Oleh : HHalem.
1- Di istiharkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO
ialah pada 29 November hingga 2 Disember depan.
2- Jangkaan Anwar dan pembangkang amat meleset
kerana mengadakan Rusuhan Bersih 2.0 pada 9 July, dengan harapan untuk
mendapatkan impak
terkuat dan terbesar pada PRU 13 nanti, yang mana pada awalnya di
jangkakan pada akhir tahun ini. Rusuhan Bersih semata-mata bertujuan mengulangi
scenario pada 2007, nampaknya sekali lagi gagal.
3- Umno, Pemuda dan Wanita akan membuat
persiapan untuk berperang melobi habis-habisan selama 3 bulan untuk menahan
tapak dan kerusi pemerintahan masing-masing pada 29 November 2011 nanti.
Peperangan dengan Pas-Pkr-Dap akan berkurang dan akan dilupakan buat sementara
waktu kerana asyik melobi sesama sendiri.
4- Oleh kerana itu PRU 13, tidak akan diadakan pada tahun
2011 ini.
5- Selepas Perhimpunan Agung Umno selesai,
tempoh bertenang, tempoh penyatuan semula kekuatan jentera dan tempoh penyatuan
semula ahli diperlukan. Penyusunan semula strategik untuk perang berikutnya
diperlukan. Ia mungkin memakan masa 6 ke 9 bulan minima. Oleh itu tahun 2012
menyaksikan, tahun bagi Umno-BN menyusun kekuatan dan penyatuan semula.
6- Bulan September ke December 2012, adalah tarikh Raya Puasa, raya Krismas dan sambutan
tahun baru. Ia adalah musim mood percutian.
Adakah PRU 13, akan diadakan pada musim mood percutian?
7- Perlu diambil kira juga waktu kecemasan, floating time
dan waktu ‘apa-apa-pun-boleh-berlaku’ diantara January ke March 2013
8- Jadi bila kah waktu yang terbaik untuk PRU
13, kerana tarikh akhir ialah pada March 2013?
9- Anwar waktu ini telah di-sungai-buluh-kan.
Apa pula strategi Pas-Pkr-Pas?
Bila tarikh Bersih 3.0?
Adakah KuLi sudah selesai dinobatkan sebagai
Ketua Pembangkang Parlimen?
10- Hadi sebagai Ketua Pembangkang?
Kita tahu Kitsiang dan Karpal, cukup phobia
dengan manusia memakai kain dan ketayap puteh atau serban kehulu kehilir untuk
mewakili mereka.
Jadi Hadi akan diratah hidup-hidup oleh Komunis Dap
kerana Hadi tidak dapat menarik golongan 3rd Force seperti KuLi.
Lagi pun Dap
yang akan menentukan segala-galanya.
Salam Tuan,
ReplyDeleteBersih dah jadi macam Windows during the early 90s ... ada versi 3.0 ... then upgraded to 3.1 ... 3.2 ... and definitely akan ada Bersih versi 3 suku ...
Yes Tuan:-)
ReplyDeleteVersion 3.1.
Upgradeble to Version 4.0 Home Edition:-)