Oleh: HHalem.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah.
Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya” - Utusan
Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud
Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.
Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.
Beliau mendakwa, dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun.
"Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud selain banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya”
"Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku. Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang” - Utusan
HHalem –
Pas berputar-putar ayat untuk membolehkan dan menghalalkan benda yang haram. Amat menyedihkan apabila kita ketahui bahawa mengundi DAP kafir harbi yang menolak Islam/Hudud secara terang-terang, adalah haram, tetapi dibolehkan oleh Dewan Ulama PAS.
Pas menyatakan, “UMNO menolak perjuangan Islam dan tolak hukum hudud”. Soalannya bila masa kah Umno menolak Islam/hudud mentah-mentah secara total, seperti mana DAP menolak hudud/Islam dengan “melangkah mayat Karpal Singh terlebih dahulu” ?
Setakat Pak Lebai Pas main sebut sahaja Umno menolak Islam/hudud, tetapi tiada asas yang kukuh, amat memalukan dan merendahkan martabat dan maruah alim ulama Pas. Cuba bandingkan penolakan DAP kafir harbi terhadap Islam/hudud secara total dan juga Umno yang dituduh menolak Islam dan Hudud. Orang Islam Umno, seperti juga Pas, ke masjid, berpuasa dan sembahyang. Dimanakah lojik akal menyatakan Umno menolak Islam dan Hudud.?
Pak Lebai Pas ini cukup lemah mental fikiran dan tidak boleh dijadikan ikutan langsung.
Untuk membentuk negara Islam dan Hudud secara total dan menyeluruh seperti yang dikehendaki oleh Pas, sudah tentu ada cara lain yang lebih molek dan selamat, selain dari berpakatan dengan DAP kafir harbi.
Pas mengunakan konsep yang sonsang dan salah, iaitu untuk mencapai di penghujung negara Islam dan Hudud secara total, maka cara pangkalnya mereka senggup berkawan dengan setan, iblis dan DAP kafir harbi, serta sanggup mengkafirkan Umno. Malahan sanggup bermatian dan berbunuhan dengan Umno jika negara ini tiada undang-undang. Sudah tentu Pas faham dengan maksud penghujung tidak menghalalkan cara.
Tidak hairan lah nanti, apabila Pas-Pkr-Dap ke Putrajaya, maka semua kantin-kafeteria di setiap bangunan Putrajaya akan digunakan konsep Malaysian Malaysia, sama-rata sama-rasa dan meritokrasi untuk semua operator kantin-kafeteria sebelum beroperasi. Siapa yang akan monopoli?
Masa itu, Pas akan percaya pada konsep makanan halal pada “We Serve No Pork”. Tok Lebai Pas akan belasah makanan hanya kerana ingin kekal menakluki Putrajaya dan atas alasan tiada makanan lain terdekat, darurat dan berjihat.
Minyak babi pun minyak babi lah, tak nampak, bukannya daging!
Tentulah Pak Lebai Pas tidak nampak lojik di sini seperti mana mereka tidak nampak lojik kenapa tidak boleh mengundi DAP kafir harbi.
Masa itu, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mungkin akan teringat kata-kata beliau atau mengulangi lagi bahawa mereka tiada pilihan dan makanan tidak haram dimakan, malah dibolehkan kerana tiada opsyen lain;
“Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang (dan memakan masakan China/India kafir harbi) ”
Rasa-rasanya orang-orang Pas bawahan pun dapat berfikir perkara ini berbanding dengan para ulamak di Dewan Ulama Pas.
kalau hukum PAS boleh berubah-ubah ...undi aku pun boleh berubah-ubah juga la...
ReplyDeleteSetuju dengan Abdullah Sa'amah sebab hari tue Presiden DAP,Chua Soi Lek kata jangan laksanakan hudud di Johor.
ReplyDeletekalau rosak, jangan buang semua.
ReplyDeletejangan pula buat perkara haram berdasarkan dalil pihak musuh pun buat perkara haram.
kah..kah...kah!..betul-betul telah bertukar menjadi Parti Asohan Syaitan kerana terlalu yakin dengan kaki balas pungkuk akan bawa mereka ke putra Jaya.Ingatlah dengan Allah sama oi!.jangan gadai terlalu banyak maruah Bangsa Melayu.cukup-cukuplah dengan nikmat yang telah dirasai.bukan melayu satu hari nak jadi kominis kut bagi mendapat balik P.T.M.?. guna otak sikit untuk berfikir.tinggalkan hawa nafsu (P.H.D) tu.Pandag ke Selatan dan ambil iktbar.mungkin satu hari melopong kut.yang tua-tua dok jadi hantu ni satu hari akan mampus maka apa akan jadi kepada genarasi ke-2.
ReplyDeleteKalau macam tu, jangan pakai kereta yg ada di Malaysia, sebab semua pengeluarnya tidak mahu hukum hudud dijalankan. Orang Islam beli kereta, syarikat kafir yg untung berbillion RM. Apa macam tak haram ke tu? Minyak kita boleh kata semuanya dijual pd kafir (sbb hampir semua negara Islam Allah anugerahkan minyak). Kafir yg beli minyak kita semuanya tak mahu hukum hudud. Apa mcm, duit jual minyak, haram tak? Undi BN, yg semua parti komponennya menentang hukum hudud, haram ke tak? Tolong jawab, tuan ulama.
ReplyDelete