Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

25/05/2011

Kecoh Di Kuala Kangsar. Keris Taming Sari Kepunyaan Hang Tuah Muncul.


Oleh : HHalem
Ini kah Taming Sari? 

Keris Taming Sari Dipamerkan Di Galeri Sultan Azlan Shah

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan Keris Laksamana Hang Tuah, Taming Sari yang akan dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar mulai Ahad ini hingga 5 Jun depan.

Jurucakap Muzium Negeri Perak berkata pameran itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-83 tahun ini. 

Baginda telah memberi perkenan supaya keris Taming Sari dipamerkan di galeri pada tarikh tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang, katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Keris Taming Sari digunakan sebagai salah satu alat kebesaran Diraja Perak dan keseluruhan sarung keris diselaputi oleh dedaun emas. - Bernama 



1- Macam mana tiba-tiba muncul di Kuala Kangsar? 

2- Siapa jumpa? Bila jumpa? Siapa simpan begitu lama? 

3- Siapa sahkan ia Taming Sari? 

4- Dari zaman Hang Tuah, Taming Sari mengembara selama beratus tahun dan muncul di KK? 

5- Ada rekod sejarah perjalanan? 



...Cerita Berita Harian 17th December 2009...

Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.

Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda.

Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera.

Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.
(HHalem: Mudzaffar Shah-Raja Perak Pertama 1528-1549>)
  
“Rupa-rupanya Taming Sari tak merantau ke mana pun.

Cuma Berligar-ligar di Kuala Kangsar selama ini”

















Comments / Pandangan Melalui Facebook

17 comments:

  1. Jadi seiapa yang mengatakan Hang Tuah, pahlawan Melayu itu satu mitos maka terjawablah sudah..

    Sememangnya Taming Sari berada dibawah jagaan Kesultanan Perak sejak dari dulu lagi..tapi ia tidak dipertontonkan kepada umum kerana ia alat kebesaran diRaja..

    Hal demikian kerana Kesulatanan Perak adalah waris Kesulatanan Melaka.

    -anak Perak-

    ReplyDelete
  2. Syabas Cucu cicit sultan melaka di perak:-)

    ReplyDelete
  3. Tapi dari ciri2 keris ini, seperti keris Bugis. Bukan kah keris Taming Sari tu keris Majapahit>

    ReplyDelete
  4. Ramai kerabat Perak & juga orang2 Besar bergelar di Perak yg tahu yg keris ini bukan nya Taming Sari tapi keris Daeng Bugis. Taming Sari sebenar mengikut andaian sejarah di beri Hang Tuah kepada anakenda nya Tun Biajid. Keris tu mesti masih berada di seberang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...kalau diceritakan perkara yg sebenar habis lah rahsia orang-orang yg terlibat,bukan semua pembesar negeri perak yg tahu cerita kisah keris ini hanya waris-waris terdekat sahaja yg tahu cerita ini sebab negara kita ini sudah memakai sistem pelembagaan kerana sejarah yg benar sudah di ubah oleh penjajah kalau tak ikut habislah sistem raja-raja melayu di negara ini tak ujud lah lagi sultan-sultan di negara Malaysia ini....fikir-fikir kan lah....?

      Delete
  5. Gambar di atas seperti keris besi melela. Keris Majapahit yg baik baik adalah keris picit dan biasa nya keris lurus.

    ReplyDelete
  6. Anon 23:35, 23:42, 23:46

    Alangkah bagus jika dapat dibuktikan bahwa ia keris bugis, bukan Majapahit.

    ReplyDelete
  7. Setiap pahlawan dahulukala mempunyai pelbagai jenis senjata termasuk keris, pedang, lawi ayam, sundang, badik termasuk juga perisai, panah, lembing baju besi dan baju pendinding. Itu tak masuk lagi ilmu-ilmu perang, perubatan, senaman...

    Kegunaan senjata ini juga banyak; untuk berperang, berubat selain perhiasan diri.

    Memang sah pun susur galur keturunan Sultan Perak sekarang adalah berasal dari keturunan Raja Melaka, jadi tak heran baginda mewarisi segala alat kebesaran diraja dan senjata termasuk keris Taming Sari. Sebab itu, sebagai bangsa melayu kita harus mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dari kejahatan para kafir harbi DAPig yang ingin hancurkan institusi kesultanan Melayu di Malaysia. So jangan derhaka pada Sultan hingga sanggup berbaring atas jalan sambil pegang bendera Palestin!!! kesian jadi anjing kurap DAPig

    ReplyDelete
  8. sebaiknya anggaplah keris taming sari ini sebagai salah satu warisan kebudayaan dan sejarah bangsa melayu kita, tidak lebih dari itu.
    Menganggap taming sari sebagai keramat, mempunyai kuasa magis, etc, hendaklah dihindarkan agar tidak membawa kepada syirik.

    ReplyDelete
  9. Inilah misteri dari semua pusaka . Dia diam tp dia punya kisah misteri yg tersimpan. Tidak perlu di perdebatkan karena dunia telah mengakui keris, tombak adalah seni budaya asli indonesia.

    ReplyDelete
  10. Benarkah keris taming sari itu milik hang tuah?bukankah keris taming sari Ada 5 kesemuanya?yg di Perak bukankah keris taming sari Bunga...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...saya setuju dengan pendapat saudara itu keris taming sari ada lima yang dipakai oleh waris-waris keturunan empayer islam benua siam kedah pasai ma dan ayuthia salah satu kembar keris ini ada pada sultan negara Brunai dan satu lagi di muzium prancis keris ini telah dirampas oleh thai buddah kafil dari sultan siam islam negara kedah pasai ma iaitu Syah Alam Yang DiPertuan YMM Khalifah Sharif Abu Bakar Syah...kalau nak bukti temuramah sultan brunai kerana tuanku sultan brunai merupakan juga waris-waris keturunan empayer bunua siam islam ayuthia dari waris anakda Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Sultan Muzaffar Syah III perak....?

      Delete
  11. APA pun hanya yang maha kuasa tahu kebrnarannya.. Tak kan melayu hilang di dunia..

    ReplyDelete
  12. Sy difahamkan keris taming sari mesih berada di sungai duyung melaka.keris taming sari yg ada sekarang adalah Keris taming sari yg diolah oleh hang tuah menggunakan kuasa saktinya.Kerna kuatir disalah guna, seperti hang jebat.infor dari org mistik/paranormal melaka.waallah waallam.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive