Oleh: HHalem.
“Itu Anwar Punya Pasal Lah”
Dengan lain perkataan “Anwar Boleh Gi Mampus”
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pok Nick menyifatkan Anwar hanya mewakili PKR kerana mempertahankan sokongan beliau terhadap usaha, “menjamin keselamatan Israel”.
Justeru, Pok Nick tidak peduli langsung ketahap “memampuskan Anwar” kerana Anwar tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.
“Itu dia (Anwar) punya pasal lah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” - Pok Nick.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tindakan Anwar untuk terus mengekalkan pendirian mengiktiraf Israel tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin tidak boleh diterima dan menunjukkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang tidak konsisten.
Tegas Hisham pendirian Anwar itu juga dilihat telah memperlekehkan Majlis Syura Ulamak Pas yang menuntut Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) atau menarik balik kenyataan sebelum ini.
“Pada ketika negara-negara dan masyarakat Islam seluruh dunia mengutuk Israel, Anwar terang-terangan mengiktiraf Israel yang telah menindas rakyat serta merampas bumi Palestin”, katanya.
Setakat itu sahaja lah yang boleh diambil tindakan terhadap Anwar oleh Pok Nick selain dari mengutuk, kerana beliau tahu tiada apa-apa yang boleh dibuat terhadap Anwar.
Pok Nick telah melepas tanggungjawap beliau untuk menunjukkan kepada semua pengikut PAS bahawa beliau bukan dibawah telunjuk dan tidak gentar pada Anwar. Malahan Pok Nick juga turut membisukan “Kumpulan Ibu Pelesit dan Parasit Anwar” di dalam PAS, buat sementara waktu.
Terbukti lagi sandiwara Pok Nick untuk menenangkan kerisauan ahli PAS dengan kenyataan terkini Pok Nick yang berbunyi, “Anwar punya pasal, tak ada apa-apa”.
Sumber utama, Umno Online dan MyNewsHub
Sumber utama, Umno Online dan MyNewsHub
Perkataan tu lah menunjukkan kecetekan ilmu Pork Nick. Tak ada keperibadian yang menunjukkan dia berilmu.
ReplyDeleteBahasa bahasa begitu sesuai untuk orang yang jahil. Sah la Pork Nick jahil.
Tengok air muka pun kita faham faham jer la. Tak manis, tak ada seri. Allah tunjukkan jelas.
Anwar punya pasal,aku ok saja ba. tidak ada apa-apa. aku tetap akan sokong dia. aku tetap akan percaya dia. steady...
ReplyDelete