Oleh: HHalem.
1- Sempena hari kelahiran Ayahanda Tun Mahathir semalam pada 20 December, Tun telah menjawap dengan perinci mengenai tipu muslihat Anwar yang cuba bermati-matian dan berhempas pulas untuk spinning isu bahawa kononnya Tun yang menulis surat merayu dan meminta bantuan Bank Dunia semasa krisis matawang dunia melanda Malaysia pada 1997-1998.
2- Sebelum ini, Anwar cuba membuang stigma bahawa beliau sebagai “Agen Yahudi & Amerika” yang cuba merosak ekonomi negara dengan bantuan sekutu beliau George Soros untuk mengambilalih ekonomi Malaysia dan memburukan Tun. Untuk itu Anwar berhempas pulas menafikannya sempena menjelang PRU13 nanti. Bukti bohong Anwar di sini >.
Tun kerana dipihak yang benar terus menjawap apabila ditanya mengenainya bahawa tuduhan Anwar adalah satu pembohongan dan Tun mengajak Anwar bersumpah didalam Masjid dan meminta tunjukan bukti yang sahih dari Anwar.
"Saya minta dia (Anwar) tunjukan surat itu kalau dia ada, saya yang menolak Bank Dunia...Bank Dunia nak sangat bagi kepada kita...kalau mereka beri kepada kita maka kita akan menjadi hamba kepada mereka"
"Suruh Datuk Seri Anwar bersumpah dalam masjid dan junjung Al Quran , saya pun sanggup junjung Al Quran dalam masjid bersama-sama dengannnya"
– Herdik Tun kepada Anwar dan videonya di sini>
3- Tidak puas hati, Anwar melalui budak-budak ingus PKR telah merekacipta cerita dan terus memutar kitar yang kononnya mereka ada 3 dokumen sahih mengenai tuduhan Anwar itu. Ikuti gempaq budak-budak PKR di sini > dan putar-kitar lidah rasmi PKR di sini >
“Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya" – jawapan ringkas Tun secara logikanya.
4- Kita ikuti jawapan bertulis Tun Mahathir didalam blog semalam 20 December bersempena tarikh lahir beliau.
....start..Jawapan bertulis Tun terhadap tohmahan Anwar dari CheDet......
1. Tuduhan bahawa saya menulis kepada Bank Dunia meminta pinjaman adalah tidak berasas. Tetapi Malaysia telah meminjam 'project loan' dari Bank Dunia sejak 1958.
2. Rundingan terakhir untuk pinjaman yang dibuat pada tahun 1997. Ini adalah untuk projek-projek berikut:
a) Sektor Pendidikan USD244 juta
b) Sektor Sosial USD60 juta
c) Sektor Teknikal USD100 juta
3. Krisis mata wang juga bermula pada tahun 1997. Seperti kebiasaannya, pinjaman tidak diluluskan sehingga 1999 setelah krisis tamat. Urutan biasa untuk permohonan pinjaman yang dibuat, diikuti dengan rundingan. Kelulusan akan diberikan oleh pihak bank kemudian.
4. Bank Dunia mahu Malaysia meminta pinjaman bagi menyelesaikan krisis seperti negara-negara lain yang terjejas oleh perdagangan mata wang. Memang diketahui Malaysia enggan untuk mendapatkan bantuan IMF atau Bank Dunia kerana. Sebaliknya, pada tahun 1998 Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang Malaysia yang membantu pemulihan ekonomi.
5. Pada bulan Jun 1998 (sebelum kawalan mata wang dan Anwar masih Menteri Kewangan) pinjaman bagi USD 300 juta telah ditandatangani dengan Bank Dunia untuk;
a) Kumpulan Wang Program Makanan
b) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi
c) Program Mikro Kredit
6. Pada 31 Mac 1999 pinjaman sebanyak USD 100 juta telah ditandatangani bagi Bantuan Teknikal dan untuk mengatasi masalah Y2K. Walau bagaimanapun, pinjaman ini telah dihentikan selepas dikeluarkan sebanyak USD 11,94 juta.
7. Daripada USD 244 juta Projek Pendidikan yang telah diluluskan pada bulan Mac 1999, pembayaran telah diperintahkan supaya berhenti selepas USD 216.7 telah dikeluarkan.
8. Pinjaman Sektor Sosial USD 60 juta, yang diluluskan pada bulan Mac 1999, hanya USD 600,000 telah dikeluarkan sebelum ia berhenti.
9. Oleh kerana seluruh dunia tahu Anwar seperti laporan di dalam akhbar dan majalah asing berhasrat melaksanakan dasar IMF tanpa pinjaman IMF. Beliau menaikkan kadar faedah, mengurangkan tempoh untuk mengisytiharkan pinjaman tidak berbayar dari 6 bulan hingga 3 bulan, peruntukan bajet dikurangkan kepada kementerian untuk mencapai lebihan belanjawan dan sebagainya.
10. Walaupun beliau tidak menentang (dasar) kawalan mata wang, Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang dilantik olehnya enggan untuk melaksanakan dasar dan meletak jawatan. Tan Sri Zeti kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.
11. Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia berhenti berunding mengeluarkan pinjaman dengan Bank Dunia pada tahun 1997 dan Jun 1998. Ini tidak menghalang Malaysia pulih daripada krisis.
12. Saya tidak pernah menulis surat atau secara permintaan lisan untuk memohon pinjaman dari Bank Dunia. Jika Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa saya telah lakukan, maka hendaklah dia (tunjukkan bukti itu). Gagal (berbuat demikian) dia perlu bersumpah Al-Quran di dalam masjid bahawa dia tahu apa yang dikatakannya itu adalah tidak benar. Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman dari Bank Dunia.
....tamat..terjemahan oleh AgendaDaily dari CheDet >.
Di bawah diperturunkan satu sample surat yang diselongkar dari website World Bank.
Surat World Bank kepada Anwar pada tahun 28 Oktober 1992.
Surat World Bank kepada Anwar pada tahun 28 Oktober 1992.
Ia membuktikan kata-kata Tun bahawa pinjaman dari World Bank adalah proses berterusan semenjak 1958 untuk ‘projek loan’ dan ia amat berbeza sekali dengan ‘package ransangan ekonomi yang disediakan oleh IMF’ yang diterima Anwar dan ditolak oleh Tun.
HEHEHE lepas ni pkr akan kata hhalem telah hack ke dalam server world bank dan tambah nama anuar hahahaha....
ReplyDeleteintergriti<<<<pkr paham ke maksud ni????
cakap lain buat lain tulis dalam buku jinggay lain
seriusly this is the kind of people u want to elected...
salam HHalem - Satu lagi artikel BERNAS dari Tuan !
ReplyDeleteTQ Tuan Din:-)
ReplyDeleteApabila ia datang dari Tuan, maka ia akan cukup bermakna:-)
bila mahathir balun mak hang maka hang dengan senang hati panggil mahathir "ayahnda". Katalah Anuar ibrahim yang buat pinjaman itu pada 1997 seperti kata mahathir. Tahun 1999 baru lulus. Sepanjang tempuh itu mahathir tidoq ke atau seluruh kabinet laloq kerana tidak cuba membatalkan pinjaman itu kalau betul mahathir tidak setuju dengan nya. Dengan membiarkan sahaja pinjaman itu di proses samalah dengan mempersetujuinya. Bukan begitu?. Biasa lah begitu alasan politician licik seperti mahathir. Guna akal sikit bila berfikir. jangan guna lutut. Dia tak setuju tapi dia biarkan sahaja permohonan yang di buat anuar sejak 1997. Kenapa dia tak halang anuar pada 1997 dan kenapa dia tak batalkan hingga pinjaman itu lulus pulak pada 1998 dan 1999. 2x5 dengan 5x2 jawab nya sama 10 bang. hanya mungkin umno boleh beri alasan jawab nya 12 dan ia di katakan yang paling betul.
ReplyDeleteDear Anonymous 21/12/2011 17:38;
ReplyDeleteadakah tugas Tun M menjadi pengasuh sepanjang masa kepada anwar sedangkan anwar dipertanggungjawabkan ke atas prestasi kewangan negara? jangan lupa, pada ketika itu Tun M sangat berharap dan menghargai anwar malahan ummi hafilda itu tidak dipandang langsung oleh Tun M sehinggalah diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk menyelami sesumpah yang bernama anwar.
pada masa itu juga saya masih ingat betapa Tun M benar2 mempertahankan anwar! sering keluar dalam paper dan media perdana... alhamdulillah ianya berjaya dikekang sebelum menjadi barah tahap akhir!
dan jangan lupa juga, bukan semudah itu anwar boleh memainkan jarum2 emasnya, segalanya hanya terbongkar menjelang era kemelesetan ekonomi asia pada 1997/1998, dan Tun telah bertindak membatalkan pinjaman yang dibuat oleh Anwar (walaupun agak terlambat)...
dan satu soalan bonus untuk anda, Tun M adalah seorang pemimpin yang langsung tidak mempunyai waktu terluang, jadual pergerakan yang amat ketat... adakah anwar ada MENECOP didahinya PROKSI SOROS agar Tun M mudah menghidu agendanya?
Saya hanya menyebutkan kalau Anwar membuat pinjaman ke Bank Dunia pada 1997 sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan; tak kan urusan negara begitu tidak di bawa ke Kabinet. Makna nya kalau permohonan itu berjalan juga dengan persetujuan kabinet itu tanggungjawab kabinet yang diketuai Mahathir lah yang mempersetujuinya. kalau Anwar tidak beritahu kabinet urusan itu, maka lemah sangat lah kabinet masa itu. Tentu Mahathir tidoq dan seluruh kabinet laloq. kalau mahathir berteriak lepas tu kata dia tak setuju pinjam dari Bank Dunia apa lah makna nya sekiranya penyata Bank Dunia benar kita telah buat pinjaman yang diluluskan pada tahun 1998 dan 1999. Kenapa kabinet /Mahathir sendiri tidak batalkan permohonan pinjaman itu sebelum ia di luluskan?. Sebab tu saya kata 2x5 dengan 5x2 sama je jawapan nya. Yang bodoh orang macam hang pa lah yang tidak guna otak terus sahaja setuju dan percaya dengan alasan Mahathir. Saya bukan penyokong Mahathir dan tidak juga Anwar. Hanya sedih melihat Melayu yang tak pandai guna akal akibat mendewa dewakan pemimpin. Saya tidak nafikan Mahathir berjasa besar pada negara dan bangsa. Tapi bila saya baca buku The Malaysian Maverick, saya kira Mahathir pun banyak kali juga jadi pembohong dan membohongi Melayu. Bila pula Mahathir batalkan pinjaman itu?. Kalau dah batal tentu ia tidak keluar dalam penyata Bank Dunia itu?. Betul Mahathir kata Melayu mudah lupa dan UMNO tengah nazak. Itu semua gara gara kepimpinan melayu dan ramai nya umat melayu yang bila berfikir, guna lutut. Tak ada daya analitikal langsung. Sebab tu Melayu senang di tipu dan di perkuda. Selagi kita bernama manusia dan hamba Allah yang lemah, kita mesti melakukan kesilapan, pembohongan dan kerosakan termasuk Mahathir. Tak perlu di dewa dewakan sehingga apa sahaja yang dia kata di anggap semua nya betul tak boleh di persoal lagi. Untuk menyatakan Anwar proxi Soros pun, apa bukti yang tuan ada mengesahkan nya secara empirikal?. Kalau setakat dengar cakap orang UMNO dan cakap Mahathir je itulah buktinya tuan berfikir dengan lutut. Jadilah bijaksana dan jangan suka percaya cakap orang tanpa bukti yang empirikal. Jangan mudah terpengaruh dan di pengaruhi. Yang bodoh nanti kita sendiri. Salam.
ReplyDelete