Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Rusuhan. Show all posts
Showing posts with label Rusuhan. Show all posts

20/09/2012

Gabungan Protes Bersama Di Batalkan. Ikuti Penjelasan Khairi. Salah Siapa?.


Oleh: HHalem.

Satu keputusan yang paling bijak oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pemuda Pas Nasrudin Hassan apabila membatalkan rancangan bergabung protes bersama pada hari Jumaat esok, bagi tujuan mengecam filem “Innocence of Muslims”.

Apabila mereka berdua, pada mulanya, setuju untuk bergabung protes bersama, kita berpandangan bahawa ia sudah cukup bagus dan pertanda baik kerana Pemuda Umno dan Pas dilihat bersatu hati untuk mencapai objektif bersama. Ini dilihat sebagai langkah permulaan bersatunya Umno-Pas di bawah satu payung oleh anak-anak muda.

Kemudian mereka berdua bersetuju untuk membatalkan protes bersama di atas sebab-sebab keselamatan.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.”

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," - Khairy.

Pemuda Pas dan NGO Pembangkang dan parti pembangkang akan berprotes di Kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak. Di mana kita tahu bahawa di Kedutaan Amerika lah pusat menimbulkan segala kemarahan. 

Bayangkan huru-hara yang akan berlaku berdasarkan sejarah-sejarah protes pembangkang yang lepas-lepas?

Disebaliknya, Pemuda Umno akan berhimpun protes di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Sebanyak 13 pertubuhan NGO dan parti politik akan turut serta seperti seperti Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim.

Adakah huru-hara, pecah memecah akan berlaku di kawasan Masjid? Pembaca tentu dapat memberi jawapan kerana ia dihadiri juga oleh MCA-MIC.

Wahal, jika protes bersama dilakukan di Kedutaan Amerika dan jika berlaku apa-apa trajedi, maka akan berlakulah tuduh menuduh antara Pembangkang dan Umno-BN. Tuduhan siapa yang membuat provokasi dan huru-hara terlebih dahulu. Ini akan menimbulkan perbalahan yang amat sengit.

Oleh itu, penulis berfahaman bahawa protes bersama dibatalkan hanya kerana Ketua Pemuda dan Pas tidak bersetuju dengan lokasi protes.

Nampak sahaja umat Melayu/Islam bersatu hati, tetapi mereka tidak akan bergabung walaupun agama Islam terancam demi politik

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/09/2012

Pengakuan Seorang Pemuda – “Pengawal Anwar Mengacu Pistol Pada Saya” (Video & Gambar).


Oleh: HHalem.


 Video dari Jiwa Paradox.
Jelas Pistol di acu pada seorang pemuda.
Dengan pengakuan seorang pemuda dipetik dari BeritaHarian dibawah, jelas lah pengawal Anwar mengacu pistol pada orang awam. Malahan mengacu pada seorang pemuda.
Pemuda terbabit adalah sebagai saksi utama polis. Sudah semestinya ada ramai lagi yang belum tampil dan rela memberi keterangan.
...........................
Ikuti petikan berita diringkas dari Berita Harian.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Mat Sabu Terkenang Peristiwa Sensitif Membontot. Beliau Merayu Sedih.


Oleh: HHalem.
Pelajar-bontot terbabit lambat laun akan dipelawa untuk sambung belajar dan memasuki UniSEL atau KUIS atau kolej tajaan pembangkang. 
Maka sebab itu ia akan dikatakan perbuatan pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu meminta orang ramai terutama Umno-BN supaya hentikan tuduhan insiden tunjuk bontot dan memijak gambar Perdana Menteri, yang ia adalah perbuatan parti Pakatan Pembangkang.  

Kata Mat Sabu, ia lebih merupakan isu moral perbuatan individu membabitkan golongan muda. Akibat terlalu mengikut emosi dan semangat di luar kawalan. Mat Sabu dipetik Sinar Harian di Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan di Dataran Senawang.

“Hentikanlah tuduhan terhadap PR. Malah, pelakunya juga sudah membuat pengakuan bahawa ia dilakukan atas kehendak sendiri dan tidak dipengaruhi atau dibayar mana-mana pihak.”

“Saya ingatkan BN agar tidak mengalihkan isu tersebut dengan menyalahkan pembangkang kerana kita pun tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan,”

Pandangan Mat Sabu ini agak pelik kerana kita tahu Mat Sabu jarang sekali bercakap seperti seorang yang waras, lebih-lebih lagi berpendirian seperti seorang pemimpin yang cerdik akal.

Mat Sabu sendiri sebelum ini senantiasa mengambil sikap menyalahkan Umno-BN dan kerajaan didalam apa jua peristiwa yang tidak membabitkan politik langsung.

Tetapi, apabila terkena batang hidung sendiri, beliau seolah-olah merayu seperti seorang negarawan negara yang terbilang. Mungkin beliau terkenang peritiwa membontot beliau.

Kenapa tindakan pelajar-bontot dikatakan perbuatan Pakatan Pembangkang, sehinggakan Mat Sabu merayu sedih?
Muhammad Ammar A Rahman, 19

Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/09/2012

Pelajar Bontot Telah Di Buang Kolej dan PTPTN Di Tarik Balik.


Oleh: HHalem.

Menteri Pengajian Tinggi, DS Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa sebuah kolej swasta di Cheras telah memberhentikan seorang pelajarnya yang terlibat dengan insiden menunjuk bontot dikelayak ramai pada ambang merdeka lepas pada 30 Ogos.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/09/2012

IbuPejabat PKR Kena Serang Oleh Bekas Samseng PKR (Video)..


Oleh: HHalem.
Kalai Vanar - bekas samseng PKR.
Calon PKR kalah bertanding di Gurun Kedah PRU12.
Haah ! Ambik koo..Pakai baju BN (Barisan Nambikkai) pun ada ka.!

Demostrasi di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya tengah hari tadi lebih merupakan ketidakpuasan kumpulan India, bekas PKR terhadap Anwar kerana Anwar telah menipu mereka selama ini.

Demo aman tertukar aggresif (lihat video).

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Bekas Naib Pengerusi DAP - "Biadab, jijik, hina, terkinja macam monyet. Baru 4 tahun, sudah besar kepala, porak-perandakan negara. Tidak bertamadun”


Oleh: HHalem.
Tunku Aziz-Bekas Naib Pengerusi DAP merumuskan segala-galanya.
"Biadab, biadab, biadab”
“Apakah mereka sudah tidak bertamadun?”
“Terkinja-kinja seperti monyet dengan balutan kuning 'Merdeka' di kepala?”
“Saya berasa patah hati melihat anak bangsa sendiri berkelakuan seperti tidak berakal”
“Perbuatan yang saya anggap sebagai jijik dan hina,"
"Baru sahaja empat tahun memerintah, mereka sudah besar kepala”
“Pembangkang bercita-cita untuk menukar negara ini kepada negara republik”
“Agaknya jika ada bencana alam pun, akan segera menuduh UMNO”

TENGKU AZIZ LEPAS GERAM KRN DI TIPU DAP SELAMA INI.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

04/09/2012

Polis Keluarkan Gambar-Gambar Mereka Yang Di Buru Semasa “Janji Bersih”.


Oleh: HHalem.

Pihak Polis akan siasat motif dan sebab-sebab kenapa Bendera Sang Saka Malaya dikibarkan pada hari tersebut. Bukannya siasatan terhadap sejarah bendera Sang Saka Malaya, Sang Saka Bangsa (Umno) atau Sang Saka Merah Putih.

Samaada bendera tersebut sama dengan Umno atau sama dengan komunis, sama dengan Sang Saka Biru (Polis), sama dengan Amerika, sama dengan Republik Indon atau sama dengan Republik Singapore, ia tidak akan disiasat.

Jika semasa siasatan motifnya ialah bertujuan untuk mengantikan bendera Jalur Gemilang jika PKR memerintah atau bertujuan menghasut menjatuhkan kerajaan, maka barulah ia ada kes. Budak-budak dua ekor tu pun sudah jelaskan motif sebenar didalam blog Serigala Selatan mereka.

Diharap pihak polis akan ambil kira dan siasat risalah “This Flag Must Go..Change To..” dan siasat posting budak-budak SerigalaSelatan.  Jika dibaca dengan teliti, ia diambil kira sebagai menghasut. Layari terkini menunjukan semua entri dan blog tersebut telah kosong.

Nampak gayanya mereka akan dibebaskan dan kita akan marah-marah sekali lagi dengan PDRM/KDN/Hishamudin.

Berikut ialah 11 gambar mereka-mereka yang diburu polis, diambil dari FB PolisKL>.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

31/08/2012

KOLEKSI LIVE UPDATE – Himpunan Haram “Janji Demokrasi” Di Dataran Merdeka 31 Ogos. (Video X Bermoral - Gambar Najib Rosmah Di Pijak-Pijak).


Oleh: HHalem.

Laporan Ini Adalah Koleksi.
AWAS Mungkin Mata, Minda, Intelek dan Ego Anda Akan Tercedera Dan Tercalar.
BERHATI-HATI APABILA MENYERAP MAKLUMAT.

................................
Gambar DS Najib dan Rosmah di pijak. Cukup kurang ajar.



Video dar Double Y - YuseriYusoff

Aksi liar dan kurang ajar yang memalukan oleh pengikut Ambiga yang mula bertindak liar dengan membakar dan memijak gambar Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri kerana boring apabila segala provokasi mereka tidak dipedulikan oleh PDRM dan DBKL. 
Inikah yang dikatakan bermoral oleh Maria Chin Abdullah.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/07/2012

HIMPUNAN OREN. (Video).


Oleh: HHalem.


Video di atas, mengatakan sana boleh, sini boleh.

1-Bermula 2 petang berhimpun selepas Dzhor di Masjid Wilayah Persekutuan.
(Masjid tidak diambil kira sebagai tempat berkumpul, bukan check point 1. Penganjur mengambil peluang kelemahan undang-undang di sini. Wahal Hebahan Media Polis terang-terang menyatakan ia tidak boleh berkumpul di Masjid).

2-Berarak menuju ke check point pertama di parking kereta Mahkamah Jalan Duta.

3-Berarak melalui Susur Jalan Duta.
(Polis tidak izinkan menggunakan Jalan Duta, penganjur pula menyebut akan menggunakan laluan tepi/susur Jalan Duta)

4-Berhenti 600 meter dari pintu ketiga Istana Negara.


Hebahan media polis pula menyatakan, sana tak boleh, sini tak boleh.
Kita lihat lah apa yang akan terjadi nanti.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/06/2012

Khalid Ismath Pelajar UiTM Kena Gantung.


Oleh: HHalem.
Bakal Ketua Unit Rusuhan PKR.

Mkini melapurkan Universiti Teknologi Mara telah memutuskan menggantung pengajian aktivis siswa Khalid Ismath selama setahun setengah (1 ½) atas kesalahan salah laku disiplin.

Tiga pertuduhan ke atasnya itu adalah berhubung kesalahan;
a- ponteng kelas dan peperiksaan,
c- tulisannya di Facebook terhadap pasukan polis dan
d- peranannya dalam perhimpunan anti-PTPTN di Dataran Merdeka pada April.

Hukuman pengantungan yang disampaikan oleh panel disiplin UiTM itu berkuatkuasa September hingga suku pertama 2014.

Sementara menunggu 1 ½ tahun, boleh lah Khalid Ismath mencari kerja di Pejabat Anwar Ibrahim sebagai Ketua Unit Rusuhan PKR.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

11/05/2012

Ambiga Takut Gila Dan Mengigil Apabila Di Serang Balas Oleh Mat Burger.


Oleh: HHalem.
Tengok pun dah tak lalu, macam mana nak makan Am-Burger.
Jika Ambiga takut dan jual rumah beliau kali ini..
Agak-agak siapakah yang akan membelinya?
Sebelum ini Shahrizat membeli rumah Ambiga dan dibaling dengan Bom Malatov.

.....................
Peniaga-peniaga dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), mahu menuntut gantirugi yang dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

Piket secara simbolik ini disertai kira-kira 20 peniaga kecil dan pemandu teksi di hadapan kediaman Ambiga di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara petang semalam.

"Kita mahu tuntut kerugian dan mahu dia jawab. Siapa lagi yang mahu bayar ganti rugi kepada peniaga yang miskin ini?" – Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/04/2012

Bersih 3.0 – PDRM Keluarkan Nama Pembangkang Yang Menghasut. Adakah Tangkapan Akan Di Buat Segera.


Oleh: HHalem.

Hebahan Media Pihak Polis PDRM telah merumuskan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Pembangkang berikut bertanggongjawap terhadap rempuhan oleh perusuh-perusuh di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan kecederaan dan terpaksa dirawat. Mereka telah menghasut supaya bertindak agresif terhadap pihak Polis.

1- Masjid Negara  - Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang
2- LRT Masjid Jamek – Anwar Ibrahim, Ambiga
3- Jalan Tun Perak – Azmin Ali
4- SOGO – Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Sallehuddin Ayub.

“Sebelum peserta perhimpunan merempuh dan memasuki Dataran Merdeka, terdapat beberapa orang pemimpin pembangkang dan NGO, telah memberi ucapan kepada peserta perhimpunan”

“Selepas ucapan tersebut, peserta perhimpunan telah bertindak agresif dengan membaling pelbagai objek ke arah Polis dan merempuh penghadang serta bergerak menghala ke Dataran Merdeka. Pihak polis telah mengambil tindakan dengan melepaskan tembakan air dan kemudiannya di ikuti dengan gas pemedih mata bagi menghalang kemaraan kumpulan tersebut..” - Ketua Polis Kuala Lumpur, dari FB PDRM.


Jelas lah kepada kita bahawa sebagai rekod rasmi kerajaan, perusuh-perusuh telah bertindak agresif selepas di api-apikan oleh pemimpin politik. Oleh itu pihak Polis terpaksa bertindak segera dengan melepaskan tembakan air dan gas pemedih mata.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Polis Di Baling Kaca Oleh India. Saksikan Bagaimana Kepala Bersepai.(Video).


Oleh: HHalem.


Ini bahan bukti, dimana selepas ini, nahas sesiapa yang terlibat. Polis di baling dengan kaca.


Koleksi Live Bersih Siang tadi di sini >

Comments / Pandangan Melalui Facebook

28/04/2012

Saksikan Video Bagaimana Kereta Polis Di Terbalikan.


Oleh: HHalem.


Boleh kah wanita yang kedengaran suara yang memberi arahan supaya diterbalikan kereta polis, dikesan dan ditangkap?

Jikalau sudah terjadi seperti ini, siapa yang harus dipersalahkan?. Ambiga, Anwar atau Polis sendiri?

Koleksi Live Siang tadi di sini >

Comments / Pandangan Melalui Facebook

BERSIH 3.0 – KOLEKSI LIVE Update Himpunan Haram 28-04-2012 (Video & Gambar).


Oleh: HHalem.


Laporan Bersih 3.0 Adalah Koleksi.
AWAS Mungkin Mata, Minda, Intelek dan Ego Anda Akan Tercedera Dan Tercalar.
BERHATI-HATI APABILA MENYERAP MAKLUMAT.
......................................................
Koleksi/Galari Gambar-gambar:-
1- Di Sini > (Mkini) 
2- Di Sini > (Mkini)
3- Di Sini > (AntaraPos) - Jika broadband slow jangan buka. Heavy.
............................

5:28 pm:  “Kematian Pertama”

Diberitakan seorang peserta Bersih meninggal dunia akibat dilanggar oleh kenderaan polis di hadapan Sogo. 

(HHalem: Ini berita Harakah menuduh polis melanggar. Kita baca dulu, kemudian nanti kita dapatkan berita terperinci dengan lanjut. Teringat cerita dogeng Mat Sabu dilanggar Land Rover Polis Bersih 2.0).


4.55 pm JALAN TAR.
Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

27/04/2012

BERSIH 3.0 - Ambiga Terima Surat Mahkamah. Kali Ini Peluang Ambiga Di Tangkap Amat Cerah.


Oleh: HHalem.

Polis perolehi perintah mahkamah tutup Dataran Merdeka 4 hari
Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah memperolehi perintah mahkamah dari Majistret semalam, untuk menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei 2012.

Perintah mahkamah ini dikeluarkan majistret bernama Zaki Asyraf bin Zubir, diserahkan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan pada hari ini.  Ambiga dan penganjur BERSIH dirujuk sebagai "Responden" dalam perintah mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ini.

Berbeza dengan perintah mahkamah untuk berdepan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, yang menyenaraikan 91 nama orang yang dilarang masuk ke kawasan pusat bandar, perintah mahkamah kali ini menghalang semua orang awam daripada terlibat dalam perhimpunan.
Bakal Di Tahan.

Elak gangguan ketenteraman awam
Majistret memberi alasan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

25/04/2012

“MERDEKA” Di Padang Merdeka. Dataran Perlu Pagar Kukuh Untuk Halang Ambiga.


Oleh: HHalem.

Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan bahawa kerajaan tidak akan menghalang Bersih 2.0 menganjurkan Bersih 3.0 pada hujung minggu ini, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat.

“Saya sudah katakan bahawa perhimpunan itu boleh berjalan dan ia bukan satu isu, isunya sekarang ialah lokasi," – Hishamuddin.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/04/2012

Si Botak Dataran Merdeka Rupanya Aktres, Bukannya Pelajar. (Video).


Oleh: HHalem.
Mislina Mustafa – Si Botak - Lesbian?
Habis mana nya semua pelajar-pelajar yang berdemo?

Aktres Mislina Yang ‘Tumpang’ Berdemo Nafi Dirinya Lesbian!


Terdengar beberapa perkhabaran di-angin lalu mengatakan bahawa terdapat golongan LGBT (Lesbian Gay Bisexual dan Transgender) yang berada didalam kelompok mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka.

Mereka ini dikatakan dengan terbuka menunjukkan perlakuan sumbang dikhalayak ramai.

Wanita berumur 41 tahun ini bernama Mislina Mustafa mewakili sekumpulan 10-15 aktivis yang menamakan kumpulan mereka ‘Occupy Dataran’.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/04/2012

Himpunan Haram Dataran Merdeka. Provokasi Pelajar Mendapat Tindakbalas Dari Rakyat (Video Meroboh Khemah).


Oleh: HHalem.

Khemah Pelajar Samseng Jalanan Dan Bangsat.


Tindakan provokasi mahasiswa berdemo dan berada secara haram di Dataran Merdeka telah dibalas secara provokasi juga oleh mereka-mereka yang membenci dengan tindakan pelajar-pelajar tersebut.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

16/04/2012

Fathul Bari. “Bunga Malai..Simbol Mengkafirkan.." Najib & Nordin.


Oleh: HHalem.

Perbuatan mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di depan Kompleks Sogo di ibu negara kelmarin seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka sendiri pastinya tahu apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.

“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang? Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat,” tegasnya.

Fathul Bari berkata, simbolik sedemikian sama sekali tidak boleh digunakan kerana ia melibatkan maruah agama.

“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” katanya.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive