Oleh : HHalem.
1- Sebaik pulang dari Eropah melawat Pope
Benedict XVI di Holy See, Vatican City, Italy, kita lihat bagaimana DS Najib telah membelasah dengan memberi amaran kepada China/India Kristian supaya, “mereka
hormati kami, kami akan menghormati
mereka” di sini >
2- Di Kompleks Bunga Raya KLIA yang sama pagi
ini, DS Najib meluahkan apa yang kebanyakan rakyat ketahui iaitu badan pemantau Bersih
2.0 sengaja mahu mengadakan perarakan dan memprovokasi polis daripada mengetengahkan
permintaan mereka untuk menghantar memorandum yang sebenarnya. Ia hanya bertujuan menunjukan seolah-olah
Malaysia juga seperti dunia Arab yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Kata Najib;
“Ia bukan mengenai pembaharuan sistem pilihan raya...Itu sebabnya mereka mahu menggambarkan kononnya kita
sebagai kerajaan autokratik , sebenarnya mereka mahu merampas kuasa daripada kita yang
dipilih oleh rakyat ”
3- Di manakah kebenaran kata-kata DS Najib
ini? Apa kah bukti nya? Mari kita lihat apakah hasil dari rusuhan Bersih pada 9
July lepas di mata dunia.
4- Trend atau paten rampasan kuasa di Timur
Tengah dan di negara-negara Islam yang lain adalah hasil hasutan puak-puak luar
seperti CIA dan Mossad di dalam pelbagai bentuk dan cara dan juga bantuan
kewangan. Trend dan paten yang sama juga turut berlaku di Malaysia yang
dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Buktinya?
Kajian dan selidikan terperinci boleh didapati jika pembaca menyelongkar
kazanah yang terdapat di AnwarAidc >
5- Hari ini dengan jelas ia menunjukan tembelang pemberontakan ala-ala
Mesir yang telah dibangkitkan secara besar-besaran apabila sekutu kuat dan
kawan karib Anwar iaitu John R Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia berkata negara-negara demokrasi dan
kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika perlu menyokong usaha digerakkan
rakyat menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas.
6- Kita lihat bagaimana Malott membatu-apikan
dan membuat seruan suara-suara dajal seperti yang selalu kita dengar di Timur
Tengah sebelum kejatuhan pemimpin-pemimpin mereka satu persatu di tangan
pemberontak melalui rampasan kuasa.
“Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan di
Malaysia, salah satunya ialah membantu memperkukuhkan demokrasi dan keluhuran
undang-undang ”
“Ini adalah detik bagi Amerika Syarikat, yang menamakan pemimpin Bersih 2.0 Ambiga
Sreenevasan sebagai Wanita Antarabangsa Berani pada tahun 2009, memperlihatkan keberanian yang sama dan
melakukan perubahan dalam kehidupan sebuah negara ” - Hasutan John Malott
6- Oleh itu apabila DS Najib menyuarakan, “sebenarnya mereka (Anwar) mahu merampas kuasa daripada kita
yang dipilih oleh rakyat ” adalah benar sebenar-benarnya.
7- Mungkin saudara pembaca perasaan atau
tidak, kenapakah bapak syaitan Amerika sehingga kini masih berdiam diri dan
memberi respond dingin terhadap semua bisikan anak-anak syaitan mereka. Ini
termasuk hasutan Anwar sendiri, walaupun dananya masih mengalir masuk ke
Malaysia.
8- Jawapan nya cukup mudah. Ini adalah kerana
DS Najib telah membuat jalan pintas terkehadapn dari Anwar dengan menjalin
hubungan yang lebih akrab dengan bapak syaitan Amerika. Ini kita ketahui cukup
berhasil dan mengecewakan Anwar sehingga kini.
Ingin membaca apa kata John R Malott, sila ke Asia Pacific Bulletin APB, terbitan
East-West Center yang boleh di baca di ruang Raja Petra>
Salam HH,
ReplyDeleteMalott bengang dengan US yang buat tak kisah isu bersih, dia hentam pulak Malaysia. Patut canangkan yang Malott Yahudi US yang paling akrab dengan Nuar.
Teng:-)
ReplyDeleteOK Boss. Kita akan canang.
Canang bunyi macam canai Boss.
Rasa-rasa dia gian roti canai kedai mamak kat Ampang tu kot, Boss:-)