Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

07/08/2012

UniSEL. Akuan Sebenar Jana Niaga S/B. Khalid Kini Tersepit.

Oleh: HHalem.
Arahan khusus Khalid.
“Saya sudah beritahu kepada UNISEL untuk jaga operasi, jangan fikir untuk bayarnya (kepada Jana Niaga)”

Ikuti akuan sebenar Jana Niaga.
Ketua Bahagian Residen Komuniti Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), Noor Ashikeen Mohd Stap memberitahu masalah pembayaran kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama UniSEL bermula sejak pentadbiran Selangor bertukar tangan kepada pembangkang iaitu selepas 2008.

Kata Noor Ashikeen, JNSB yang mendapat kontrak membina 44 blok asrama di UNISEL, dianugerahkan konsesi selama 20 tahun.

44 blok asrama boleh menempatkan seramai 5,000 pelajar dan pembayaran yang perlu dibayar UNISEL kepada JNSB ialah sebanyak RM180 setiap pelajar.

"Sebelum ini memang ada beberapa kali pengurusan UNISEL lewat membayar perkhidmatan diberikan JNSB tetapi kelewatan itu hanya sebulan dua”

"Bagaimanapun sejak 17 bulan lalu, pengurusan UNISEL gagal membayar kerja penyelenggaraan seperti landskap dan pembersihan kepada kami manakala kerja penyelenggaraan asrama pula sudah 8 bulan tidak dibayar," katanya kepada Berita Harian.


Kelewatan pembayaran bagi perkhidmatan itu juga menyebabkan kontraktor yang diupah untuk membersih dan menyelenggarakan landskap turut tidak mendapat bayaran masing-masing.

Noor berkata, JNSB sudah menghantar "berpuluh surat" kepada pengurusan UNISEL dan kepada Pejabat Menteri Besar bagi membincangkan masalah pembayaran yang tidak diterima itu, tetapi sehingga masalah berkenaan dilaporkan media massa, tiada sebarang perbincangan diadakan.

Katanya JNSB juga tidak diberikan sebarang alasan mengapa pembayaran berkenaan tidak dilunaskan, sebaliknya mereka hanya mendengar khabar angin bahawa pengurusan UNISEL tidak berpuas hati dengan terma kontrak yang dianggap tidak menyebelahi UNISEL.

"Pembinaan asrama dibuat oleh JNSB dengan menggunakan wang yang diperoleh melalui pinjaman bank.”

"Pada masa sama, kami juga bersedia berbincang dengan pengurusan UNISEL untuk mengetahui apa menyebabkan UNISEL tidak berpuas hati dengan kami.”

"Walaupun UNISEL dikatakan tidak berpuas hati dengan terma kontrak, mereka masih lagi meminta kami menjalankan kerja penyelenggaraan termasuk benda bukan dalam bidang kuasa atau termaktub dalam perjanjian," katanya.

Noor berkata, bagi membolehkan pembayaran terhadap perkhidmatan diberikan JNSB kepada UNISEL, dilunaskan, syarikat itu turut bersedia menerima pembayaran berdasarkan kepada bilangan pelajar yang menginap dalam kampus berkenaan, berikutan pengurusan UNISEL memberi alasan jumlah pelajar yang menetap dalam asrama tidak mencecah 5,000 orang. - AntaraPOS

Ikuti pula pengakuan (sedikit kelentong) Khalid.

Menteri Besar, Khalid Ibrahim, selepas mengakui UniSEL berhutang hampir RM15 juta dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) termasuk gagal menjelaskan bil penyelenggaraan asrama sejak 17 bulan lalu, akhirnya mengaku bahawa pendapatan UNISEL ketika ini hanya cukup untuk;
1-membayar gaji profesor dan guru,
2-membayar kos pentadbiran dan
3-membayar penjagaan asrama.

“UNISEL tidak cukup duit untuk bayar kos biayai asrama yang bukan sedikit iaitu berjumlah RM200 juta. Kos untuk kampus saja RM600 juta. Kita berpendapat tidak perlu bebankan universiti, tetapi biarlah kerajaan negeri yang uruskan. Hutang ini sekarang kita ambil untuk dijaga oleh negeri”

“Saya sudah beritahu kepada UNISEL untuk jaga operasi, jangan fikir untuk bayarnya”

Memang pelajar ada bayar yuran penginapan, tetapi ia tidak mampu menanggung kos. Ini kerana walaupun ketika pelajar bercuti, UNISEL tetap perlu membayar kepada pihak yang menguruskan asrama ini.

“Kerajaan negeri mengarahkan pihak audit untuk menyiapkan laporan kewangan UNISEL dan akan membentangkan laporan pihak akauntan yang sudah disemak” – dipetik Berita Harian.

HHalem-
Ini lah cerita sebenarnya apa yang berlaku seketika dahulu apabila Khalid bercita-cita memajak/menjual/floating tanah kepunyaan UniSEL sebanyak RM 30 juta. Kononnya untuk melangsaikan dan memberi pembelajaran percuma dan menolak pinjaman PTPTN. Separuh dari RM30 juta tersebut, iaitu Rm15 juta dikatakan untuk pengurusan dan membayar hutang-hutang UniSEL. Ini sebenarnya maksud Khalid ketika itu dimana Jana Niaga kini datang menghantui beliau.

Yang lucunya, hendak beri pendidikan percuma, tapi hutang Jana Niaga tidak terbayar. Gaji tenaga pengajar dan pentadbiran tidak terbayar. Tarik sana tidak lepas, tarik sini pun tidak lepas.

Semua masalah ini adalah atas dasar dan strategi yang digubal oleh Rafizi dan kuncu-kuncu DAP ditepi jalan, maka Khalid kini berhadapan dengan masalah dan berseorangan.

Pernah seketika, Rafizi mengeluarkan statement bahawa konsesi asrama UniSEL berat sebelah dan mengeyangkan kroni-kroni Umno. PKR akan cuba merombak kembali konsesi tersebut, termasuk pemotongan rumput yang dikatakan berjuta-juta. Sudahkah ada usaha untuk merombak kembali konsesi tersebut? Cakap Rafizi memang mudah tetapi pada hakikatnya pentadbiran pembangkang PKR-PAS-DAP di Selangor memang benar-benar hancur dan tidak mampu mentadbir walaupun Khalid adalah bekas CEO terbilang. Kini, Khalid yang terpaksa menguruskan nya, tetapi gagal.

Sekarang apa sudah jadi. Pelajar merana dan Khalid pening kepala mengurus sendirian akibat dasar PKR yang di buat secara sepontan tanpa perkiraan risiko dominonya.

Mari kita cuba lihat satu persatu, alasan Khalid dibawah telunjuk PKR.

1- Alasan bahawa konsesi dikatakan berat sebelah.
Sila huraikan apa yang berat sebelah tersebut. Cari jalan penyelesaian.

2- Alasan bahawa UniSEL terpaksa membayar penuh asrama seramai 5,000 orang.
Pihak Jana Niaga telah bersetuju dan bersedia menerima pembayaran berdasarkan kepada bilangan pelajar yang menginap dalam kampus. Apa lagi alasan pembangkang PKR?

3- Alasan bahawa, ketika bercuti semester, UniSEL tetap perlu membayar penuh kepada JN.
Alasan paling kotor oleh Khalid PKR kerana kos penuh asrama, samada cuti semester atau tidak, perlu dibayar penuh oleh pelajar sendiri. Pelajar boleh membayar penuh kepada UniSEL, kenapa UniSEL tidak mampu membayar penuh kepada Jana Niaga. Perkara yang sama berlaku di KUIS.

4- Alasan Jana Niaga, tidak mahu berbincang.
Jana Niaga telah menghantar ‘berpuluh-puluh’ surat ajak UniSEL berbincang, sehingga lah isu ini terbocor ke media, baru lah Khalid tergagap-gagap menjawap.

Yang menjadi lebih pelik ialah Khalid menyatakan baru-sedang menyediakan dokumen untuk dihantar kepada bank untuk mengambil alih hutang UniSEL, setelah sekian lama semenjak isu PTPTN timbul berbulan-bulan yang lalu. Kenapa kah Khalid terkehel-kehel tidak menguruskan apa yang beliau katakan dahulu?

Pihak pentadbiran UniSEL memang tersepit oleh kerana Khalid bermain politik PKR. Arahan politik Khalid cukup jelas;

“Saya sudah beritahu kepada UNISEL untuk jaga operasi, jangan fikir untuk bayarnya”

Sekali lagi, kenapa kah perkara-perkara sebegini tidak pernah terjadi semasa pentadbiran Umno-BN.

Selamat kan Selangor !
Comments / Pandangan Melalui Facebook

6 comments:

  1. Duit student bayar yuran sume mane? Ce admin tlg korek rahsia, aku bengang ni, sbb gua pon student unisel, da la muke khalid tu x reti potong rambut! Cait.

    ReplyDelete
  2. Duit PTPTN student dapat kn potong lebih dari sepatutnya klau satu semester 8000 atau 4000 tpi student dapat baki hanya rm 100,mreka kata kita tolak yuran pengajian semester hadapan pada hal semester hadapan student akan dpt pembiayaan PTPTN.Klau baki PTPTN dalam akaun student hanya RM100 dgn tempoh pengajian 4 bulan apa mereka nk makan.Jika disemak di Student Portal masih tidak up to date ad jgk hutang pengajian -ve padahal telah dibayar dgn duit PTPTN.......Harap admin tolong korek kmaner duit PTPTN yg student byar lebih adalah ia berkaitan dgn perkara diatas

    ReplyDelete
  3. Betul2, duit ptptn pon potong, abah dorang main potong2 duit orang, gua memang nk jupe si khaled gagap ni nk lempang je muke die ngn botakkan kepala die, hahaha . Syang tol unisel, lecturer sume da terbaek, tp pegurusan atasan mcm hampeh, buta kayu, agak2 leh x student ramai2 saman unisel, hehehe

    ReplyDelete
  4. Banyak mak bapak mengamuk semalam kt unit bendahari unisel..

    ReplyDelete
  5. website propembangkang kata yang berdemo unisel kelmarin tu semua orang umno. kalau tak terima gaji bulan2 macam mana boleh hidup lagi? siap ada duit buat banner.

    ReplyDelete
  6. JN tu syarikat kroni umno ke??

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive