga boleh dipersoalkan, kerana ada kalangan kita yang mengiktiraf dan redho adanya ALLAH dalam bentuk triniti Tuhan Bapak-Tuhan Anak-Roh Suci saperti yang di i'tiqadkan oleh kristian la'natullah. (ZN)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh do....kalu lu islam lu kene laksana hukum allah...walau mmcm mane pun

      Delete
    2. cakap hudud PAS salah, la, xde ilmu la.. dah yg ko memerintah smpai 66 tahun.. dh ramai alim ulama, tolong la bg draft perlaksanaan hudud, xpun tolong perbetulkan yg mana ada silap.. yg tu silap, yg ni silap, tanya dia suruh laksanakan xnak la plk buat alasan mcm2 tp xnak support.. mmg teruk dari zionis la UMNO ni, pada aku UMNO adalah kafir harbi.. golongan yg patut diperangi..

      Delete
  37. Abdullah Hiew21/08/2012, 16:00

    Penjelasan yg cukup menyakinkan, tahniah. Apa yg boleh saya katakan, hudud yg dimainkan oleh pas adalah bersifat kepartian dan mereka sebenarkan belum mengkaji sebetul-betulnya lagi mengenai hukum Allah ini. Sedangkan jawatankuasa baru sahaja ditubuhkan di Kelantan untuk mengkaji hudud setelah 22 tahun mereka memerintah. Moga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, moga ALLAH memelihara iman dan aqidah kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan yg cukup kuat tipu...hahaha...

      Delete
  38. ceh... nie soal zina... bkn rogol..... apara....
    sgt brbeza.......... buang kes........ hahahaha.........

    ReplyDelete
  39. Bodoh...kalau dah taik umno....hukum2 Allah boleh bust main2...

    ReplyDelete
  40. blog paling bodoh aku terbaca hari ni. haram jadah ptuihhhhh!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  41. Tk payah nak keluar ayat hudud tk sesuai lg.. aku nk tanya orang umno.. dah kalo pas buat hudud tu salah.. mainan politik, knape orang umno, orang islam, yg byk ulama, ustad2 dlm tu,tk nak buat hudud.. dah kalau pas tu tak betul pasal hukum hudud.. umno buat lah hudud.. cakap pasal islam berapi2 semua.. tk kisah lah ko pas ke umno, orang islam rujukan dia quran! Tp kurang2 pas nak jgk buat hudud tu..

    ReplyDelete
  42. Anonymous said...
    DATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.

    Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru

    Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.

    Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet

    Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
    Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive