Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Nik Nicky Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Nicky Aziz. Show all posts

19/09/2012

Karpal “Akan Nasihat PAS Secara Mendalam”. Saman Terus Pok Nick.


Oleh: HHalem.
Apa yang nak dinasihat secara mendalam?
Saman saja PAS, Pok Nick dan Hadi. Kemudian DAP keluar Pakatan, habis cerita.
.............
Utusan menulis bahawa Menteri Besar Kelantan (Pok Nick), melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.

"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/08/2012

Nasharudin Telah Dihukum Dan Akan Keluar Dari PAS. Seperti biasa Pok Nick membocor keputusan Majlis Syura.


Oleh: HHalem.
Mengaku kalah kerana Pok Nick telah 'bye-bye' terlebih dahulu.

Seperti biasa cara dan sikap pemimpin tertinggi PAS, terutamanya Pok Nick yang suka mengadili terlebih dahulu melalui media dan menjatuhkan hukum terhadap mana-mana pemimpin mereka yang akan dibicarakan oleh Majlis atau Jawatankuasa.

Sebelum ini kita lihat bagaimana Datuk Dr Hasan Ali dihukum terlebih dahulu oleh Pok Nick melalui media dan kemudiannya diendorse sahaja secara rasmi oleh Jawatankuasa yang bermesyuarat kemudian.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

26/08/2012

Selepas Pok Nick, Kini Azizan Pula Masuk Hospital. Petanda Malang Bagi PAS.


Oleh: HHalem.
Gambar hiasan dulu kala. Bukan terkini.

Selepas Pok Nick, MB Kelantan terlentang di Hospital beberapa hari yang lalu, kini Tok Azizan, MB Kedah pula menerima nasib yang sama.

Azizan tidak hadir pada beberapa Majlis Rasmi termasuk majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, di Seri Mentaloon, yang turut dihadiri Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Ikuti penerangan pusing-pusing seperti wau putus ekor oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Rumah Terbuka Menteri Besar,

“Tidak benar Azizan dikatakan demam atau sakit sejak dua minggu lalu. Keadaan beliau stabil dan tahap kesihatan memuaskan, cuma tidak pulih sepenuhnya. Selepas demam sekitar dua minggu lalu dan dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC), Azizan kembali sihat dan bertemu rakyat pada hari raya pertama,” – kata Amiruddin di petik dari SinarHarian

Ayat, "tidak benar Azizan demam atau sakit" pun ada. Ayat, "tahap kesihatan memuaskan, tapi tak pulih lagi" pun ada. Pusing-pusing seperti Hudud, Negara Islam dan Negara Kebajikan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/08/2012

Pok Nick Tegur Karpal Jangan Sampai Menghina PAS Dengan Cacian.


Oleh: HHalem.
Marah benar Pok Nick bila Karpal caci Pas 
supaya Tun Salleh Abas bagi kuliah kepada PAS tentang hudud.

Mursyidul Am Pas, Datuk Pok Nick meminta Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan ‘cacian dan hina’ kepada PAS.

Pok Nick faham dan boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud, tetapi beliau tidak boleh menerima samasekali jika Karpal mencaci PAS dengan menyindir dan meminta supaya Tun Salleh Abas (bekas hakim dan pengubal enekmen hudud semasa Pas memerintah Terengganu) memberi “kuliah” mengenai negara Malaysia yang dikatakan sekular dan tidak boleh dilaksanakan hudud.

“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai  mencaci,” – kata Pok Nick semasa di Pejabat beliau.

Pok Nick betul-betul rasa terhina dengan kata-kata Karpal.

Berbalik kepada soalan asas dan pokok iaitu;

“Adakah haram atau apakah hukum syarak bagi orang PAS (umat Islam) mengundi DAP Kafir Harbi?”

Pok Nick, seperti juga kuncu-kuncu PAS yang lain (disini>), tetap tidak menjawap soalan mudah, soalan senang dan mereka tetap lari dari tajuk asal dan nampak  takut.

Ini jawaban Pok Nick pada soalan diatas;

“Jika kita tidak undi DAP kerana tolak hudud, macam mana dengan Umno yang juga menolak pelaksanaan hukuman itu,” – kata Pok Nick di petik SinarHarian>

Pengikut PAS cukup malu dengan semua pemimpin mereka yang tidak mahu menjawap soalan mudah. Haram atau tidak, itu sahaja yang mereka mahu dengar.

Jika Pok Nick jujur dan mengikut Sunnah dan Al-Quran seperti yang beliau laung-laungkan, sudah tentu senang menjawap soalan diatas.

Apa agaknya akan terjadi jika Pok Nick keluarkan kenyataan bahawa “Haram” mengundi Kafir, tidak kira lah Kafir Harbi atau Kafir Zimmi.

Sudah tentu corak pemilihan undi pada PRU13 nanti turut berubah.

Silap-silap haribulan semua pengundi Melayu-Islam dari Umno-PAS-PKR mengundi hanya calon-calon Melayu-Islam sahaja. MIC-MCA-DAP sudah tentu bungkus gulung tikar.

Ada kah ini kita mahu, sebenarnya !

Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/08/2012

Karpal Hina PAS. Akar Umbi Mahu PAS Keluar Pakatan Rakyat Segera.


Oleh: HHalem.

Ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.

Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.”
Macam Pok Nick ni, sekali Karpal pulas tangan, tercabut sendi.

(HHalem: Jika diberi mandat pada kaki bangkang Pakatan Rakyat pada Pru13 nanti, bermakna akan jadi caca merba lah pentadbiran negeri seperti yang ada sekarang di Selangor. Segala macam masalah timbul seperti isu air dan isu UniSEL.

Ini belum lagi termasuk dasar-dasar PAS-DAP yang tidak sehaluan, terutama dasar Negara Islam dan cogankata Negara Berkebajikan (Khalid Samad nyata ia cogankata, bukan dasar PAS). Masing-masing menghina antara satu sama lain mengenai dasar parti masing-masing sehinggakan pentadbiran akan diabai dan kucar kacir.

Contoh kecil ialah Hassan Ali di Selangor yang ditendang dari PAS. Cuba bayangkan jika pergolakan ini berlaku pada sekala lebih besar antara PAS dan DAP. Mahunya hancur dan tidak terkawal negara !

Mahukah kita lihat dan letak negara dan negeri di tangan DAP-PAS-PKR yang tidak tentu haluan dan seperti rojak?

Jika mereka diberi peluang, rakyat akan merana. Oleh itu buat lah keputusan yang bijak pada PRU13 nanti. )

Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/07/2012

Pok Nick Mula Gelabah Kerana Anwar Hendak Bersara.


Oleh: HHalem.

Teknik terbaru Anwar Ibrahim yang mungkin akan bersara dari PKR dan semua dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada PRU13 telah membuat Pok Nick tersentak dan membuat beliau memberi kenyataan cukup pantas.

Lihat kenyataan Anwar di Financial Time, di sini>

Pok Nick sebagai Mursyidul Am PAS, cukup-cukup tidak bersetuju dengan hasrat Anwar yang mahu kembali menjadi pendidik.  Ini katanya berpolitik juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa”

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!”  - Pok Nick
Ilmu kata laluan "Mokhtar", jangan lupa...

Yang menjadi peliknya, apa yang Anwar mengajar rakyat selain dari merusuh, memutar belit, mengumpul harta kekayaan dan bagaimana melepaskan diri apabila didapati bersalah kerana ber-ChinaDoll. Tidak lupa juga Anwar memberi pengajaran sonsang mengenai Lesbian-Gay. Termasuk mengajar ilmu mengumpul mat-mat Jambu sana sini.

Kita akan mengingati Anwar kerana mengajar rakyat bagaimana melepaskan diri setelah didapati membontoti Saiful.

Yang pastinya, Pok Nick telah mulai risau apa yang akan jadi pada nasib Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti, kerana hasrat menawan Putrajaya dikenal pasti amat tipis sekali.

Malahan pula, satu persatu Anwar dicaj di mahkamah mengenai kesalahan beliau semasa penglibatan Bersih 3.0.

Pok Nick sudah bersuara. Mana Lim Kit Siang? Mana Karpal Singh?
Khabarnya Karpal Singh terlentang tiga suku sedang bersabung nyawa.

Perginya Anwar bersama perginya Karpal akan menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/05/2012

Pok Nick Akui Sendiri Beliau Sebagai Munafik. Terang-terang Beliau Tidak Ikhlas Tentang Perpaduan.



Oleh: HHalem.

SinarHarian melaporkan, Mursyidul Am Pas, Pok Nick meminta mana-mana pihak yang mempertikaikan beliau agar tidak meragui keikhlasannya mahu bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Bagi tujuan itu, Pok Nick menegaskan, tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan Pas meletakkan syarat-syarat tertentu dalam mengadakan muzakarah.

"Setiap perjumpaan mesti ada syarat, nak kahwin  pun ada syarat, mana boleh muzakarah tak ada syarat," – Pok Nick.

Pok Nick menegaskan, setiap perkara yang dilakukan dalam Islam adalah ikhlas dan yang tidak ikhlas itu munafik.

“Mereka yang menyatakan sesuatu atas dasar Islam kemudian tidak ikhlas adalah orang munafik ”. – Pok Nick.
Hadi Awang pun di katogarikan sebagai munafik oleh Pok Nick kerana tidak Iklas.

Hari ini kita mendapat gambaran sejelas-jelasnya bertapa Pok Nick yang tidak ikhlas dan beliau akui sendiri ia adalah sikap seorang munafik.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/05/2012

Pok Nick Menganas Gila. Dari Muzakarah kepada Umno Kena Sertai Pakatan Rakyat.


Oleh: HHalem.

Mursyidul Am PAS, Pok Nick berkehendakan muzakarah bersama Umno di adakan sebelum PRU13, berbanding apa yang dicadangkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Adalah lebih baik sekiranya muzakarah ini diadakan sebelum pilihan raya” – Pok Nick.

Cadangan Tuan Ibrahim untuk mengadakan muzakarah selepas PRU13 menampakan kelemahan PAS dari segi tenaga dan mental dimana PAS hendak menumpu perhatian penuh pada PRU13. Ia adalah untuk mengelak pengikut-pengikut PAS dari keliru dengan pemimpin PAS yang tidak tetap pendirian, kucar-kacir dan caca-marba.

Bagi diri Pok Nick pula, beliau seperti biasa dan dijangkakan, orang yang berfikiran bercelaru dan tidak tetap fikiran dimana semalam beliau mencadangkan syarat muzakarah mengenai “isu kenapa ada orang hendak tolak Islam”

Comments / Pandangan Melalui Facebook

17/05/2012

TS Muhyiddin Termakan Tipu Muslihat Pok Nick Untuk Muzakarah. "Nik Aziz Anjing Tersepit"


Oleh: HHalem.


TPM TS Muhyiddin Yassin, agak terkejut dengan pelawaan MB Kelantan, Pok Nick yang tiba-tiba sahaja bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno walaupun perkara tersebut telah dan pernah disuarakan oleh Umno sebelum ini, tetapi ditolak keras oleh Pok Nick.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata UMNO tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah..Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah,"

Kata Muhyiddin diatas dipetik oleh Bernama selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama TPM.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/05/2012

Rahim Noor Memberi Gelaran Setimpal - “Nik Aziz Bapak Segala Kafir Malaysia”.


Oleh: HHalem.
“Nik Aziz Is Father Of Khafir” – Rahim Noor

Apabila bekas Ketua Polis Negara, TS Rahim Noor mengelar Pok Nick sebagai “Bapa Segala Khafir” seperti yang dipetik oleh NST (keretan di bawah), maka melenting-lenting lah segala anak-anak bawahan Pok Nick kerana mengelarkan junjungan mereka dengan gelaran yang cukup enak dan bertepatan.

TS Rahim Noor memberi justifikasi kenapa Pok Nick beliau beri gelaran demikian. Alasan beliau adalah seperti berikut, seperti yang dipetik dari NST.

“Beberapa tahun lalu, Nik Aziz berkata penyokong Umno akan masuk neraka, dan jika umat Islam mahu masuk syurga, mereka perlu sokong PAS”

“Nik Aziz juga mengelar Umno Kafir kerana melibatkan diri dengan MCA dan MIC, tetapi lihat PAS hari ini, mereka bergabung dengan DAP, yang jelas menolak pembentukan negara Islam”

Kepada mereka yang memahami niat sebenar Pok Nick yang hanya mahu kekal di Kelantan akan faham bahawa Pok Nick hanyalah badut sarkas.

“Kepada orang Islam yang faham ini, akan hanya lihat Nik Aziz sebagai badut (joker), tidak lebih dari itu”.


Tahu pulak pengikut-pengikut PAS melenting-lenting apabila Rahim Noor berkata demikian. Malahan terkini sekali, tidak pula mereka melenting-lenting apabila Pok Nick menyebut “wakil rakyat Umno di terengganu masuk neraka”, di sini >

Comments / Pandangan Melalui Facebook

07/05/2012

TERBARU Pok Nick – “Wakil Rakyat UMNO Di Terangganu Masuk Neraka”.


Oleh: HHalem.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat (Pok Nick) mempertikaikan kemenangan Barisan Nasioal pada PRU12 yang lalu, malah menjatuhkan hukum bahawa Wakil Rakyat Umno Terengganu akan masuk neraka kerana menang secara tidak sah.

Pok Nick ini satu manusia yang paling pelik, kerana kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri pada PRU12 tidak pula beliau bersuara apabila disoal. Malahan, bab BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pun beliau membisu.

"Bila timbul masalah BERSIH yang disebut ketua kerajaan (Najib)  yang pergi Kelantan kelmarin bahawa BERSIH ini nak guling kerajaan yang sah. Sah sungguh ke?," tanya Pok Nick pada pemimpin Pakatan Rakyat di I-City, di Shah Alam.

Pok Nick menjadi semakin takbur dan beranggapan bahawa Terengganu juga sepatutnya di tawan oleh PAS.

Lantas Pok Nick menempelak bahawa ADUN dan Ahli Parlimen Terengganu akan masuk neraka disebabkan itu.

"Presiden PAS (Hadi Awang) sebut berkali-kali mengenai undi luar yang di bawa masuk ke Terengganu tapi Umno tak boleh dicabar. Bila undi luar masuk dalam pilihan raya umum ke-12 di Terengganu, (jadi) pilihan raya itu tak sah. Kamu (kerajaan) kata sah, tapi akhirat kelak kebanyakan wakil rakyat Umno yang menang di Terengganu akan masuk neraka kerana menang menggunakan undi hantu," - Pok Nick.

Pembaca boleh bayangkan, ini lah alasan Hadi Awang & Pok Nick jika mereka kalah teruk didalam PRU13 nanti. Iaitu tipu helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lah yang membuat BN menang majoriti.

Kali itu, bukan sahaja Wakil Rakyat Terengganu masuk neraka, malah kesemua Wakil Rakyat Umno dalam Malaysia akan masuk neraka.

Kegilaan politik dan taksub menakluk Putrajaya telah betul-betul meresap kedalam kepala Pok Nick sehingga beliau langsung hilang pertimbangan dan tidak boleh di jadikan pedoman. 

Macam ini kah pemikiran yang dibawa oleh PAS kepada semua pengikut-pengikut mereka.

Lebih baik kita fikir dua kali sebelum percaya pada Pok Nick yang betul-betul songsang.

Malah penulis mulai saat ini semakin yakin bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat.

Sumber utama myChannel13.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

02/05/2012

Pok Nick Sepantas Kilat Datang Terus Melindungi Azmin.


Oleh: HHalem.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sekelip mata datang melindungi Azmin dengan mengutuk keras laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan gambar aksi lucah Timbalan presiden PKR Azmin Ali, sebaik sahaja Azmin Ali membuat penafian secara rasmi mengenai penglibatan beliau di media, di sini>

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya budaya pemberitaan seperti yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini. Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang..Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik? Saya lihat UMNO sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'..” – FB Pok Nick.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/04/2012

Pengakuan Nik Aziz. Setelah Terburai Baru Mengaku Dia Sendiri Beri Duit Pada Peserta Bersih 3.0


Oleh: HHalem.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi”

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah Pas turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas. 

- Bernama.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/04/2012

Orang Asli Beri Amaran Kepada Pok Nick Kerana Menghina. Tuntut Maaf Atau Pok Nick Terima Padah.


Oleh: HHalem.
“Kami rasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar yang anggap kami bodoh dan kata kami bukan orang Kelantan”

Orang Asli pun sudah nampak kelentong Pok Nick dan sudah pandai memberi amaran kerana kebiadapan Pok Nick yang memandang hina dan rendah terhadap orang asli Kelantan.

Marah sungguh Orang Asli sehingga mereka mahu Pok Nick memohon maaf kerana keceluparan beliau yang tidak menghormati dan tidak mengiktiraf Orang Asli Kelantan. Malah Pok Nick dituduh oleh masyarakat orang asli bahawa Pok Nick senantiasa mengambil sikap dalam penafian dan tidak berniat menyelesaikan masalah Orang Asli di Kelantan.

Yang menjadi hairannya orang bukan-Orang Asli di Kelantan masih lagi menyokong penuh Pok Nick.


....FreeMToday...
Masyarakat Orang Asli Kelantan menggesa Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung kenyataan beliau yang mendakwa demonstrasi di Kompleks Kota Darul Naim baru-baru ini bukan di kalangan masyarakat negeri itu.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/04/2012

Timbalan MB Kelantan Memalukan Dan Mengaibkan Pok Nick. Akar Umbi PAS Pula Rasa Terhina.


Oleh: HHalem.

Memang di jangkakan bahawa perkara ini akan berlaku dimana PAS sebelum ini mengambil masa melebihi 22 tahun untuk membuat keputusan bahawa Jawatankuasa Teknikal Hudud perlu diadakan untuk melincinkan perlaksanaan Hudud di Kelantan; tiba-tiba hari ini kita disajikan bahawa sehingga kini satu habuk pun mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud belum dilaksanakan.

Alasannya cukup mengaibkan, iaitu Pengerusi dan merangkap Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, terlalu lah amat sibuk sehingga tidak dapat mempengerusikan mesyuarat tersebut. Atau adakah mereka masih lagi tidak cukup korum seperti diheboh-hebohkan sebelum ini pada 24 Oktober tahun lalu>.

Sebagai akar umbi PAS, setelah memberi harapan dan kepercayaan penuh kepada pemimpin PAS selama ini, perkara ini sudah tentu amat mengecewakan dan memalukan setelah bertahun-tahun mereka berdetum-detam memukul canang bahawa PAS dapat melaksanakan Hudud dengan mudah.

Dengan sikap Timbalan Menteri Besar ini ia sudah tentu cukup mengaibkan dan memalukan Pok Nick dikalayak ramai. Malah akar umbi PAS cukup rasa terhina dengan pemimpin yang mereka percayai.

Kali ini apa alasan yang perlu direkacipta untuk menghentam UMNO-BN dan Kerajaan Pusat atas kekurangan diri.

Baca petikan Utusan Malaysia dibawah dan satu review/comment oleh HackerXP yang saya anggap cukup menarik untuk merumuskan sikap ketidakmampuan PAS melaksanakan apa sahaja yang mereka rancang  dengan hanya ashik menyalahkan Umno-BN untuk menutup kelemahan diri.
Ini rupa Timbalan Menteri Besar Kelantan 
yang teramat amat sibuk!
Dan tidak mempengerusikan Mesyuarat Teknikal Hudud.

....Utusan Malaysia...
...start...
Hudud: Mesyuarat teknikal masih tertangguh

Comments / Pandangan Melalui Facebook

10/04/2012

Hadi Awang Dan Pok Nick Bertelagah Pendapat Mengenai BR1M.


Oleh: HHalem.

1- Lihat pandangan dan pertelagahan pendapat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, yang mengatakan BR1M adalah rasuah politik yang diucapkan beliau di Majlis Minum Petang Bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Benta di Kuala Lipis, kelmarin.

“Rasuah politik pusingan pertama sudah pun berjalan sejak akhir tahun lalu iaitu BR1M berjumlah RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar universiti.”

“Rasuah politik pusingan kedua sebagaimana yang diumumkan Najib itu mungkin lebih besar jumlahnya dan mencakupi pelbagai perkara lagi. Ia tentulah sesuai dengan hasrat untuk memenangi pilihan raya dengan cemerlang, sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Barisan Nasional (BN) sendiri,” – Sinar Harian >

Dengan pandangan Hadi itu, maka ramai orang-orang PAS yang kemarok teragak-agak untuk mengambil BR1M kerana ia dianggap rasuah oleh pemimpin tertinggi mereka.


2- Melihatkan keadaan dimana ahli-ahli PAS sudah celaru, seperti biasa, Pok Nick timbul memberi pandangan yang bertelagahan pendapat yang berbeza untuk menyelamatkan ahli-ahli yang kebulur duit yang dikatakan haram dan rasuah politik sebelum ini.

Sekali gus pandangan Hadi dibidas oleh Pok Nick dan beliau menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS.

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.

“Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung”

“Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik,” – Pok Nick di Harakah >

Habis macam mana nak ikut PAS kerana ahli-ahli mereka hidup didalam keceleruan disebabkan oleh pemimpin yang tunggang langggang pendapat mengenai sesuatu perkara.

Seorang kata wang  BR1M adalah ‘rasuah politik’, seorang pula kata wang BR1M adalah “milik rakyat”.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

16/03/2012

Pok Nick Sumpah Seranah Ketika Kuliah Jumaat. “Tak Halal Dunia Akirat”...“Ingat Duit Mak Bapak Depa”.


Oleh: HHalem.
 “Tak Halal Dunia Akirat”...“Ingat Duit Mak Bapak Depa”.

1- Pok Nick merasa amat terhina kerana Kelantan di panggil termiskin. Beliau  menyelar sesiapa sahaja yang berbuat demikian.

Menurut Pok Nick sindiran sebegitu rupa tidak sepatutnya dilemparkan terhadap Kelantan dan Kelantan sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.

Bagi Pok Nick, kaya miskin hanyalah dengan ukuran jalanraya masuk ke Kelantan semata-mata dan beliau tidak peduli langsung dengan angka-angka statistic dan kadar perbandingan yang dikeluarkan secara professional.

"Kalau kita berkereta dari sempadan Terengganu masuk ke Bukit Yong, Pasir Puteh kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri”

2- Marah Pok Nick memuncak apabila menempelak yang duit Persekutuan bukannya harta mak bapak Putrajaya.

"Sedangkan duit yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan adalah milik rakyat dan bukannya milik 'mak bapak' mereka”

"Sebab itu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan (royalti minyak) yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesen pun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti,"

Maki hamun dan sumpah seranah Pok Nick dilakukan ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di sini hari ini.
  
Sumber dari AntaraPos.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/03/2012

Pok Nick Terkejut Tengok Mat Salleh Pakai Coli Dan Seluar Dalam Di Langkawi.


Oleh: HHalem.
Pok Nick terkejut tengok coli dan seluar dalam.

1- Kalau Pok Nick sebut dia lihat pelancong Eropah memakai coli dan seluar dalam di “negeri utara baru-baru ini”, bermakna di Langkawi lah tu. Sebab beliau pernah ke sana baru-baru ini.

“Saya mengunjungi satu negeri di utara baru-baru ini dan mendapati ada pelancong Eropah di situ hanya memakai coli dan seluar dalam” – Pok Nick

2- Kalau lah macam ni, bermakna sekali lagi PAS telah gagal di Kedah, kerana rakyat mengundi PAS dengan harapan Kerajaan Islam PAS mencuci bersih segala benda yang dianggap kotor dan tidak suci.

PAS gagal menunaikan janji-janji manis mereka yang kononnya akan membersihkan dosa-dosa di Kedah.

Besok nak pilihanraya, tetapi Pok Nick baru nak terbeliak biji mata. Apa pemimpin PAS buat selama ini? Jenuh berjawap la Exco Pelancongan.?

3- Pok Nick juga tahu bahawa beliau boleh meng ‘halalkan’ pakai coli dan seluar dalam di Langkawi dengan mengeluar paktua bahawa;

“Itu hak dia. Dia orang kafir. Dia nak bogel ka, nak telanjang ka, itu hak asasi dia. Kita orang Islam jangan ikut telanjang sudah lah”

“Dia nak minum tuak ka, todi ka, itu hak dia, kita orang Islam tetap haram...larangan hanya untuk orang Islam..”

MB Azizan mungkin boleh membidas Pok Nick dan mengelak kritikan malu dengan berkata;

“Bab-bab telanjang ni semenjak Umno lagi, kita Pas janji nak hapuskan, tapi tak dann sebab Umno dok ganggu pentadbiran kita..Oleh itu rakyat kena bagi mandat 5 tahun lagi..baru boleh selesai..sebab kita perintah cara Islam”

“Saya sendiri pun kena Pandu, Pantau dan Mantau...mana dann nak tengok coli dan seluar dalam ni semua..Tok Guru boleh laa..”

Pusing macam mana sekali pun, pengikut-pengikut PAS semuanya telah di perbodohkan oleh pemimpin mereka yang memang telah hipokrit dan tidak mampu menunaikan janji-janji sejak awal lagi. Nak cuba memerintah Kedah satu penggal lagi !

...petikan Berita Harian...

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa bimbang terhadap tabiat pelancong Eropah yang suka memakai coli dan seluar dalam ketika berada di khalayak.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

27/02/2012

Hasan Ali : - Nik Aziz Penyebab PAS Akan Kalah Teruk PRU13


Oleh: HHalem.
“Namun, kalau haram kenapa masih mahu bersekongkol bersama mereka (PKR)? Sedarlah wahai Pas,”

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan Pas akan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti ekoran terpesong dari matlamat perjuangan sebenar serta hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR semata-mata.

Beliau berkata, sebaliknya DAP dan PKR akan kekal meraih kemenangan besar tidak sebagaimana Pas yang telah hilang keyakinan ahli dan penyokong.

Katanya, dalam konteks di Selangor, apa yang akan pasti berlaku ialah kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili wakil DAP dan PKR akan terus memperolehi majoriti lebih besar.

“Sementara Pas pula akan jatuh merudum kerana ahli dan penyokong sudah hilang keyakinan serta kepercayaan kerana perjuangan untuk menegakkan negara Islam sudah bertukar kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan”

“Pas dalam Pakaran Rakyat (PR) hanya menjadi kuda tunggangan semata-mata. Apa yang saya cukup pilu dan sedih demi matlamat menuju Putrajaya, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam,”

Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/02/2012

Marah Kata "Miskin"..FB Pok Nick Berjaya Memperbodohkan Pengikut PAS.


Oleh: HHalem.

Ramai rakyat Kelantan dan pengikut PAS marah dengan DS Najib kerana menyebut Negeri Kelantan jatuh tempat paling miskin di Malaysia berdasarkan perangkaan, sehingga mengalahi Sabah dan Serawak.

Pelbagai teori dan alasan untuk menafikannya. Antaranya sehingga menyebut Najib mengambil Wang Ihsan minyak berjuta-juta hak milik Kelantan, tanpa disedari mereka juga mengakui yang Kelantan memang miskin.

Lihat kenyataan dungu pompuan-pompuan PAS dibawah.

“Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu” – Harakah>


Penafian dan tunjuk bukti terbaru yang Kelantan bukanlah termiskin seperti yang disangkakan ialah dengan mempamirkan billboard indah yang terdapat di Kelantan, didalam FB Pok Nick.

Ramai cerdik pandai-cerdik pantai PAS termakan tipuan dengan gambar billboard tersebut. Lihat setakat ini betapa ramai yang memberi komen tanda setuju.

Ramai juga yang gagal memahami dan menerima hakikat bahawa kadar ‘taraf kemiskinan’ adalah perbandingan dan relatif.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive