Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

24/07/2012

Fathul Bari Ingin Bertanding Calon PRU13. Senyum Sinis.


Oleh: HHalem.

Ini berita menarik dan paling baik untuk hari ini.

Khamis lalu, Pengerusi ILMU (Sekretariat Ulama Muda Umno), Fathul Bari Mat Jahaya memaklumkan beliau tidak menolak untuk bertanding, sebagai wakil ILMU, dan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.

Berdasarkan Fathul Bari, ILMU sedia menghulurkan bantuan jika diperlukan parti, walaupun pihak ILMU bukan lah jenis yang suka meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.

Kita lihat respon positif dari Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata walaupun ILMU tidak menjadi sayap parti Umno, ILMU  masih boleh bertanding dalam PRU13 nanti. Ini berdasarkan peraturan bahawa mereka yang bergelar ahli parti layak memberikan nama untuk bertanding.

“Tiada masalah, siapa-siapa yang jadi ahli Umno boleh menjadi calon, malah individu daripada ILMU lebih berpeluang untuk bertanding dalam PRU13,”

Terdahulu Fathul mencadangkan untuk menjadi ILMU sebagai sayap parti Umno tetapi tidak berjaya.


Ikuti apa komen Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.


“Kalau ulama berada dalam sebahagian parti politik dan dapat memainkan peranan yang jitu seperti seharusnya dimainkan para ulama, ia sesuatu yang bagus. Tetapi jika kewibawaan ulama tidak seberapa baik, lebih elok berada di luar parti. Di sini kita tengok sejauh manakah ulama boleh berperanan dan kewibawaan ulama dihargai dan dihormati,”

“Kalau tidak jadi anggota parti, ulama boleh tegur sekiranya ada hal yang tidak puas hati. Oleh itu, jikalau ulama terbabit ada dalam parti, untuk menegur ia perlu bergantung kepada watak ulama berkenaan iaitu perlu tunduk kepada kebenaran, setia kepada Islam yang mana berkata benar walaupun pahit,”

Mohamad Shukri berkata, mengikut konteks perkembangan semasa, ulama wajar bekerjasama dan menjalinkan keharmonian dengan pemimpin biarpun tidak melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

“Kalau ulama tidak menjadi sayap kepada parti politik sekalipun, ulama tetap harus mengekalkan keharmonian dan kesepakatan. Ulama sebenarnya boleh memberi sumbangan kepada negara walaupun tidak sertai mana-mana parti politik,

Komen penulis.
Apa yang diperkatakan oleh Mufti Kelantan adalah sesuatu yang ideal dan terbaik dari segi pandangan ilmiah. Berdasarkan senario politik tanahair, Fathul Bari patut berada diluar seperti sekarang dan memberi pandangan seiring dan seirama dengan kerajaan pemerintah BN dan bukan menjadi wakil rakyat yang memerlukan beliau menabur janji dimerata-rata tempat.

Hakikat sebenarnya adalah amat berlainan sekali berdasarkan sejarah-sejarah yang lepas. Para ulama yang bercita-cita politik ingin maju lebih lagi ke hadapan dan berkeinginan tinggi untuk bertanding sebagai wakil kepada masyarakat sebagai jalan pintas. Mereka ingin menerapkan nilai-nilai Islam didalam pentadbiran negeri dan negara dengan serta merta dan sekali gus. Ini yang akan menimbulkan masalahnya kemudian dimana inspirasi politik pemerintah tidak seiring dengan inspirasi ulama. Hilangnya keharmonian dan kesepakatan seperti yang ada sekarang.

Contoh yang terbaik ialah apa yang telah berlaku pada Hassan Ali di negeri Selangor. Beliau kemudiannya ditendang keluar kerana inspirasi beliau tidak seirama dan harmoni dengan pemerintah negeri. Mampukah Fathul Bari dengan sepak terajang politik yang cukup ganas?

Jika kita lihat kembali kebelakang sedikit, sejarah dimana ketika ulama PAS cukup intim dan semeja sebantal dengan Umno satu ketika dahulu. Kemudiannya cita-cita politik ulama PAS untuk bertanding pada PRU dan untuk menjadi pegawai-pegawai penting kerajaan di kekang. Sejarahnya telah terbukti sehingga ke hari ini.

Secara dasarnya para ulama ini jika dikekang hajat untuk bertanding dan menjadi pegawai penting kerajaan, lambat launnya mereka akan kecewa dan mencari jalan alternatif lain dengan memasuki pembangkang. Seperti juga para artis yang berkecamok kehidupan dan keluarga akan melihat PAS sebagai alternatif. Begitu juga para ulama ILMU akan berkecamok minda jika dikekang.

Persoalannya dimana kah base dan grass-root tempat bertanding ulama ILMU ini nanti? Sanggupkah grass-root Umno menerima calon payung terjun? Masalah juga.

Semuanya serba salah. Benar bertanding salah, tak benarkan pun salah !

Jalan yang paling mudah ialah dengan melantik Fathul Bari sebagai Senator dan meletakan beliau sebagai Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri, seperti yang biasa dilakukan.

 Semua sumber Sinar Harian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

5 comments:

  1. Jangan masuk politik. Politik ni kotor dan menjijikkan. Lagipun komitmen sebagai wakil rakyat sangat tinggi. Takut tak terbawa.

    Lebih baik jadi NGO yang boleh menegur dari luar untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  2. Lebeh baik FB dilantik jadi SENATOR dari jadi DUN serta di ujutkan satu kementerian baru di jabatan Perdana Menteri.Sebagai contoh Menteri ULAMAK ISLAM MALAYSIA

    ReplyDelete
  3. FB dan ulama2 yang berwibawa seharusnya dilantik sebagai SENATOR dijabatan PERDANA MENTERI . Bertindak mendokong NGO Islam dan penyebaran Islam kesemua jabatan kerajaan terutama bahagian penguat kuasaan saperti JPJ,PUSPAKOM,UPP, POLIS dan AGENSI2 kerajaan yang lain.Sebaik cara menghapuskan kekotoran ialah dengan mencuci dari bahagian dalam bukan bahagian luaran sahaja.

    ReplyDelete
  4. jika menang jadi wakil rakyat, dia kena jaga kawasan dia dan cakap bagi pihak kawasan dia saja. kalau tak jadi wakil rakyat, dia boleh jadi jurucakap rakyat kepada kerajaan di mana2 sahaja.

    ReplyDelete
  5. kalau fathul bertanding pun pastinya akan diletakan di kawasan parlimen dan jika menang pasti dapat masuk kaninet samada jadi menteri atau tim menteri...dan mungkin ini platform terbaik untuk fathul membawa ulama dalam umno secara rasmi,

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive