Oleh: HHalem.
Padri Kristian Rev Hong Eng
Pencetus "Article 153 Sebagai BULI".
1- Maka hari ini kita lihat perancangan Anwar-Aziz Bari sedang didalam proses peringkat awalan dan akan membesar menjadi isu perkauman, setelah Rev. Dr Eu Hong Eng, seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF), mengkritik Article 153 sebagai ‘membuli’ bangsa-bangsa lain.
Jika pembaca peka, kita akan sedar bahawa perkataan “membuli” langsung tidak ditulis oleh Malaysian Insider dan Aziz Bari semasa mengkritk Perkasa, yang bertujuan melindung fakta dan berat sebelah.
Perkasa semalam mengkritik Rev Hong Eng kerana bermain api dan cuba menyentuh isu perkauman, di sini >
Seperti yang umum jangkakan, Aziz Bari diberi tugas-tugas khas oleh Anwar untuk memerangi isu-isu yang menyentuh hal-hal Perlembagaan yang bertujuan utama untuk menghurukan perpaduan kaum.
Kristian Reverand Hong mula mencetuskan isu apabila beliau mula berkata;
“When we talk of rights of only one group, if I may suggest, that is bullying ”
– Rev Hong Eng.
– Rev Hong Eng.
Sebelum ini, terutama semasa zaman Tun Mahathir, perkara sebegini dipanggil rasis, apabila orang Melayu bercakap mengenai hak-hak perlindungan orang Melayu di Tanah Melayu sendiri. Tetapi apabila MIC, MCA, DAP dan Hindraf bercakap pasal hak-hak mereka di Tanah Melayu, mereka akan digelar sebagai penjuang bangsa.
Semalam perkataan rasis diberi nafas baru dengan istilah, iaitu Perlembagaan Art 153 sebagai ‘membuli’ kaum-kaum lain oleh orang-orang Melayu.
Mari kita lihat apakata Aziz Bari apabila timbul perkataan ‘Perlembagaan’.
(biodata: bekas Pensyarah yang diterajang dari UIA),
(biodata: bekas Pensyarah yang diterajang dari UIA),
2- Yang membengkakkan hati ialah apabila kritikan dari pihak Kristian Rev Hong Eng mendapat pembelaan oleh Aziz Bari yang baru sahaja disingkir dari Universiti Islam Antarabangsa secara terhormat.
Aziz Bari membidas Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, yang sebelum ini menyelar tindakan Eu yang mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat sempena sambutan perayaan Krismas.
"Jadi ia agak tidak betul untuk Perkasa mengeluarkan cabaran dan membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana paderi itu tidak mempersoalkan dasar atau apa-apa yang berkaitan dengan Artikel 153, beliau hanya mengeluarkan pendapat tentang bagaimana artikel itu dilaksanakan. Ia boleh diterima, tiada unsur hasutan tentang perkara itu” – Aziz Bari dipetik dari MInsider.
Jika benar Perkasa membangkitkan peristiwa 13 Mei, maka ia adalah bertepatan, kerana ia sebagai peringatan kepada jenerasi sekarang yang tidak tahu langsung zaman ‘muhibbah’ dan mengeluarkan kenyataan berbau hasutan menentang Perlembagaan.
Setiap perkara permusuhan itu bermula dengan ‘pendapat dan pandangan’, kemudian ia akan menjurus kepada kritikan dan menyoal perkara-perkara yang sensitif yang tidak sepatutnya disentuh samasekali, seperti Hak Raja-Raja dan Perlembagaan. Dari pendapat, kritikan dan menyoal, ia akan naik menjadi hasutan apabila ia tidak dikawal.
Manusia biasa yang waras akan dapat membezakan perkataan ‘buli’, iaitu sebagai perkataan bermaksud 'tuduhan liar dan tidak berasas'. Hanya Aziz Bari seorang sahaja yang katagorikan perkataan ‘buli’ tersebut sebagai ‘pendapat dan pandangan’.
Aziz Bari lupa daratan dan lupa dengan rekod beliau yang menyentuh perkara sensitif sehingga menyebabkan beliau di ‘terajang keluar’ dari UIA. Ia bermula dengan kononnya ‘pendapat komen akademik’ terhadap Baginda Sultan Selangor. Perkara tersebut baru sahaja terjadi dan kenapa Aziz Bari begitu buta hati sekali.
Didalam kes ini ia dilihat bukan sebagai “pandangan dan pendapat” tetapi kritikan pedas yang datang dari pihak tertinggi Kristian Rev Hong Eng. Ia bukan datang dari Apek Tong Geng tepi jalan atau blogger jalanan.
Untuk mudah difahami oleh Aziz Bari dan yang seangkatan dengan beliau, cuba bayangkan Perdana Menteri atau Baginga Sultan meludah ditepi jalan. Keesokan harinya ia akan menjadi isu negara. Jika kita meludah satu baldi sekali pun ditepi jalan, mungkin tiada siapa yang peduli. Itu lah bezanya ‘orang-biasa’ dan ‘public-figure’ yang mengeluarkan isu sensitif.
Aziz Bari Matang Berhujah Dan Menghasut.
3- Fikiran Aziz Bari masih lagi berbau Anwar apabila beliau berhujah bahawa;
"Semasa kita memasuki kemerdekaan negara yang ke-55, kita seharusnya matang untuk berhujah dan mengemukakan pandangan-pandangan, malah segala apa yang berlaku dan isu seperti ini memberi kesan kepada negara. Kita mesti ingat bahawa dasar-dasar dan peruntukan di bawah Artikel 153 dibiayai , sesuatu yang memberikan kita semua hak untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku," .
Memberi hujah dan mengeluarkan pandangan pada perkara yang sensitif dan berbentuk politik adalah berbeza sekali dengan tajuk-tajuk hujah berbentuk ilmiah dan diatas platform yang bersesuian. Tidak lupa pula ia mestlah datang dari pihak yang tidak sensitif seperti pemimpin Kristian, China atau India, yang jelas bertujuan mempertikaian hak-hak Melayu lain dan kuasa Raja-raja Melayu.
Hujahan dan pandangan segelintir pemimpin hanyalah berniat meniup sentimen dan persepsi negative terhadap apa yang ada sekarang.
Jika Aziz Bari berkata Kristian mempunyai hak memberi komen dan mengunakan perkataan ‘buli’ atas dasar Artikel 153, maka Perkasa juga mempunyai hak dibawah Artikel 153 untuk menghentam Rev Hong Eng yang mewakili Kristian sebagai ‘pencetus permusuhan kaum’.
Jadi apa yang Aziz Bari sebuk-sebuk sangat. Cukup jelas ia menampakan kebengapan Aziz Bari didalam hal ini.
Jika setiap rakyat mempunyai hak atas dasar Article 153, maka kerajaan dan polis juga ada hak untuk menyiasat dan menangkap Aziz Bari dan memenjarakan beliau atas dasar keamanan. Ia adalah hak kerajaan yang memerintah, semua atas dasar Perlembagaan dan undang-undang yang diperuntukan.
Ingat ! Apabila Aziz Bari ditangkap, itu adalah hak kerajaan menjaga keamanan kaum.
Note :
Harus di ingat ini adalah motof, misi dan vision Aziz Bari bagi pihak Anwar untuk menarik golongan Kristian kedalam DAP untuk terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakayat menjelang PRU13. Ia sebagai serampang dua mata Anwar. Itu adalah tugas sebenar Aziz Bari.
Wahai saudara seislam ku semua..
ReplyDeleteWalau apa pun cabaran dan rintangan yang diberikan oleh pengkhianat agama dan bangsa melayu nsekarang hendaklah kita bersabar dan banyak mengingati Allah.
Insya Allah, DIA menpunyai perancangan yang cukup hebat untuk golongan ini.
Bersabarlah dan banyak2 berdoa untuk mengukuhkan kembali agama Allah.
Kita akan tuntut semuanya di hadapan Allah nanti.
Kalau agama allah dipijak oleh orang islam sendiri tunggulah balasan dari Allah.
Kemenangan bagi mereka yang Benar. InsyaAllah...Allahhuakbar