Oleh : HHalem.
1- MB Khalid Gagap akhir-akhir ini hendak
sangat berjumpa Sultan Selangor untuk “meminta nasihat” dari
Baginda Sultan mengenai isu murtad di Gereja Methodist.
2- Belum sempat berjumpa Baginda Sultan untuk
berbincang, Baginda telah berjumpa Khalid di Masjid Universiti Selangor di kampus
induk Unisel Bestari Jaya. Di sini Baginda Sultan menempelak Khalid yang
mentadbir negeri Selangor dengan kucar-kacir.
3- Dengan tempelakan ini ia sudah cukup bermakna
bahawa Khalid di pelempang kerana perkara sekecil UniSel memerlukan tunjuk ajar
Baginda kerana ia perkara lumrah disemua Universiti dimana ia tempat belajar.
Lempangan Baginda membuat Khalid terus membisu.
4- Besok atau hari ini kita akan kedengaran
Khalid seolah-oleh memberi nasihat pula kepada staff-staf UniSel seolah-olah
mereka yang membuat salah, bukannya beliau.
5- Kegemaran Khalid dan Pkr-Pas
ialah mengadakan pelbagai aktiviti atas nama amal tetapi bersalut penuh dengan
rasukan politik kepada pelajar UniSel.
6- Satu lagi kegagapan
Khalid memerintah ialah beliau ingin mendapat nasihat Baginda dari semua segi.
Bukan kah beliau diberi amanat mentadbir negeri dan penasihat Baginda, maka
beliau lah yang sepatutnya memberi nasihat kepada Baginda, bukan sebaliknya.
.......Petikan Utusan....
Khalid
Cukup Bermasalah Sekarang. Bisu Terus.
Beliau
Gagal Memberi Nasihat, Sebaliknya Meminta Nasihat
Unisel dilarang jadi pentas berpolitik
KUALA SELANGOR 8 Ogos - Sultan Selangor, Sutan
Sharafuddin Idris Shah melarang mana-mana pihak termasuk pentadbiran negeri
menjemput ahli-ahli politik untuk mengadakan ceramah atau syarahan politik di
dalam kawasan kampus Universiti Selangor (Unisel) berkuat kuasa serta-merta.
Baginda bertitah, larangan itu turut dikenakan
ke atas mana-mana pihak luar yang tidak mempunyai kaitan dengan universiti itu
bagi memastikan Unisel tidak dijadikan tempat berpolitik sehingga merosakkan
peranan, imej serta reputasi pusat pengajian tinggi itu.
"Beta tidak berkenan ada
orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan
universiti ini dijemput untuk memberi ceramah atau syarahan politik di kawasan
Universiti Selangor”
"Universiti Selangor adalah tempat
belajar, berbincang dan mengembangkan idea mengenai ilmu, membuat uji kaji
termasuk penyelidikan untuk menaikkan taraf pendidikan rakyat sekali gus
memberi kemajuan dalam industri di negeri ini," titah baginda ketika
merasmikan Masjid Universiti Selangor di kampus induk Unisel Bestari Jaya, di
sini hari ini.”
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Seri Noh Omar dan pemangku Naib Canselor Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad.
Sultan Selangor turut menitahkan semua
profesor dan pensyarah supaya menumpukan sepenuhnya kepada tugas mereka untuk
mengajar dan bukannya berpolitik di dalam kampus.
Titah baginda, tindakan mencampuradukkan
politik kepartian di dalam pengajaran tidak seharusnya harus wujud di Unisel
kerana ia hanya akan merugikan masa para pelajar memperolehi kejayaan untuk
masa depan mereka.
"Amatlah merugikan sekiranya
seseorang pelajar itu membuang masa berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh
perhatian terhadap akademik. Sesungguhnya masa itu adalah emas," titah
baginda.
Baginda turut menyatakan tindakan
mencampuradukkan politik dengan pelajaran akademik, ia berkemungkinan
menyebabkan ada pihak-pihak tertentu khususnya ibu bapa yang tidak gemar akan
keadaan sedemikian.
Kesannya titah baginda, akan menyebabkan ada
ibu-bapa tidak akan menghantar anak-anak mereka ke universiti ini untuk
melanjutkan pelajaran mereka.
"Sekiranya ini berlaku, ia akan
menjadi satu kerugian kepada universiti ini dan juga kawasan Bestari Jaya
kerana industri sokongan tidak dapat berkembang dan dikhuatiri universiti ini
akan menjadi projek 'gajah putih'.
"Untuk makluman semua, beta telah
menerima aduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di
kampus Unisel ini. Beta tidak mahu perkara ini berterusan kerana jika Unisel
ini tidak berjaya, ia akan merugikan kewangan kerajaan negeri Selangor,"
titah baginda.
Malah, baginda turut berpesan kepada seluruh
warga Unisel agar sentiasa memanfaatkan serta memartabatkan ilmu pengetahuan
agar ia terus berkembang selari dengan peredaran masa.
"Beta telah dimaklumkan terdapat
pergolakan di dalam pengurusan Unisel. Janganlah kita asyik leka dengan
perkara-perkara yang tidak memberi faedah, melalaikan serta merugikan diri
sendiri kerana ia akan melambatkan usaha kita untuk mencapai kemajuan yang
diidamkan agar lebih maju dan berteknologi canggih," titah baginda.
Minggu lalu, Unisel telah mencetuskan
kontroversi apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib
Canselor Unisel dengan notis 24 jam berkuat kuasa kelmarin dipercayai akibat
tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
Salam Pagi Selasa Tuan Hhalem,
ReplyDeleteTerima Kasih kerana memberi sedikit ruang untuk saya berhujah.
1. Sejak bila Khalid Gagap bersuara dari mulutnya sendiri ? Bukankah dia hanya Burung Abang Tua (Kakak Tua)yang menjadi perantaraan mulut-mulut busuk bayangan Dapig yang di kelilingi oleh Lim Kit Malam, Karpala Sing, Takrasa Cock, Elli Ketiak Wong, Ronnie Liu Rumah Urut, Hannah Ting dan seankatan dengannya.
Beliau ialah Menteri Besar Burung Kakak Tua yang terbesar di dunia. Sememangnya dia bisu dari peringkat awal lagi.
2. Kemelut politik sebegini rupa untuk UNISEL sememamgnya tidak sihat malah akan menurunkan nilai kredibiliti majikan untuk mengambil bekas Mahasiswa Unisel kerana akan di labelkan Universiti Politik untuk Pakatan Haram.
Namun bukan semua mahasiswa disitu adalah berpaksikan kepada Pakatan Haram.
Ini dapat di lihat dengan setengah Syarikat ( bukan semua ) tidak mahu mengambil lulusan dari Unversiti tertentu atau Kolej-kolej yang mempunyai masalah disiplin.
Dalam konteks ini bukan Mahasiswa yang bermasalah tetapi campur-tangan politik yang mencemarkan nama baik sesebuah Institusi Pengajian.
UNISEL juga merupakan satu-satunya Institusi pengajian Tinggi yang menawarkan Masters dalam Bidang Kerajaan Tempatan, yang pada hemat saya adalah yang terbaik untuk memastikan Pengurusan Kerajaan Tempatan @ MBSA , MPPJ , MBK suatu masa nanti ramai graduan akan berkhidmat disini seterusnya menaikan kualiti kerja sebagai Karajaan tempatan.
Malangnya di bawah kerajaan Pakatan Haram dengan tertubuhnya MPP Zone tidak berapa kesan jelas terhadap Kebersihan kawasan sekeliling.
Lihat akan peratusan Demam Denggi di Selangor.
3. Agenda yang mahu digunakan ialah untuk mengembangkan ideologi Anuwar secara halus kepada Mahasiswa Unisel demi kepentingan Politik gagap.
Jika ada pihak yang berminat untuk buat sedikit CSI dalam kampus maka akan termuntah segala nanah jijik, bisul dan darah kotoran agenda jijik Pakatan haram secara halus.
ARK2
Ni la jadi Selangor dapat menteri Besar gagap Nasib kau la Labu.
ReplyDeleteMenarik...Full of suprises.:-)
ReplyDeleteBahasaAkuMudah:-)