Multiple Pages
Home
Video Top 10
Al-Quran (Mishary Rashed)
Hubungi
Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Loading...
Showing posts with label
Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI)
.
Show all posts
Showing posts with label
Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI)
.
Show all posts
13/09/2012
Karpal Menempelak KitSiang Dan Anwar Kerana Cuba Bermain Di Belakang Beliau.
Oleh: HHalem.
Apabila timbul bab Karpal Singh ini, Kit Siang dan Anwar cukup berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbau menentang beliau.
Contoh terkini ialah isu antara Karpal dan Nash.
Kitsiang-Anwar, isu Karpal-Nash adalah hal peribadi dan hal Majlis Syura
:-
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berpendirian bahawa perbalahan diantara bekas Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud sebagai pendirian peribadi masing-masing.
Anwar cukup berhati-hati menyebut bahawa ia isu
“masalah dalaman PAS”
dan tidak menyebut terang-terang bahawa ia isu
“peribadi Karpal-Nash”.
Ikuti apa kata Anwar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR pada Rabu. Anwar jelas merujuk pada keputusan Majlis Syura tentang pemecatan Nash dan tidak pada hal pergolakan peribadi.
"Majlis Syura telah buat keputusan kita hormati. Sebagaimana PAS, tidak campur tangan dalam isu PKR. Kita juga ambik pendirian yang sama. Soal Nasha itu isu dalaman PAS," -
mStar.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/09/2012
Pengawal Peribadi Anwar – Diugut Akan Di Tembak Di Johor. Skrip Drama Berulang.
Oleh: HHalem.
Pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini, Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Anwar Ibrahim memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan bunuh daripada seorang lelaki.
“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata:
“Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”,
dan selepas itu talian terus diputuskan,”
- Fauzi, Pengawal Peribadi Anwar.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
09/09/2012
Pengakuan Seorang Pemuda – “Pengawal Anwar Mengacu Pistol Pada Saya” (Video & Gambar).
Oleh: HHalem.
Video dari Jiwa Paradox.
Jelas Pistol di acu pada seorang pemuda.
Dengan pengakuan seorang pemuda dipetik dari BeritaHarian dibawah, jelas lah pengawal Anwar mengacu pistol pada orang awam. Malahan mengacu pada seorang pemuda.
Pemuda terbabit adalah sebagai saksi utama polis. Sudah semestinya ada ramai lagi yang belum tampil dan rela memberi keterangan.
...........................
Ikuti petikan berita diringkas dari Berita Harian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
07/09/2012
Nalla – “Kalau suka tunjuk belakang, pergi tunjuk sama Anwar. Dia banyak suka”
Oleh: HHalem.
Anwar banyak suka, itu worang tunjuk belakang.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk S Nallakaruppan tidak mahu ketinggalan dengan arus dan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, 12 tengahari Khamis bersama 50 ahli MIUP, untuk membuat laporan keatas pihak yang menghina Perdana Menteri dengan memijak gambarnya dan mahu menukar Jalur Gemilang.
Nalla seolah-olah memberi amaran supaya sesiapa pun tidak berhak menganggu keamanan negara Malaysia.
Malahan Nalla mencadangkan satu perkara terbaik setakat ini iaitu kepada sesiapa yang suka atau mahu menunjuk bontot dikhalayak ramai. Tunjuk lah bontot kepada Anwar.
“Ini negara aman. Jangan sesiapa cuba ganggu. Ini mereka buka seluar tunjuk belakang...kalau suka tunjuk belakang, pergi tunjuk pada Anwar Ibrahim. Dia banyak suka, jangan tunjuk pada Perdana Menteri. Polis mesti jangan lepaskan mereka,” –
kata Nalla di petik AgendaDaily
Celaka itu Anwar, banyak batu api.
“Sekarang dia mahu jadi batu api. Sudah 55 tahun kita merdeka, kita (rakyat) tidak ingat mahu tukar bendera,” –
Nalla, bekas rakan karib Anwar.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
05/09/2012
IbuPejabat PKR Kena Serang Oleh Bekas Samseng PKR (Video)..
Oleh: HHalem.
Kalai Vanar - bekas samseng PKR.
Calon PKR kalah bertanding di Gurun Kedah PRU12.
Haah ! Ambik koo..Pakai baju BN (Barisan Nambikkai) pun ada ka.!
Demostrasi di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya tengah hari tadi lebih merupakan ketidakpuasan kumpulan India, bekas PKR terhadap Anwar kerana Anwar telah menipu mereka selama ini.
Demo aman tertukar aggresif (lihat video).
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
03/09/2012
Salahguna Masjid Di Alor Setar. Anwar Kena Serang Di Baling Selipar. Mahfuz Hampir Pengsan (Video).
Oleh: HHalem.
Video dibawah sekali.
Tak nampak pun selipar melayang -
Entah-entah mainan Anwar lagi.
Disebabkan salahguna masjid untuk berpolitik, sekumpulan penduduk telah naik berang dan mengambil tindakan membaling selipar kearah Anwar ketika sedang berucap politik di dalam Masjid selepas solat Maghrib.
Peristiwa terjadi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar didalam siri jelajah Merdeka Rakyat yang bermula Jumaat lepas. Ia dihadiri oleh 200 jemaah dan penduduk tempatan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
02/09/2012
Sikap Angkuh Anwar Terserlah Ketika Membaca Rukun Negara (Video).
Oleh: HHalem.
Jelas samaada:-
1- Anwar tidak mahu langsung menghormati Rukun Negara atau
2- Anwar sedang berangan dan menganggap diri beliau Presiden Republik Rakyat Malaysia ketika Rukun Negara sedang dibaca, atau
3- Anwar memikir beliau sebagai tetamu kehormat mengantikan Sultan Selangor, maka tidak perlu langsung mengangkat tangan.
Ketiga-tiganya mempamirkan sikap angkuh Anwar.
Sedarlah pengikut PAS-PKR sebelum terlambat.
Sudahlah Sultan Selangor tidak dijemput, kemudian bendera Malaysia hendak ditukar, kini tidak menghormati langsung Rukun Negara.
Kata Setiausaha Sulit Baginda Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bahawa Baginda Sultan Selangor merasa pelik (belum murka lagi).
“Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi”
“Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan, tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi bukan politik”
Penulis merasakan bahawa jika Baginda Sultan dijemput sekalipun, Baginda tidak akan hadir kerana tema hari merdeka Selangor "
Sebangsa, Senegara, Sejiwa
" berlainan sekali dengan tema merdeka Kerajaan Persekutuan "Janji Ditepati".
Tetapi sebagai formaliti, Khalid lebih waras menjemput Baginda. Datang atau tidak, itu belakang kira. Jika Baginda dijemput tentu tidak terjadi krisis seperti sekarang. Khalid tersilap percaturan sekali lagi.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
01/09/2012
Bas Anwar Di Pecah Cermin Dan Di Simbah Cat Di Kota Bharu.
Oleh: HHalem.
Bas besar agam dan pelik, memang terbuka luas untuk pencuri atau vandalism.
Kota Bharu bawah Pok Nick bukannya bebas jenayah pun seperti yang Pas sangkakan.
.................
Bas yang dilancarkan oleh PKR semalam sebagai kenderaan untuk bergerak serata Malaysia atas program “Jelajah Merdeka Rakyat” telah diserang hendap di Kota Bharu, Kelantan pada pukul 4.20 pagi tadi.
Semalam Anwar dan Pok Nick telah menaiki bas tersebut berceramah di Tanah Merah dan setelah tiba di destinasi Kota Bharu dan di parking di hadapan Pasar Siti Khadijah, cermin bas dipecahkan dan disimbah dengan cat merah.
Twitter Anwar berbunyi;
"Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan,"
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
15/07/2012
Zaliah Zakaria Muncul Kembali. “Saya Tertekan”... “Anwar Pondan”
Oleh:
HHalem.
Zaliah Zakaria menunjukkan gambar Anwar dalam akhbar Utusan Malaysia sambil meminta Ketua Pembangkang itu membuat kenyataan berhubung isu RM3 bilion bagi membersihkan namanya di Pulau Pinang, semalam.
Wanita yang dikaitkan dengan isu RM3 bilion, Zaliah Zakaria meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan berhubung perkara itu bagi membersihkan namanya.
Katanya, kenyataan itu penting kerana selain dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat, ia juga dapat mengelak pandangan serong orang ramai terhadapnya dan keluarga.
"Saya mahu Anwar memberi kenyataan benar dan jangan berdiam diri seperti seorang 'pondan'.
"Saya kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikaitkan dengan isu itu kerana sering dipandang serong masyarakat selepas gambar dan nama saya disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini,"
Kata Zaliah ketika ditemui Mingguan Malaysia di sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini. –
Mingguan Malaysia
HHalem:
Kalau sudah kaya raya dan besar dan tertekan dek Anwar, pergi jumpa
pakar sakit jiwa.
Buktikan Anwar telah menekan dan tertekan.
Kemudian saman la Anwar Rm100 juta lagi.
Tak kan nak saman Utusan kot, sebab ada appointment dengan Utusan di Gurney Drive lagi.
Zaliah ni akuan beliau sendiri adalah toke kuda.
Adakah Zaliah toke operate stadium perlawanan lumba kuda ?
Adakah apa-apa lesen operasi diperlukan dari Kementerian Kewangan (zaman Anwar dulu)?
Comments / Pandangan Melalui Facebook
09/07/2012
Anwar Membiarkan DAP-PAP Menguasai Malaysia. Bukti & Data Terkini.
Oleh: HHalem.
Anwar Ibrahim berura-ura akan berundur (
di sini>
) dan Wan Azizah pula berura-ura akan memainkan peranan yang lebih kecil didalam politik PKR (
di sini>
), silap-silap haribulan Wan Azizah akan letak jawatan sebagai Presiden PKR selepas PRU13 nanti.
Nak tahu sebahagian dari sebabnya dan kenapa Anwar dan Wan Azizah akan bertindak demikian, baca article yang dirumuskan dibawah. Bunga-bunganya memang telah jelas.
Anwar betul-betul memusnahkan orang Melayu dan membiarkan penganut-penganut PKR terkontang kanting dan berada didalam dilema. Anwar meningalkan orang-orang Melayu didalam keadaan huru-hara. Bunga-bunga nya cukup jelas, bahawa Anwar membiarkan DAP-PAP menguasai Malaysia.
Antara pemimpin PAS yang gelojoh.
Haji Hadi pula, sebagai kepala orang Melayu masih sedap menghirup kuah nasi dan tidak sedarkan diri.
Kursi Parlimen - PAS (66) - DAP (90) – PKR (66)
....start article Utusan...
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
06/07/2012
Tun Mahathir- “Anwar Patut Bersara Sekarang. Dia Tak Ada Guna Langsung”
Oleh:
HHalem
.
Tun sedang menumbuk supaya terus jatuh Anwar yang sedang terhuyung-hayang hendak pitam dan akan kecundang.
Tun Dr Mahathir menasihati Anwar supaya bersara sekarang dari politik, tak perlu pusing-pusing lagi, apabila ditanya tentang hasrat Anwar yang hendak bersara selepas PRU13, jika Pakatan tidak berjaya menakluki Putrajaya.
"Dia (Anwar) patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri,"
– Tun dipetik Bernama.
Kata Tun selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus.
Nampak Tun bergurau, tetapi penuh dengan sindiran mencadangkan supaya Anwar diberi Honourary Prime Minister selama 5 hari kemudian bersara.
"Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara,"
Comments / Pandangan Melalui Facebook
05/07/2012
Pok Nick Mula Gelabah Kerana Anwar Hendak Bersara.
Oleh:
HHalem
.
Teknik terbaru Anwar Ibrahim yang mungkin akan bersara dari PKR dan semua dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada PRU13 telah membuat Pok Nick tersentak dan membuat beliau memberi kenyataan cukup pantas.
Lihat kenyataan Anwar di Financial Time,
di sini
>
Pok Nick sebagai Mursyidul Am PAS, cukup-cukup tidak bersetuju dengan hasrat Anwar yang mahu kembali menjadi pendidik. Ini katanya berpolitik juga adalah mengajar.
“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa”
“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!” - Pok Nick
Ilmu kata laluan "Mokhtar", jangan lupa...
Yang menjadi peliknya, apa yang Anwar mengajar rakyat selain dari merusuh, memutar belit, mengumpul harta kekayaan dan bagaimana melepaskan diri apabila didapati bersalah kerana ber-ChinaDoll. Tidak lupa juga Anwar memberi pengajaran sonsang mengenai Lesbian-Gay. Termasuk mengajar ilmu mengumpul mat-mat Jambu sana sini.
Kita akan mengingati Anwar kerana mengajar rakyat bagaimana melepaskan diri setelah didapati membontoti Saiful.
Yang pastinya, Pok Nick telah mulai risau apa yang akan jadi pada nasib Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti, kerana hasrat menawan Putrajaya dikenal pasti amat tipis sekali.
Malahan pula, satu persatu Anwar dicaj di mahkamah mengenai kesalahan beliau semasa penglibatan Bersih 3.0.
Pok Nick sudah bersuara. Mana Lim Kit Siang? Mana Karpal Singh?
Khabarnya Karpal Singh terlentang tiga suku sedang bersabung nyawa.
Perginya Anwar bersama perginya Karpal akan menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
04/07/2012
Anwar Maklum Akan Bersara. Muka Beliau Semakin Reput.
Oleh: HHalem.
Keletihan atau muka-reput semakin ketara.
Anwar Ibrahim, bekas banduan, akhirnya membanyangkan yang beliau akan bersara dari politik dan terus mengajar, jika tidak dapat menakluki Putrajaya pada PRU13 nanti untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Demikian kata Anwar semasa di temuramah oleh
Financial Times
>
yang berpengkalan di London.
Washington Post
turut memuatkan berita tersebut.
“Kita bentangkan manifesto (Pakatan Rakyat), dasar kita, dan sudah tentu, jika saya diberi mandat, saya akan teruskan,
tetapi jika sebaliknya saya berfikir untuk kembali mengajar”
Yang lebih jelas lagi, tajuk utama Financial Times menyatakan Anwar
"mengexploitasi kemarahan anak-anak muda Melayu".
Malahan Anwar yang menjadi punca tersebut.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
03/07/2012
Lapuran Siap Semalam. Alasan Kenapa Anwar Bebas Dari Tuduhan Liwat Saiful.
Oleh: HHalem.
Alasan penghakiman penuh kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan dan pembelaan petang semalam.
Dalam penghakiman bertulis 80 muka surat itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata;
“adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat itu kerana itu ia tidak boleh menyokong bukti yang dinyatakan oleh pengadu Mohd Saiful.”
Menurut Hakim Mohamad Zabidin, yang tinggal pada mahkamah ialah keterangan Saiful untuk membuktikan berlaku tembusan tersebut. Sebagai kesalahan seksual, katanya,
“mahkamah sentiasa enggan mensabitkan tertuduh semata-mata berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.”
"Oleh itu, tertuduh dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu"
Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut
Saiful Boleh Mula Merayu.
Sementara itu, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said, berkata pihaknya mempunyai tempoh
10 hari
untuk memfailkan petisyen rayuan mulai semalam.
Menurut beliau, alasan penghakiman penuh dan rekod rayuan tersebut diterima petang semalam dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sumber AntaraPos.
Penat ! !
Comments / Pandangan Melalui Facebook
26/06/2012
Melayu PKR Johor Menganjur Makan Malam Haram (Non-Halal).
Oleh: HHalem.
Di atas ialah poster iklan Jamuan Makan Malam PKR di Johor yang sangat-sangat di gahkan oleh pro-pembangkang dan dicaci oleh pro-kerajaan yang tersebar meluas sekarang.
Peneraju dan penganjur makanan Haram (non-halal) itu dibuat sendiri oleh PKR Johor dan yang pelik dan nampak sangat tidak berapa betul ialah muka-muka Melayu PKR terpampang dengan bangganya di muka iklan tersebut.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
24/06/2012
Anwar Mengamok Berang Bila Di Tanya Hal Perempuan Simpanan Beliau.
Oleh: HHalem.
Muka Anwar Lagi Reput Dan Semakin Reput Dari Hari ke Hari.
Anwar Ibrahim seperti biasa mengelak untuk menjawab bukti-bukti yang beri oleh Ummi Hafilda Ali kepada SPRM mengenai seorang wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan bahawa Ketua Pembangkang itu memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion.
Wajah perempuan misteri tersebut di sini
>
Bukan sahaja mengelak, malah beliau naik berang ketika diajukan soalan mengenai perempuan simpanan beliau oleh wartawan Utusan Malaysia,
Macam biasa Anwar berdolak-dalik dengan bertanya:-
"You (anda) dari mana?”
“Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya?”
“Tiada standard".
"You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas. Dia orang tak apalah,"
Kumpulan pemberita yang masih menanti jawapan daripada Anwar bagaimanapun hampa apabila beliau dengan nada berang terus memperlekehkan persoalan yang diajukan.
Mana
Kebebasan Menulis, Kebebasan Bersuara
dan segala macam lagi kebebasan yang dilaung Anwar, termasuk kebebasan mengumpul harta/perempuan simpanan?
Comments / Pandangan Melalui Facebook
21/06/2012
Tun Mahathir Kritik Anwar Kenapa Tak Saman TIBAI-Umi-Murad-Ezam.
Oleh: HHalem.
Tun Dr. Mahathir mempersoalkan kenapa Anwar Ibrahim tidak menyaman bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
Pada masa sama, beliau juga mempertikaikan dan merasa hairan kenapa Anwar bertindak mendiamkan diri dan tidak menyaman Umi Hafilda Ali dan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang kini lantang memperjuangkan isu tersebut.
Tun turut tertanya-tanya mengapa Anwar tidak mengulangi tindakan saman, dimana ia pernah dilakukan kepada beliau, sehingga menyebabkan bekas beliau tidak boleh bercakap apa-apa mengenai perkara tersebut.
"Beliau pernah saman saya RM100 juta disebabkan itu saya tidak boleh berkata apa-apa terhadap beliau disebabkan kes ini dirujuk ke mahkamah.”
"Ternyata, Anwar amat prihatin dengan reputasinya biarpun saya hanya mengulangi penghakiman oleh mahkamah ia dianggap sebagai satu kesalahan," - Tun dipetik Utusan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
19/06/2012
Esok Anwar Akan Saman Datuk Eskay di Mahkamah Jalan Duta. Betui ka !
Oleh: HHalem.
Sekali baca berita dari blog PapaGomo, bagai nak percaya dengan tidak, berbelah bahagi. Sebab utamanya, kes Datuk Eskay ini telah lama dipendam oleh Anwar dan beliau tidak berani bersuara untuk menyaman Datuk T walau sekelumit pun kerana bimbangkan banyak lagi rahsia-rahsia akan terbocor.
Baca petikan dari PapaGomo dibawah;
“Gomo dapat sms dari rakan media yang mana mesej tersebut dihantar dari ibu pejabat PKR yang menyatakan didalam kandungan mesej tersebut:
"Salam tuan puan rakan media sekalian, kami menjemput untuk membuat liputan media pada 20 Jun Rabu ini di Mahkamah jalan Duta. D.S.A.I. akan menfailkan saman keatas Trio Dato T dalang video lucah yang dikaitkan dengan D.S.A.I. Pohon diwar-warkan liputan ini. Tq."
Kemudian keraguan berita diatas mulai hilang setelah membaca bahawa PapaGomo sendiri bertanyakan perkara tersebut kepada Datuk Eskay.
“Gomo selepas dapat tahu berita tersebut menghubungi Eskay yang kini berada diluar negara dan Eskay sendiri mengesahkan bahawa beliau ada mendengar ura ura yang Anwar Ibrahim akan menfailkan saman terhadap beliau dan beliau sememangnya mengharapkan agar Anwar Ibrahim menyegerakan saman tersebut.” –
PapaGomo
>
Jangan lupa besok 20hb Jun, Rabu di Mahkamah Jalan Duta.
Silap haribulan, semua akan terpedaya dan hampa kerana ini mungkin tipu muslihat pengikut-pengikut Anwar.
Apa faedah yang akan Anwar perolehi dari semua ini sebelum PRU13?
Sudah tentu tidak banyak faedah kerana fail meng-fail sahaja sudah makan berbulan-bulan dan akan menjangkau melepasi PRU 13.
Mungkin sedikit sebanyak untuk menyakinkan pengikut-pengikut beliau yang
“Anwar berani kerana benar”.
Ramai yang Samdol akan percaya dan berkata bahawa,
"tengok, Anwar berani saman Eskay, sudah tentu dia betul dan berani".
Selain itu ia hanya untuk menumpukan semua perhatian-mata-dan-fikiran kepada Anwar-Pakatan kerana ini adalah salah satu strategi yang cukup dan paling berkesan dari segi teknik pemasaran semasa kempen PRU13.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
15/06/2012
Kisah Anwar Sapu Duit RM500 Juta. Segari Plant.
Oleh: HHalem.
Berbedak-bedak duit komisen dengan Anwar.
Astaman Abdul Aziz -
Bekas MP Titiwangsa - Bekas Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju.
RM100 juta terawal milik Anwar. Telus?
Kadang-kadang, penulis blog ini rasa nak ketawa tengok gelagat Anwar melompat dalam mempertahan isu kononnya dia tidak pernah MENGARAHkan sebarang transaksi yang melibatkan dana yang besar sewaktu dalam Kerajaan. Anwar masih lagi mahu mempertahan pandangan bahawa dia adalah maksum, sangat bersih, tidak rasuah, putih dan tidak cacat dengan sebarang masalah pada zaman dalam Kerajaan.
Terus terang, siapa yang tidak kenal Anwar sewaktu dia dalam Kerajaan. Anwar TPM. Anwar Menteri Kewangan. Luar biasa kuasa yang ada pada Anwar. Yang lebih menyeronokkan Anwar adalah bagaimana Tun Mahathir, sangat mempercayai dan membenarkan sahaja apa sahaja perancangan yang dibuat oleh Anwar. Alasan Anwar kepada Tun – dia memerlukan BAJET yang cukup bagi menjaga kepentingan UMNO. Benarkah begitu?
Segari Plant
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
11/06/2012
Peluang Untuk Sumbat Anwar Ke Dalam Penjara Masih Ada. Kes RM3 Billion Lesap Di Lapur Polis Di Padang Terap.
Oleh: HHalem.
Semalam kita lihat TS Muhyiddin Yassin telah mencabar Anwar (Bekas Menteri Kewangan) supaya menjelaskan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid mengenai RM3 billion yang lesap
(
di sini >
).
Ia sebagai pertanda lampu hijau supaya go-ahead bagi pihak SPRM atau LHDN untuk menyiasat atau membuka kembali kes tersebut, itu pun jika terdapat lapuran dibuat untuk memulakan kes tersebut sekali lagi.
Untuk itu sebagai pemula untuk bola bergerak, satu lapuran polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.
Ikuti lapuran Bernama di bawah.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
Dr Asri Buat Kecelakaan Dan Kecoh Lagi Dengan SMS Beliau.
Oleh : HHalem. Dr Asri Memang Gemar Dan Kaki Perhimpunan – Patut la Beliau Bersuara Lantang Kebebasan Hak B...
Demo Haram – KEMATIAN PERTAMA
Oleh : HHalem. Pertama Kematian yang pertama dilaporkan oleh Pkr. Suami kepada Ketua Wanita Cabang KEADILAN Setiawangsa, meninggal...
Surat Ancaman Bunuh Najib oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam. "PM Patut Letak Jawatan."
Oleh : HHalem. Bakal Pengancam Dan Kemusnahan Negara. 1- Susulan daripada tindakan, seperti biasa, tidak panjang akal AMK Pkr, d...
Datuk Azizan Cukup Terhina. Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar Kena Sita. Pekak Buta Bisu (PBB) Tahap Maksimum
Oleh : HHalem 1- Berita hangat menunjukan kebodohan yang paling ultimate sekali pentadbiran Datuk Azizan apabila Pejabat Majli...
Harusani - Haram Dari Hukum Syarak Mengundi Ngeh DAP Yang Menghina Rasullullah. PAS Pula Buat Pekak Badak.
Oleh: HHalem. Cakap lah apa pun, PAS tetap buat pekak badak. Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria, menyeru dan mengin...
Tunku Aziz - "Rasuah dalam DAP cukup teruk, fitnah tersangat kuat”. Datuk Ariff Sabri Bila Nak Keluar DAP.
Oleh: HHalem. Siri jelajah Tunku Aziz bertajuk “The Days When We Were in DAP”. Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga te...
Ajaran Sesat Juruzon Mengorbankan 16 Anak Yatim Di Madrasah Al-Taqwa.
Oleh: HHalem. Akibat Juruzon, 16 anak-anak yatim terkorban. Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa k...
Tangkapan Sana Sini. Di Pekan Cowboy AS. Ronnie Liu Di Tangkap Semasa Dalam Kereta MB Khalid.
Oleh : HHalem Tangkapan Di Pekan Cowboy-Alor Setar BERSIH 2.0: Polis tangkap 8 orang di Alor Setar Lima lelaki dan tiga wa...
Video:- Ucapan Terakhir KJ Sebelum Masuk Lokap
Oleh : HHalem.
Blog Archive
Blog Archive
Sept 2012 (49)
Aug 2012 (45)
Jul 2012 (50)
Jun 2012 (52)
May 2012 (54)
Apr 2012 (61)
Mar 2012 (48)
Feb 2012 (67)
Jan 2012 (76)
Dec 2011 (84)
Nov 2011 (90)
Oct 2011 (126)
Sept 2011 (119)
Aug 2011 (124)
Jul 2011 (165)
Jun 2011 (83)
May 2011 (105)
Apr 2011 (104)
Mar 2011 (69)
Feb 2011 (47)
Jan 2011 (47)
Dec 2010 (22)
Nov 2010 (6)
Oct 2010 (3)
Sept 2010 (4)
Radio Live Online
Sinar.fm - KlasikNasional.fm