Oleh: HHalem.
“55 Tahun Merdeka Janji Ditepati”
Logo Melambangkan Visi Negara.
Memerlukan penerangan dengan segera di website Logo dan Tema Merdeka kerajaan.
Memerlukan penerangan dengan segera di website Logo dan Tema Merdeka kerajaan.
Sekali imbas penulis terasa pelik juga dengan tema Hari Kemerdekaan kerana maksudnya cukup susah untuk dikaitkan dengan HARI MERDEKA.
Maka tidak hairanlah, dengan tajuk di atas parti pembangkang PAS terasa mereka dipermainkan dan di sindir, malah dihina, kerana selama ini mereka cukup terkenal dengan tidak pernah menunaikan janji-janji PRU dan asyik menyalahkan pihak kerajaan semata-mata.
Sehinggakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi tempoh 1 minggu supaya menukarkan tema lain.
“Jika kerajaan tidak mengendahkan desakan ini, Pakatan Rakyat sendiri akan mencadangkan tema lain yang lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk Hari Kemerdekaan,” - di petik dari Sinar Harian.
Pas berkehendakan tema kemerdekaan mengikut acuan PAS sendiri. Dirasakan mereka perlulah mara dan menakluk Putrajaya terlebih dahulu dan beri lah segala macam tema kemerdekaan yang mereka fikir sesuai.
Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan Pakatan Rakyat supaya tidak perlu melatah kerana “Janji Ditepati” membawa banyak maksud yang baik.
Jelas beliau, tema tersebut memenuhi ciri-ciri dan nilai akhlak yang baik untuk rakyat negara ini tanpa mengira agama ataupun bangsa.
“Kenapa pembangkang perlu melatah?”
“Janji ditepati dalah satu nilai akhlak yang baik samaada antara manusia dengan manusia, ketua dengan pekerja, sesama ahli keluarga, sesama rakan, dan juga antara kaum di Malaysia”
“Apatah lagi antara kerajaan dan rakyat, janji mesti ditepati,"
Cuba lihat tema-tema yang lepas, adakah ia berkait rapat dengan Merdeka? Yang pasti, semuanya menerap nilai akhlak yang baik dan inspirasi Perdana Menteri terkini dan waktu itu. PAS kena lah tunggu giliran jadi PM terlebih dahulu, itu pun jika tercapai, untuk meletakan tema yang berlandaskan acuan PAS.
1970 - MUHIBAH DAN PERPADUAN
1971 - MASYARAKAT PROGRESIF
1972 - MASYARAKAT ADIL
1973 - MASYARAKAT KERKEBUDAYAAN MALAYSIA
1974 - SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN
1975 - MASYARAKAT KERDIKARI 1976
1976 - KETAHANAN RAKYAT
1977 - 20 TAHUN BERSATU MAJU
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1988 - BERSATU
1989 - BERSATU
1990 - BERJAYA
1991 - WAWASAN 2020
1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1995 - JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1998 - NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
2000 - KERANAMU MALAYSIA
2001 - KERANAMU MALAYSIA
2002 - KERANAMU MALAYSIA
2003 - KERANAMU MALAYSIA
2004 - KERANAMU MALAYSIA
2005 - KERANAMU MALAYSIA
2006 - KERANAMU MALAYSIA
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
2009 - RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
2010 - 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
2011 - 1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
No comments:
Post a Comment