Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

11/11/2011

Wang Ihsan Minyak: Khidmat Nasihat Orang Mati Pula Di Gunakan Untuk Menghantui Najib.


Oleh: HHalem.

1- Semalam kita lihat bagaimana Husam Musa tidak teragak-agak menggunakan nama Baginda Sultan Kelantan untuk kepentingan politik Pas untuk terus kekal memerintah Kelantan selepas PRU 13 nanti. Baginda akan dipandang serong jika Kelantan gagal mendapat ‘Royalti’ minyak yang di tuntut dari Pusat. Di sini >

2- Hari ini kita lihat Husam Musa mempergunakan pula nama Allahyarham Tun Abdul Razak untuk mendapatkan ‘royalti’ minyak dari DS Najib.


Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa mereka cipta perkataan   ‘Amanat Tun Abdul Razak’ untuk diserahkan kepada wakil DS Najib, DS Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Bermakna disini sudah ada 3 bahan utama untuk dijadikan modal bohong kempen PRU13 untuk dikitarsemula kepada rakyat Kelantan sebagai pemancing undi. Kesemuanya menjurus kepada kesalahan orang lain iaitu kerajaan pusat. Setiap kali pilihanraya, ini sahaja modal yang ada.

Pertama sekali ialah Jawatankuasa Teknikal Hudud selepas 22 tahun berdetum-detam bermesyuarat akhirnya menghantar surat kepada DS Najib untuk perjumpaan.

Keduanya, Jawatankuasa Tuntutan Royalti menghantar ayat ucapan allahyarham Tun Razak kepada DS Najib dan mempertaruhkan nama Baginda Sultan Kelantan setelah 36 tahun gagal. Tujuan utama ialah supaya Najib tidak tidur lena, mengigau malam-malam dan perasaan bersalah menghantui beliau.

Ketiga ialah isu air bersih selepas 17 tahun dan ia masih lagi didalam proses untuk menyalahkan orang lain.

Perhatikan betul-betul, kesemua bola-bola telah ditendang ke kaki DS Najib untuk dipersalahkan. Hanya ahli-ahli Pas yang celik sahaja yang dapat melihat dan membezakan tipu muslihat pemimpin Pas setiap kali menjelang pilihanraya.


3- Berbalik kepada isu minyak, Pas telah gagal dari segi perundangan untuk merungkai perjanjian kontrak di antara Petronas kerana mereka rata-ratanya tiada kepakaran langsung didalam pentadbiran.

Sebelum ini, Ku Li yang beriya-iya benar hendak menolong Pas pun telah gagal. Ku Li pernah dengan bangganya menyatakan perjanjian di draf semasa beliau memerintah, maka beliau lebih arif dan tahu, tetapi sekarang diam membisu. Pada hal nya beliau lah yang menjerat leher orang-orang Kelantan sendiri.

Oleh kerana itu Pas terpaksa pula mencari jalan alternatif lain dengan menggunakan khidmat nasihat orang yang telah mati, seperti yang dilapurkan oleh lidah mereka.

'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,". Harakah>

Yang menjadi pertikaian sekarang ialah istilah ‘5% daripada nilai petroleum’ dan tidak disebut langsung istilah ‘royalti’ didalam perjanjian 1975 diantara Petronas dan kerajaan negeri. Maka lahirlah pula istilah ‘wang ihsan’ diluar kontrak sebagai ganti istilah ‘royalti’.

Kemudian istilah ‘onshore’ dan ‘offshore’ sejauh 3 batu nautika mile yang termaktub didalam perjanjian yang mengelirukan.

Perjanjian ini semuanya dibuat dengan pengetahuan Ku Li dan beliau sepatutnya di hamput dan dikejar beramai-ramai keluar dari Kelantan.

Ku Li patut disembelih hidup-hidup oleh rakyat Kelantan kerana beliau lah yang telah menginayai rakyat Kelantan selama ini dengan perjanjian-mati yang dibuat beliau ketika memerintah Petronas. Ku Li penderhaka dan pembelot kepada rakyat Kelantan.

Jadi sekarang apa lagi option yang ada pada PAS?
Khidmat nasihat Jin, Iblis, Syaitan telah Pok Nick gunakan.
Khidmat nasihat penipu Ku Li telah digunakan.
Khidmat orang mati telah digunakan.

Macam mana pula khidmat pakar segala pakar perundangan Aziz Bari? Beliau tentu mempunyai segala aneka pakar dibelakang beliau. 

Secara logiknya jika khidmat pakar peguam termahal dan terbaik sekali didunia digunakan, tentu dapat merungkaikan loop-hole didalam perjanjian kontrak dengan Petronas, itu pun jika ada. Kenapa menunggu berpuluh tahun dan guna khidmat orang yang telah mati sebelum PRU13.

Nampak benar PAS main-main dan tidak tahu langsung urus tadbir memerintah Kelantan. Ini juga menunjukan mereka tidak langsung berhak menerima 'royalti' secara kontrak atas perjanjian dengan Petronas yang ada sekarang. Pas hanya mengharap belas ehsan secara moral kemanusian dari kerajaan pusat. Didalam dunia sekarang mana ada perjanjian belas kasihan. PAS harus sedar, mereka tidak mampu langsung mentadbir Putrajaya.  

Kita tunggu sahaja apa pula jawapan DS Nazri Aziz dan kita lihat adakah ia akan berbeza dengan jawapan beliau pada tahun 17 November 2009.

Sebagai bacaan tambahan, ikuti jawapan Nazri pada 2009 yang dipetik Bernama.

...................................................
...Bernama 17 November 2009...

Kerajaan Persekutuan bersedia sekiranya kerajaan Kelantan ingin membawa isu pertikaian wang ihsan petroleum ke mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Sekiranya kerajaan negeri Kelantan bawa pertikaian ini ke mahkamah, kita terbuka, saya tidak akan berganjak,"

katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tetap mempertahankan bahawa dari segi perundangan, Kelantan tiada hak untuk menuntut royalti minyak kerana tiada pengeluaran petroleum dari perairan negeri itu dalam tiga batu nautika dari tikas air surut atau pesisir.

"Berdasarkan takrif perairan negara, tiada petroleum yang diusahakan dari perairan negeri Kelantan, oleh itu tiada asas perundangan untuk bayaran royalti kepada Kelantan”

"Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) memberi keistimewaan eksklusif kepada Petronas untuk mencari gali dan mengusaha hasil petroleum sama ada di 'offshore' atau 'onshore' negeri”

"Sebagai balasan, Petronas hendaklah membayar kepada kerajaan negeri yang berkaitan bayaran tunai yang dipersetujui di antara pihak berkaitan," katanya.

Beliau berkata, perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri yang dibuat pada 1975 menyebut mengenai bayaran tunai lima peratus daripada nilai petroleum yang dicari gali dan diusahakan dalam negeri Kelantan.

"Itu sebabnya kita tidak sebut royalti kerana tiada hak, kalau janji lima peratus maka lima peratus juga kita akan beri. Kalau minyak diperolehi luar dari kawasan tiga batu nautika itu hak Malaysia dan hak kita untuk beri atau tidak”

"Tetapi kita sudah pegang pada perjanjian Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein iaitu kita beri, maka kita beri," katanya.

Sesi penggulungan itu kemudian kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangun mengatakan ketidakpuasan hati mereka mengenai pemberian wang ihsan itu yang sepatutnya menjadi royalti kepada Kelantan.

Mohamed Nazri juga turut diserang bertubi-tubi apabila ramai ahli pembangkang bangun serentak mempersoalkan bagaimana wang itu diagihkan sehingga menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka semua duduk dan bertenang.

Mohamed Nazri berkata, beliau bersedia untuk berdebat dengan mana-mana ahli pembangkang termasuk Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) mengenai pertikaian isu itu.

Sementara itu di lobi Parlimen, Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas berkata beliau akan berbincang di peringkat parti dan kerajaan negeri Kelantan sama ada debat terbuka bersama Mohamed Nazri itu akan diadakan di Kelantan atau di ibu negara.

"Saya telah memberikan cabaran kepada Mohamed Nazri untuk mengadakan satu debat terbuka mengenai isu royalti petroleum ini. Jadi saya mengharapkan beliau akan berpegang kepada janjinya untuk hadir dan mengadakan perdebatan terbuka ini tentang isu pembayaran royalti ini”


Comments / Pandangan Melalui Facebook

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive