Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

06/10/2011

Hudud: Mufti Perak Bersuara Akhirnya.


Oleh: HHalem.

1- Pandangan terkini Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak, bahawa Putrajaya patut membenarkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai percubaan atau uji-kaji.

“Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia..saya setuju dan sokong cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap,  lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah”

“Benarkan Kelantan laksanakan hudud,  hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi.. benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai ” 
- Tuan Mufti dipetik MInsider>

Tuan Mufti kita harus sedar bahawa apabila sahaja disebut ‘percubaan dan ujikaji’ bermakna ia bersinambungan dengan perkataan ‘gagal percubaan dan gagal ujikaji’. Sudah tentu kita tidak mahu hukum Allah ini gagal dimata umum dan pandangan negatif terhadap Islam kemudiannya.

Tuan Mufti sepatutnya sedia maklum bahawa perangai buruk dan seburuk-buruknya pemimpin Pas ialah berpusing-pusing dan berputar-putar apabila mereka gagal. Orang pertama yang akan dipersalahkan ialah Umno-BN, walaupun ia gagal di negeri Kelantan sendiri.

Lihat sahaja kegagalan mereka menandatangani isu ini diperingkat Pakatan semasa Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan (MPP). DAP yang tidak setuju, tetapi Umno yang dipersalahkan.

“Percubaan dan ujikaji’ pertama pihak PAS mengharungi bukan-Islam pun sudah gagal, termasuk MPP DAP dan Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Ini baru ujikaji pertama telah gagal, macam mana nak lulus ujikaji kedua berikutnya untuk mengharungi Perlembagaan dan Putrajaya. Jikalau sudah gagal ujikaji pertama dengan DAP, ingat boleh free-free dan percuma nak buat ujian berikutnya. Mana ada law, Tuan Mufti.

Tuan Mufti minta PAS balik study, buat homework kemudian ulang semula ujian percubaan pertama dengan DAP. Taruh DAP kaw-kaw, baru lah lulus ujian. Semasa bergelut dengan member sebantal DAP, tak payah pandang Umno untuk minta bantuan. Jangan marah Umno kerana tidak menolong. Umno boleh bantu, tapi kenalah jadi member sebantal BN dahulu.

2- Ini baru bab ujikaji dan percubaan. Tuan Mufti pun setuju dengan satu lagi kaedah percubaan dan ujikaji, iaitu bukan-Islam tidak termasuk dalam hukuman hudud.

“Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara,  jual dadah juga sama,  tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali.. Islam laksana hudud saya setuju”

“Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam ”

Tapi awas sebab didalam borang kesalahan perlu dicatit agama/bangsa untuk membezakan China/India. Jadi bagaimana dengan perancangan untuk menghapuskan bangsa/agama didalam semua borang-borang kerajaan dan KP.  Marah pulak si DAP itu nanti. Ujian dan percubaan lagi.

Hukum Hudud untuk seluruh Kelantan.
Hukuman Hudud untuk orang Islam Kelantan sahaja.

Jikalau hendak tipu China/India pun boleh juga. Sekarang hudud bukan untuk non-Muslim, tetapi setelah lulus, perlahan-lahan kita rangkumi untuk semua. Ini tipu sunat namanya, untuk berjihat.
  
Walaumacam mana pun, PAS mesti lulus ujian percubaan pertama dahulu dengan DAP, barulah kita cerita ujian berikutnya. Iaitu mengharungi persedian prosedur dan Perlembagaan, kesan sosiopolitikal.

Tuan Mufti jangan lompat-lompat ujian dan percubaan, harungi satu persatu. Mungkin 50 tahun lagi baru lulus kot.

Isya’allah, 
Hukum dan Hukuman Hudud 
akan terlaksana jua akhirnya.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

8 comments:

  1. apa la nk pening2 kepala tolak tarik pasal hudud. kerajaan pusat wajib, saya ulangi wajib benarkan hudud dilaksanakan di kelantan. biar kerajan kelantan laksanakan dahulu, lihat perkembangan. biar kelantan selesaikan permasalahan teknikal tentang undang2 tersebut. jgn bising pasal perlembagaan. ISA boleh hapus, buang daerah boleh hapus, apa pasal kerajaan kelantan tak boleh laksanakan hudud? kerajaan persekutuan beri saja kpd kelantan kebenaran tersebut. dah berkurun pas kelantan salahkan kerajaan pusat pasal tak boleh laksanakan hudud. so, biarkan kelantan buat. kepala tak sakit, betul tak? kat akhirat esokpun tak parah nk menjawab....

    ReplyDelete
  2. Tarbiyah rakyat fasal Aqidah dulu, dah mantap aqidah automatik Hudud terlaksana.

    Kenapa PAS gagal sampai hari ini untuk tarbiah rakyat? Jawapannya saya pun tak tahu, mungkin Nak sangat kejar Putrajaya daripada Laksana Hudud.

    Karpal Singh sokong Negara Islam yang Mahathir katakan dulu pun kecoh-kecoh, Karpal sokong Islam sebab PAS la wei! Last-last Hudud tak akan dilaksana sebab terikat perjanjian syaitan (Bersama Pakatan Rakyat).

    PAS tak boleh bersama-sama PR kerana mereka penghalang Utama Hudud yang PAS nak laksanakan, Sekarang untuk laksanakan Hudud, PAS patut keluar Pakatan Rakyat!

    ReplyDelete
  3. Pas kelantan berjaya menanamkan keyakinan orang kelantan pada Al-quran dan Sunnah...Orang kelantan tidak terlalu taksub dengan pembangunan Meterial...Apa yang tidak dijanjikan oleh BN Amneno..Macam2...Tp kenapa majoriti masih pilih Pas...Jawapannya, orang yakin pada pimpinan Pas, yakin pada perjuangn Islam yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah...Pas kelantan berjaya selamatkan akidah Umut Islam kelantan daripada terposong....Contoh..Rezeki, makan minum, pakai bukan UMNo BN yang tentukan....Rezeki dari Alllah...Penghianatan pada Melayu Islam kelantan jelas dilakukan oleh UMNO kelantan...Apa lagi yang hendak disembunyikan...dana pusat untuk kelantan di sekat oleh UMNO kelantan sendiri...Rakyak kelanytan memang bijak berpolitik...bagi apa saja...ambil...undi tetap undi PAS...Selamat berjuang buat sahabat2 diperantauan bila tiupan PRU dibunyikan...

    ReplyDelete
  4. H halim satu penulisan yg amat negatif. HUDUD bukannya hak PAS atau UMNO tetapi ianya adalah hak ALLAH yg wajib dilaksanakan.Tuan Mufti teruskan perjuangan yg belum dan wajib diselesaiaikan, sebagai seorang ISLAM kita sekurang kurangnya berdoa agar ianya akan dilaksanakan insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Eluk sokong cadangan Mufti sebab PAS berkeras nak laksanakan Hudud di Kelantan. Mufti Perak pasti sudah memikirkan masalah itu sebelum buat kenyataan. Jika Hudud tidak di benarkan yang disalahkan UMNO. Tetapi mesti buat perjanjian jika PAS gagal laksanakan dengan adil jangan salahkan pihak lain. Kita akan lihat penerimaan rakyat Kelantan dahulu. Bila PAS dibenarkan laksana Hudud akan terserlah nanti sikap DAP yang berkeras menetang Hudud. Adakah DAP akan bergabung dengan PAS selepas Hudud dilaksanakan di Kelantan?. Reaksi pemimpin PAS sendiri bukan semuanya sokong Hudud dilaksanakan.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Tuan HH. Kita bukan menolak hudud untuk dilaksanakan tetapi pastikan apabila dilaksanakan nanti ianya tidak diperlekeh oleh bukan Islam. Hukum Allah adalah sempurna, ia bukannya untuk ujikaji. Banyak lagi homework yang perlu PAS buat sebelum ia boleh terlaksana.

    ReplyDelete
  7. ..Penganut Islam yg sedar mereka beragama Islam tidak akan menolak undang2 hudud. Yang menjadi pokok persoalan sekarang ialah ttng tatacara perlaksanaan hudud. Adakah enakmen jenayah itu telah digubal dgn sebaik2nya oleh yg ahli dalam bidangnya, adil dan saksama serta mengambil kira persekitaran masa kini dan tempat. Kemudian barulah dilaksanakan.

    Undang2 hudud ini berkaitan dgn Islam, ia bukan satu tiori yg perlu dilaksana dulu sebagai satu bahan ujikaji untuk kesesuaian disesuatu tempat. Jangan pula setelah ada rakyat yg telah kena hukuman potong tangan atau direjam kerana berpandukan tatacara yg tidak betul baru hendak dibuat kajian semula. Kalau perkara seperti ini berlaku, Islam akan mendapat mana busuk dan dihina. Orang politik akan lepas tangan dan sekali mungkin UMNO pula akan dipersalahkan.

    Kalau rasa sudah betul2 bersedia hendak laksanakan hudud..teruskan. Bukan untuk Kelantan sahaja tetapi seluruh Malaysia.

    PAS for all, HUDUD for all..bukan..PAS for all, HUDUD for Kelantan.

    ReplyDelete
  8. memang bagus kalau hukum hudud dilaksanakan kat kelantan ,seolok elok nya disegerakan,sebab nya dikelantan le yg banyak buat maksiat.so kita nak tengok cam maner kalau mencuri potong tangan berzina kena sula.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive