Oleh : HHalem
4- Jika pembaca berminat dengan analisa yang terperinci mengenai pengurusan masjid dari segi undang-undang yang di tulis oleh pakar, boleh lah baca di satD-Pure Shiite disini > atau download dari Siti Alawiah penulis asal dari staff International Islamic University yang sedang cuti belajar sekarang >
Yang Dipertua persatuan itu, Datuk Seri Mohd Yussoff Latiff berkata persatuan itu berpendirian tegas tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil kerajaan negeri berikutan kaedah berkenaan tidak mengikut undang-undang yang sedia ada berikutan ia masih belum mendapat perkenan Yang Dipertua Agong.
1- Persatuan Kariah Masjid Pulau Pinang akan mengambil tindakan mahkamah
terhadap kerajaan negeri sekiranya masih bertegas melaksanakan kaedah pemilihan
Anggota Pemilihan Masjid (AJK) Kariah mengikut sistem pilihan raya umum.
Bukan setakat di bawa ke mahkamah, malah Lim Guan Eng patut turut di
saman sebagai individu kerana menghina Islam dan campurtangan didalam urusan
hal-hal Masjid dan Agama Islam.
2- Bukan itu sahaja, malah kaldai Malik Kassim patut juga diseret ke
mahkamah untuk memberi kesedaran kepada beliau. Yang beliau mustahak ialah ia mengikut
undang-undang, bukannya memikirkan bahawa Dap bertujuan memecah-belahkan umat
Islam. Ini kata beliau;
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama,
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim
berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah
mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1)
Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang). KL Post
3- Apa yang berlaku di Penang adalah ‘testing ground’ dan ujian pertama
Komunis Dap sebagai langkah untuk mencampuri urusan orang Islam dan masjid. Jika
ini berjaya, maka ia akan terus dijadikan model dan di bawa ke lain-lain negeri di bawah taklukan Dap.
4- Jika pembaca berminat dengan analisa yang terperinci mengenai pengurusan masjid dari segi undang-undang yang di tulis oleh pakar, boleh lah baca di satD-Pure Shiite disini > atau download dari Siti Alawiah penulis asal dari staff International Islamic University yang sedang cuti belajar sekarang >
.....Sumber utama
dari Bernama....
Tindakan Mahkamah Akan Diambil Jika Bertegas Adakan
Sistem Pilihan Raya Masjid
GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Kariah-kariah
Masjid Pulau Pinang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri
sekiranya masih bertegas melaksanakan kaedah pemilihan Anggota Pemilihan Masjid
(AJK) Kariah mengikut sistem pilihan raya umum.
"Persatuan mengambil pendirian memandangkan pilihan raya itu diadakan
dalam keadaan tergesa-gesa di samping menggunakan sistem pemilihan yang agak
longgar serta mengelirukan hingga dikhuatiri akan mengundang perpecahan dalam
kariah masjid berbanding tujuan asal perjuangan persatuan itu untuk penyatuan
ummah.
Malah jika belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, ia dianggap menyalahi
undang-undang dan sekiranya dilaksanakan juga untuk menjaga rumah Allah, maka
ia merupakan satu dosa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Persatuan Kariah-Kariah Masjid negeri Pulau Pinang
di sini Rabu.
Yussof berkata proses tindakan mahkamah itu adalah tindakan terakhir yang akan
diambil pihaknya dan isu tersebut perlu diselesaikan menerusi musyawarah.
Kerajaan DAP minggu lepas mengumumkan pemilihan jawatankuasa masjid di negeri
itu diadakan secara pilihan raya mulai tahun ini bermula 18 Jun hingga 23 Julai
yang melibatkan lebih 200 masjid menggantikan cara lama di seluruh Pulau
Pinang.
--
BERNAMA
Habis lah DAP Penang. Ada baca satD punya posting terbaru? Terbaik!
ReplyDeleteBaru baca:-) Tqs Tuan.
ReplyDeleteVery conclusive. A very details analytical view.
http://satdthinks.blogspot.com/2011/06/mosque-management-introductory-analysis.html
Atau download dari penulis asal oleh Sharifah Alawiyah University Islam Antarabangsa seperti link di atas.
ReplyDeleteheavy betul analisis SatD. huhu. berpeluh la abul malik nak menjawab
ReplyDeleteBro Firdaus
ReplyDeleteHeavy memang heavy, tak larat satD nak menanggung nya:-)
Mamak Malik tu tak lama lagi sedar lah dari mimpi.
Bila masa depa tubuhkan persatuan khairiah P Pinang? Kemaren dulu kot. Ditubuhkan semata mata untuk sabotaj demokrasi dlm pemilihan JKuasa masjid. Ini semua taktik gerombolan UMNO nak kawal masjid. Libatkan nama Agong dlm muslihat nakal mereka. depa lupa, lani oghang dah tak mudah dikejutkan oleh nama Raja, Sultan dan Agong. Dulu, bolehlah gempaq. Yg jadi pengerusi Persatuan pun mamak tongkang, Dia juga pengerusi persatuan Melayu Penang. Cerminlah muka sikit.
ReplyDeleteSalam Teman2
ReplyDeleteyang pelik tuh apa jurisdiction state government nak bagi statement atas benda nih, Majlis do not report to them, it should be the Majlis yang bagi official statement on the matter.
Yang kita nak kena tau jugak tu adalah ini usulan siapa
Dey anonymous 1835 apekehal lu cita nih, orang nak tau samada Majlis tu ikut undang2 ke tidak dengan tindakan meminda tatacara pemilihan kariah
Tuan satD:-)
ReplyDeleteMalik tu main-mainkankan Enakmen Negeri PP yang memang ujud, betul dan boleh di terima pakai.
Sekarang nya, PP laksanakan terus Seksyen 104(1)(b), dengan perlantikan Kariah berdasarkan pilihanraya. Apabila telah selesai semua proses, maka baru lah akan minta diperkenankan YDP Agong. Serah kan laporan dn perbentangan lengkap untuk di endorse.
Termasuk endorse "kelulusan untuk melaksanakan Enekmen"
Dan
"bukti-bukti bahawa ia boleh dilaksanakan dan telah terbukti dgn perlaksanaan tanpa banyak kecoh dan heboh dari rakyat"
of course tidak termasuk laporan kesan pecah belah umat Islam.
Tuan,
Siapa yang Usul?
Malik ni tidak akan suka-suka usul dan buat sendiri tanpa datang dari big boss Guan Eng.
Mungkin Malik usul atas arahan dari bilik-gelap Guan Eng.
Guan Eng memberi arahan (kena cari dan seludup minit mesyuarat di Komtar) kpd Malik bertujuan memecah dan leraikan kariah masjid yg menebal dgn semangat Umno. Untuk mematahkan ini semua, pecah dn perintah lah jawapannya, yg telah terbukti beratus-ratus tahun.
Style British pecah dan perintah, seperti Kuan Yew buat dgn kependudukan tempat tinggal Melayu di Singapura.
Tuan,
Guan Eng memberi arahan kpd Malik (jika tiada minit mesyuarat state, memang Malik ni Samdol Besar) untuk laksanakan. Tetapi jika terdapat masalah dgn mahkamah Guan Eng akan cuci tangan dgn menyatakan usul itu datang dari Malik sendiri.
Walaupun umum ketahui bahawa Malik bertindak atas arahan, tetapi Guan Eng buat pekak dan Malik akan di kambing-hitam-kan.
Jika kita peminat sejarah pentadbiran Singapura, maka trend yg serupa berulang di Penang.
Akhir-akhir sekali dgn kekacauan, pergaduhan dan hasutan oleh Guan Eng, maka untuk mengelakan pertumpahan darah, maka dgn senang=senang kita akan minta penang keluar dari Malaysia atau di beri kuasa otonomi. Macam Kuan Yew nangis-nangis apabila di halau dari Msia oleh Tengku Rahman. Nangis dlm gunbira.
Sejarah akan berulang.
Republik Rakyat Penang mungkin tidak jauh. Tunggu tiga generasi sahaja, jika Melayu masih bodoh, seperti Anon 18:35 di atas.
Tuan,
Tamat citer ia mengikut undang-undang, cuma ia pintu belakang sahaja.
Sekarang 'pintu belakang' ini lah perlu di buktikan di mahkamah dan pilihanraya ini dibuat ikut pintu salah. Mungkin kerana kesalahan teknikal.
Tuan, ini pandangan org yg tak ada ilmu undang2 state. Cuma ada sikit-sikit dulu belajar 'law of tort' dan 'law of negligence' kat sekolah atap:)